Azan dan bacaan Al Quran iringi majlis solidariti mangsa serangan New Zealand, Sebak titis air mata…
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini sayu dengan kehadiran orang ramai memberikan penghormatan di majlis solidariti kepada mangsa serangan pengganas. Tambah memilukan apabila segenap penduduk tanpa mengira agama dan bangsa turut hadir ke upacara tersebut.
Pengguna Facebook, Mohd Shahrizan kongsi rakaman video ketika menghadiri majlis himpunan solidariti tersebut.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Video berdurasi 1:28 ini telah dirakam Mohd Shahrizan ketika menghadiri himpunan solidariti mangsa tembakan di masjid, tempoh hari. Difahamkan bacaan Al-Quran itu dibaca oleh salah seorang pelajar Malaysia dari Pasir Mas Salor yang kini menuntut di University of Christchurch, New Zealand.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al Baqarah : 155-156)
Mohammed Abbasi pula berkongsi video azan yang dilaungkan di Canterbury Christchurch University disaksikan penduduk Christchurch termasuk pelajar universiti.
Indah bacaannya

Semoga mereka yang pergi meninggalkan kita di serangan Christchurch tempoh hari, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah…
