Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Polis New Zealand telah mengesahkan kejadian tembakan rambang yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave, Christchurch. Seramai 27 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang sangat mengejutkan itu.
Ketika kejadian terdapat lebih kurang 400 orang jemaah di dalam masjid dan penembak rambang tersebut dilihat menembak mereka yang sedang berusaha melarikan diri. Beberapa mangsa dilihat sedang cuba melarikan diri sebelum ditembak bertubi-tubi.

Penembak rambang, yang dikenalpasti sebagai Brenton Tarrant 28 tahun juga telah menyiarkan tembakan tersebut secara siaran langsung di akaun YouTube dan Facebooknya.

Polis menasihatkan untuk semua penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan masjid buat sementara waktu untuk keselamatan.

Video yang tular menujukkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di New Zealand.



Seorang rakyat Malaysia disahkan menjadi mangsa dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand.
Menerusi kemaskini Twitter akaun Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Welington, mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital terdekat.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter beliau.
Malah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga sedang mendapatkan perincian kejadian tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

Pasukan kriket Bangladesh berada di sekitar kejadian itu tetapi semua pemain selamat, kata jurulatih pasukan kepada media. Alhamdulillah.
Apa agaknya motif kejadian sehingga berlaku kepada umat islam di New Zealand? Sama sama kita doakan InshaAllah dan nantikan keadaan terkini rakyat Malaysia dalam serangan pengganas Christchurch ini.
8 Comments
Semua agama menolak kekejaman. Apa yang berlaku adalah ekstrimis agama dan kaum yang wujud dalam mana-mana negara. Apabila Muslim dan Kristian saling menghormati, mereka akan turut sama bersedih atas ujian yang dihadapi.
Curahan rasa Nurol Huda @ ..Nuruddin Al-Banjari Di Masjid Al-Muttaqin
Allahuakhbar! Semoga si pelaku mndapat azab dan balasan yg setimpal dari Allah. Sedih melihat kekejaman yg dibuat ke atas saudara sendiri
Penembak ini sebenanya takut. Bukan hanya dia, ramai yang takut . Takut kerana Islam semakin berkembang di serata negara di dunia ini. Masjid-masjid di negara bukan Islam semakin besar sementra gereja semakin terpencil tiada orang datang. Tindakan dia ini walau dirancang lama sebenarnya tindakan terdesak!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Penerangan Perdana Siapa Itu Muhammad bin Adullah Di Dataran Merdeka
Akhir zaman. Umat Islam ramai tapi mereka tidak lagi gentar dengan umat Islam. Sedih.
Dunia makin ramai orang gila. Sedih tengok jemaah jatuh tergolek akibat ditembak individu kejam sebegini. live streaming plak tu
Curahan rasa JMR @ ..5 Bandar Menarik untuk di Terokai di Malaysia
Masya Allah… Serangan sporadis seperti ini apakah tidak termasuk sebagai tindakan teroris???
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..ASUS Blogger Gathering VivoBook Pro F570 Pontianak
Comments are closed.