Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tidak keterlaluan kalau aku katakan selain Irfan Khairi, Azli Paat adalah sumber inspirasi aku menceburi dunia IT yang terlalu asing bagi aku seorang yang memegang ijazah dalam bidang pemakanan. Aku mula berdaping rapat dengan dunia IT pada tahun 1994.
Rasanya Azli Paat lah orang Melayu paling awal berceloteh tentang ilmu IT yang berkumandang di corong radio sejak awal tahun 90 an. Pada awal-awal dahulu beliau menerangkan apa itu IT, bagaimana nak buka akaun email, bagaimana IT dapat membantu masyarakat dan berbagai topik IT yang beliau dengan suara yang unik dan penuh kesabaran menerangkan kepada umum yang masih bigung dengan IT. Azli Paat semakin dikenali dan sering menjadi panel diberbagai rancangan IT di berbagai saluran TV Malaysia.
Azli Paat juga seorang yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan berbagai aplikasi yang dapat membantu Rakyat Malaysia memudahkan kehidupan. Antara ciptaan beliau yang paling popular adalah sistem aplikasi DAPAT dan mySMS yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Walaupun belum bergelar Datuk tetapi sumbangan beliau dalam dunia IT Malaysia memang besar sehingga mendapat banyak penghargaan antaranya terpilih mendapat Anugerah Perdana Menteri “Best of the Best” APICTA 2012.
Orang bijak ini selalunya tak hidup lama sebagaimana ramainya ulama dan bijak pandai dunia yang terkenal meninggal dunia pada usia muda dan sebahagiannya hanya diiktiraf setelah mereka meninggal dunia. Imam Syafie meninggal pada usia 54 tahun dan Steve Jobs meninggal pada usia 56 tahun. Begitu juga Azli Paat pada usia 48 tahun telah dipanggil ALLAH SWT untuk selamanya pada jam 6.45 pm, 6/2/13 di rumahnya di Segambut setelah diserang demam panas dengan meninggalkan seorang isteri dan 10 orang zuriat.
Jasa Azli Paat kepada aku khasnya dan kepada Rakyat Malaysia tersangatlah besar dan tidak keterlaluan kalau aku menganggah Azli Paat sebagai Steve Jobs Malaysia. Pasti ilmu IT yang disampai-sampaikan oleh beliau sejak tahun 90 an akan menjadi cahaya penerang dan menyuluh alam kubur beliau sementara menunggu kiamat mendatang. Umur setiap insan adalah ketentuan ALLAH SWT. Bila pula masa kita dan adakah kita sudah bersedia dengan bekalan yang boleh menerangkan alam kubur atau kita masih sibuk bercakaran berebut kuasa, nama dan harta?
AL FATIHAH buat Allahyarham AZLI PAAT semuga damai kamu di sana. Jasa mu sentiasa ku kenang.
51 Comments
hebatlah kalau ada orang yang bisa begitu banyak jasanya dalam dunia IT seperti ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Samsung Galaxy S IV segera datang
semoga setiap ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan dapat menerangi rohnya di sana..
Curahan rasa yangbaik @ ..Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool
Emm kenapa saya tak perasaan arwah sebelum ni?emm mungkin kurang ceburkan diri dalam dunia IT..emm terima kasih DH kerana memberi info berguna ni..
Curahan rasa Hafizul @ ..Amanah Dalam Kehidupan Seharian
wah ahli pemakanan menjadi blogger hebat betul-betul sangat menginspirasi
Semoga hail karyanya selama hidup menjadi amal jariyah yang tak habis-habisnya
Curahan rasa munir ardi @ ..Destination Cuti Melastik Bintang/Ayo Datang Ke Sulawesi Selatan/Makassar
Terkejut mendengar berita pemergia beliau di radio.
sy baru kenal pas baca pos kat sini. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman dan beramal soleh. besar jasa arwah pd negara ni
Berdoa dan mengirimkan Al-Fatihah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jadwal Penerimaan CPNS 2013
Ada baca pada beberapa blog juga tentang arwah ni, jasa beliau memang tidak ternilai. Al-fatihah, semoga tenang di sana.
Curahan rasa ciklisa @ ..Sinopsis Surat Dari Langit Biru
banyaknya jasa beliau.Cuba mengenalkan kepada rakyat Malaysia apa itu IT .Al Fatihah kepada beliau
banyaknya jasa beliau.Cuba mengenalkan kepada rakyat Malaysia apa itu IT .Al Fatihah
Curahan rasa Afiq @ ..Aduhai Mata Aku Rabun
Memang betul. Aku pun sering mendengar celoteh2 beliau masa dulu ketika IT belum lagi berkembang pesat terutamanya ttg SMS DAPAT.
jasa dan sumbangan beliau sangat besar kepada kemajuan IT di Malaysia. Bapa IT. Al fatihah untuk Allahyarham
Curahan rasa adi @ ..Dunia Seperti Mengetahui
Al fatihah…semoga segala kebaikannya diterima Allah Ta’ala aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Proses Kelahiran Bayi
al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman
Curahan rasa topo @ ..Gambar Gelagat Tupai Comel dengan Beruang Teddy
Comments are closed.