Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
Azmin Ali seorang yang muda, berjiwa kental, bercita-cita tinggi, berwawasan tetapi mudah mengikut telunjuk ketuanya Anwar Ibrahim. Inilah yang tidak disenangi rakyat Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Jadual Perlawanan Suku Akhir Kedua
Siapa tahu dia mungkin ada strateginya sendiri biar pun nampak macam boneka parti politik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Azmin Ali masih ada pembantunya dan juga ahli Exco yang dilantiknya untuk berganding bahu bagi mrmaju dsn memakmurkan negeri Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ahli2 exco yang dipilih diharap mampu untuk membantu menteri besar baru memacu selangor ke arah yang lebih baik lagi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kita sedia maklum, bukan senang nak takdbir urus negeri Selangor yang padat dengan penduduknya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak mustahil menteri besar yang baru ini akan dibanding2kan dengan MB Selangor yang lama.. nak tengok siapa yang lebih baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Sebenarnya Azmin Ali boleh mengekalkan kerusi empuk yang didudukinya lebih lama jika beliau selesaikan masalah rakyat seadilnya dan bijaksana.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Rakyat akan menilai kebolehannya bermula hari pertama beliau menduduki kerusi panas MB Selangor tuh lagi.. inilah masanya beliau nak tunjukkan kebolehan beliau mentadbir negeri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Walau bagaimana pun, kita terpaksa juga membiarkan Azmin Ali menyelesaikan masalah tentang arak dan krisis tumpahsn minyak Sungai Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kalau azmin dapat banteras gejala arak, judi dan rasuah di selangor tuh.. tuh kira kejayaan yang sangat besar tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Semakin tak senang duduk Azmin Ali sekarang ini. Banyak berlaku isu yang dari kecil hinggalah yang besar. Ini pasti sedikit sebanyak akan tergugat kedudukannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Nasib dia lah dapat jawatan MB selangor dengan pelbagai isu berbangkit.. tapi kalau beliau berjaya atasi semua masalah tuh pasti dia akan dipandang tinggi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Azmin Ali kini dalam perhatian kawan dan lawan. Biasalah apabila masuk arena politik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Piala Malaysia: Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua 10 Oktober 2014
Yang tak bestnya politik malaysia sekarang nih ada sikap suka jatuh menjatuhkan, fitnah memfitnah dan suka mencari kesalahan orang lain.. sesama bangsa pulak tuh..
Kalau ada isu panas yang akan timbul, maka makin panas kerusi empuk yang diduduki oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Sesiapa saja yang duduk kerusi tuh memang panas.. ada saja isu dan kontroversi yang timbul untuk menguji sesiapa yang menduduki kerusi panas berkenaan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Nampaknya kerusi empuk Menteri Besar Selangor sekarang dah tak empuk lagi kerana kena bangun untuk menyiasat apa yang berlaku sebenarnya
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kerusi tuh jadi empuk pasal jarang duduk lah bang kamil.. mana ada masa nak duduk di kerusi jer sedangkan banyak isu negeri nak diselesaikan..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kecil atau besar isu permasalahan yang timbul Azmin Ali kena hadapinya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Rakyat hanya menilai dari komitmen yang dibuat menteri besar yang baru nih.. kalau tak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kalau anda tak percaya, kita lihat dalam masa 2 dan 3 tahun lagi. Pasti ada isu lain lagi akan timbul.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Tak perlu tunggu 2-3 tahun, bulan2 pertama pun dah banyak isu timbul.. nampaknya MB baru nih kenalah bijak menyelesaikan setiap isu yang timbul..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Rakyat Selangor pasti dapat menilai , bolehkah Azmin Ali menyelesaikan permasalahan ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kalau hal2 kecil pun sukar nak diselesaikan nanti orang akan jadi tak yakin pula andainya bertemu masalah2 yang lagi besar.. kita tengok kan ajelah baru buat penilaian..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Inilah ujian yang terpaksa di hadapi bila berlaku krisis di Selangor. Ia akan terus berlaku mungkin dalam isu yang lain pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kena pandai2 lah MB baru selangor nih menanganinya.. kalau tak mahu dilambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Kalau isu berkaitan pesta arak dan tumpahan minyak di sungai Selangor tidak ditangani dengan baik, sudah pasti rakyat boleh menilai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Teringat lagi kes isu nak memurtadkan orang Islam di Selangor dulu.. sesama diorang pun tak sefahaman.. kesian pula jabatan agama tak punya kuasa mempertahankan agama bila dicampuradukkan dengan politik….
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kita tngok aje lah nant berapa lama azmin ni boleh bertahan.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kita tunggu dan lihat berapa lama Azmin Ali boleh bertahan. Baru beberapa bulan dah banyak isu berbangkit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Itu perkara biasa kepada yang berjawatan tinggi seperti menteri besar.. kena lah bijak bagaimana nak tangani isu2 berbangkit..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Azmin kena tunjukkan kebolehan diri.. jangan hanya jadi boneka parti nanti orang kurang respek..
Comments are closed.