Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
Azmin semakin hari dah semakin menunjukkan belangnya.. sepatutnya saudara azmin mengambil peluang keemasan nih untuk tunjukkan kebolehan beliau mentadbir negeri dan bukannya membalas dendam terhadap pemimpin terdahulu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
mula mula dulu ramai yang tak setuju. sekarang ni dah reda sikit. azmin pun ok
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Rakyat selangor nak tengok kebolehan saudara azmin mentadbir negeri selangor agar lebih maju..bukan sekadar mencari kesalahan pemimpin terdahulu dan menjadi boneka saja..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
setakat ni azmin memimpin selangor dengan lancar tanpa masalah/ tahniah
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Beliau masih baru lagi memimpin selangor.. harap dapat memacu selangor ke arah yang lebih baik lagi dan bukan sebaliknya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
walau sape pun menteri besar selangor..harap dapat memakmurkan selangor dengan jayanya..bersyukur dengan apa yang ada
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
betul. itu yang penting. jika peminmpin salah guna kuasa rakyat boleh tukar yang lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tapi bila silap memilih masa PRU..kena tunggu 5 tahun lagi..lama juga tuh..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Rakyat dah memberi mandat..jaga lah amanah yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.. inilah masanya nak tunjukkan kebolehan mentadbir negeri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
sebenarnya suka tengok Azmin ni sebab dia hensem. semoga Selangor nanti pon hensem macam dia
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Amboi datin tyka..suka sebab hensem jer yer.. kalau banding dengan abangensem mana lagi ensem agaknya? hahaha
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
so far so good la dia jadi MB sekarang. bole handle masalah dengan macho
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
kan? setakat ni belum ada kontroversi. dia handle dengan lancar di kerusi empuknya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Ye ker? rasanya baru pegang kuasa MB jer dah macam2 kontroversi dibuat especially bab mencari kesalahan pemimpin terdahulu.. macam nak balas dendam pun ada..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Baru pegang MB dah mula tunjuk belang.. macam nak balas dendam jer dengan pemimpin terdahulu..sebaiknya time ni la beliau nak tunjukkan contoh kepimpinan yang baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Azmin Ali perlu bijak mengendalikan hal ehwal negeri Selangor dengan bijaksana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
so far bro, dia bijak mengendalikan satu kes. yang terbaru kes uptown terbakar tu. ok la dia handle
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
kalau dia dapat handle dengan bagus alhamdulillah..semoga selangor terus maju dan makmur..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
Inilah cabaran seorang Menteri Besar nak mentadbir negeri.. kalau mampu tadbir negeri, in sha Allah suatu hari nanti boleh tadbir negara pulak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Setiap gerak gerinya sejak menjadi MB Selangor akan dinilai rakyat selangor.. masa nih la saudara azmin nak tunjukkan kebolehannya mentadbir negeri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Amanah yang diberikan kenalah digunakan dengan sebaik2nya dan penuh bertanggungjawab.. rakyat sedang menilai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
kepimpinan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor teruji. Moga beliau dapat menyelesaikannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Masa nih la kita nak tengok kebolehan MB baru selangor nih menyelesaikan isu berbangkit..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Selangor sering menjadi isu berkenaan siapa pucuk pemimpinan mereka…Jgn jadi seperti kera mendapat bunga..
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Mungkin isu2 dalaman dan rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan selangor sebelum ini yang menjadi titik tolak perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri selangor.. rakyat mahukan perubahan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Jadilah pemimpin yang mensejahterakan rakyat, berjuang untuk rakyat dan memberi sesuatu untuk rakyat kagumi
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
siapa pun pemimpin, semoga dia dapat manjalankan tugas dengan baik utk rakyat
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sukar nak cari zaman sekarang nih pemimpin yang betul2 ikhlas nak membela nasib rakyat.. yang ramainya nak jadi pemimpin sebab ada agenda tersembunyi demi kepentingan diri dan kroni..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. pemimpin yang baik yang mengajak pengikutnya ke arah yang baik dan bukannya membudayakan sikap salah menyalahkan dan jatuh menjatuhkan orang lain..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Semoga Selangor terus aman dan makmur dengan pucuk pimpinan baru
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Itulah yang diharapkan dari seluruh rakyat selangor.. diharapkan amanah yang diberi dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
beliau perlu tahu bahawa menjadi ketua dalam kerajaan negeri amat sukar, bukan hanya petik jari saja.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata
Ya betul… bukan mudah nak duduk di kerusi Menteri Besar Selangor, perlu ada pengetahuan yang mendalam terhadap hal ehwal negeri Selangor dan Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kerusi MB tuh kira kerusi panas yang senantiasa menjadi rebutan. tapi lebih baik kerusi tuh diduduki oelh mereka yang arif dalam hal ehwal negeri itu sendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Inilah masanya beliau tunjukkan kebolehan mentadbir negeri.. jangan hanya pandai cakap buat statement saja tapi tak tahu buat kerja seperti segelintir pemimpin2 yang ada..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Azmin Ali begitu terdesak sekarang ini, beliau tidak jangka berlaku banyak perkara seperti isu arak, isu pencemaran air, isu exco menguji pemerintahannya walaupun baru sebulan berkhidmat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
isu banjir di Kajang. isu lama tapi bertambah parah! sbb sungai dia makin cetek lah saya tengok. kena budget besar nak buat projek tambatan tu. Macam mana MB baru? Berani sahut cabaran?
Curahan rasa cheramiche @ ..Augmented Reality Hunt 2014 / Youth Jam 2014, Malaysia
Setiap kawasan mempunyai wakilnya sendiri.. harap wakilnya turun menjenguk dan bukan hanya berkipas masa pencalonan jer baru nak nampak muka.. hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Disinilah nak tengok kebolehan saudara azmin untuk menangani isu2 berbangkit.. kalau perkara semacam ini pun sukar nak ditangani bagaimana nak mentadbir negeri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Azmin Ali sepatutnya tidak berdolak-dalih dengan isu tumpahan minyak di Sungai Selangor. Beliau perlu menyiasat perkara ini dengan baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Betul tuh.. berdolak dalih hanya menimbulkan persoalan adakah dia ada menyembunyikan sesuatu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Namun begitu Azmin Ali masih ada masa memperbaiki segala kekurangan yang ada padanya. Beliau perlu bertindak tegas tetapi waktu yang sama perlu amanah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Inilah peluang azmin nak tunjukkan kebolehan diri dan membalas kepercayaan orang yang memilihnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.