Tanggungjawab kepada jiran, inilah yang wajib kita lakukan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah jiran kita.

Jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.

Oleh itu, semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Agama Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di antara sesama manusia.

Berbuat Baik Kepada Jiran

Dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris.” (HR Bukhari)

Islam menuntut umatnya agar sentiasa berbuat baik dan menghormati orang lain khususnya jiran tetangga.

Berbuat baik kepada jiran tetangga itu mencakupi yang muslim dan juga yang kafir, ahli ibadah dan orang fasik, teman dan lawan, orang asing dan penduduk tempatan, yang memberi manfaat dan yang memberi mudarat, kerabat dekat dan jauh, rumah yang paling dekat dan paling jauh.

Berbuat baik dengan jiran ada banyak cara. Boleh melalui pemberian dan saling berhadiah contohnya dalam bentuk makanan dan buahan. Saling berhadiah akan mengikat ukhuwah dan kasih sayang

Berilah hadiah pada jiran yang paling berhak iaitu yang paling hampir dengan rumah kita.

Jika kita memiliki limpahan rezeki, jangan lupa menghadiahkan sedikit kepada jiran tetangga. Moga sifat rahmah yang ada pada kita akan menjadikan kehidupan bermasyarakat lebih harmoni.

Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran

Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Menunaikan tanggungjawab melalui memberi menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran.

Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi kena tahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.

Jangan biarkan jiran kita tanpa disantuni dan bersendiri.

Mukmin Perihatin Kepada Jiran

Dari Ibnu Abas RA dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan (HR at-Tabrani )

Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan tetangga. Tidak sempurna iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang kelaparan.

Kenalilah jiran tetangga yang berada di sekeliling rumah kita, berkenal mesra dan menjalin ukhuwah. Ringankan tulang membantu mana yang perlu kepada yang memerlukan.

Jadilah kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada jiran. Moga kita sentiasa berbuat baik dan prihatin kepada jiran tetangga. Bersama kita membina masyarakat rahmah.

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!