Nilai sekeping kertas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kali ini nak bawa minda teman- teman berfikir sejenak perkara yang kelihatan mudah tetapi memberi kesan yang sungguh besar dalam hidup seseorang manusia yang berfikir.

Seandainya anda berjalan-jalan dan bertemu sekeping kertas di atas lantai yang tercetak dengan berita dunia berserta gambar salah seorang pemimpin dunia, apakah mungkin akan anda lakukan?

Pada waktu yang lain sedang anda bersiar-siar bersama teman-teman tiba-tiba anda terjumpa sekeping kertas di atas lantai yang tercetak dengan ayat Al-Quran, apakah mungkin anda lakukan?

Sudah pasti kertas yang tercetak dengan berita dunia dan kertas yang tercetak ayat Al-Quran mempunyai nilai yang berbeza bagi mereka yang ada fikir tentang agama. Tiada siapa yang sanggup melihat dan membiarkan ayat Al-Quran terlantar di atas lantai begitu sahaja. Begitulah beza nilai sehelai kertas yang ada nilai agama dan yang tiada nilai agama begitu juga beza seorang manusia yang ada nilai agama dan tiada nilai agama di sisi manusia yang berfikir.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

29 Comments

  1. akan ku kumpul kertas yg mempunyai tulisan al-Quran itu untuk dijadikan simpanan, nilainya lebih besar berbanding kertas yg memaparkan berita dan gambar pemimpin negara.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!