Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
Kawasan yang terlibat dengan krisis bekalan air ialah di Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Hulu Langat, dan Kuala Selangor. Kalau tidak dibaikpulih dengan cepat berlaku lagi krisis air di Selangor yang tidak ada kesudahannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Wah.. banyak tempat juga tuh dilanda krisis air.. pening kepala azmin nak setel satu2.. wakil rakyat kawasan2 tuh tolong2 lah azmin sama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Tumpahan minyak di Sungai Selangor punca empat loji rawatan air terhenti beroperasi. ini juga perlu ditangani dengan seadilnya. Kenapa minyak boleh tumpah?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Terbaru ini ada pula kes tumpahan minyak di sungai Selangor. Lebih daripada 5.4 juta orang terputus bekalan air.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Azmin Ali mesti memastikan permasalahn rakyat Selangor diselesaikan dengan segera jika ada yang berbangkit seperti masalah bekalan air, sampah-sarap, perparitan, alam sekitar di bandar-bandar besar, tempat berniaga dan sebagainya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Azmin Ali perlu bekerja sepenuh perhatian terhadap negeri Selangor. Cuba selesaikan permasalahan rakyat Selangor dengan teliti dan bertanggungjawab.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Lakulah dan berkerjalah dengan sbaik-baiknya wahai Azmin Ali, banyakkan berdoa dan melaksanakan ibadat yang disyariatkan oleh agama Islam kita dan mulakan langkah kanan untuk menjalankan kerja anda sebagai Menteri Besar Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Beri beliau satu atau dua tahun untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Beri peluang kepada Azmin Ali untuk membuktikan bahawa beliau layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kadang-kadang pemimpin yang telalu lama sangat memegang jawatan menteri kekurangan idea untuk menjadikan ia lebih berdaya maju.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Agenda, konspirasi, kejatuhan, mainan politik kotor,cah keting, tikam dari belakang, krisis politik, isu, sensitiviti kaum dan sebagainya adalah ayat-ayat yang sentiasa bermain di arena politik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Kita sebagai rakyat ingin tahu juga berkaitan politik supaya kita tidak diperbodohkan oleh orang yang ada kepentingan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Azmin Ali sedang diperhatiakan oleh pihak kawan dan lawan, jika ada perkara yang berbangkit pasti ada yang mula menaikkan dan memperbesarkan isu tersebut. Ini Azmin Ali harus berjaga-jaga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam harus ditegah dan tangani dengan bijaksana supaya ia tidak menjadi isu besar dan mengugat keharmonian antara kaum di Selangor.
Azmin Ali adalah tokoh muda yang berjiwa besar. Celiau perlu belajar dan banyak membaca buku untuk menambah pengetahuannya cara menguruskan negeri Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Bila tibanya pilihanraya (PRU14) nanti, kita akan tahu parti mana yang akan memerintah negeri Selangor dan Malaysia amnya. Adakah Azmin Ali akan mengekalkan ahli parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa, sama-sama kita nantikannya. Adakah ia diterima oleh rakyat atau sebaliknya.
Comments are closed.