Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, kali ini penulis undangan yang menghiasi ruangan penulis undangan di Denaihati.com ialah bloggerlelaki.com. Jom kita baca coretan hati beliau mengenai ‘Awek Cun Idaman Kalbu‘
Ketika aku baru mula mengenali cinta. Tidak banyak perkara tentang cinta yang aku faham. Apa yang utama terlintas didalam fikiran aku adalah awek cun idaman kalbu untuk dijadikan teman wanita.
Memang benar bait kata dalam lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip
” Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.
Ketika pertama kali aku kenal cinta, aku telah disuntik racun keasyikan dunia percintaan.
Bagi aku yang pertama kali kenal cinta, sungguh aku jakun. Aku seakan disihir oleh bibir merahnya. Aku mengikut sahaja apa yang dia inginkan. Boleh dikatakan aku banyak berhabis duit untuk si dia, cintalah kononnya. Benda yang paling mahal aku belikan untuk dia adalah telefon bimbit. Pujuk rayu dia membuat aku cair, lebur habis duit aku.
Padahal aku ini bukanlah anak orang kaya. Cuma kerja biasa-biasa sahaja. Tetapi sanggup dia kikis duit aku, licin dicukur oleh si dia yang aku sayang ketat-ketat. Bukan aku nak berkira, tetapi pernah aku sampai kering poket, duit gaji habis sebelum cukup bulan, terpaksa pula aku pinjam duit daripada kawan aku.
Terpaksa aku makan meggi disebabkan awek cun punya pasal. Sebabnya nak belanja awek cun tadi tengok wayang dan bawa dia jalan-jalan. Nak buat buah hati gembiralah kononnya barulah romantik. Dalam pada masa yang sama aku pula yang menderita.
Aku yang semakin lama semakin serabut, mulai tersedar selepas emak aku berleter, selama ini si dia cuma ingin menpergunakan aku. Cinta yang aku tabur tak bernilai buat dirinya. Hanya duit aku sahaja yang dia sayang. Hampir 6 bulan bercinta, selepas itu hubungan kami putus. Semenjak itu aku mulai mengerti akan ciri-ciri awek cun yang sebenar.
Ciri-ciri Awek Cun Idaman Kalbu
1. Berpegang teguh pada agama.
Ini memang ada disebutkan dalam hadis. Jadi kriteria ini memang patut kita ikut, jangan kelabu mata cuma dengan kecantikan luaran sahaja. Cantik itu takkan kekal lama, bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.
2. Awek yang setia, susah senang dihadapi bersama.
Alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan. Awek yang setia akan selalu disayangi lelaki. Kesetiaan amat penting di dalam perhubungan, tiada kesetiaan runtuhlah ia.
3. Rajin masak walaupun dia bukannya pandai sangat masak (goreng ikan pun boleh hangit) tapi dia rajin masak.
Dan dia mencuba untuk belajar masak masakan kegemaran suami. Sebab air tangan isteri lebih berkat dibuat hidangan si suami mengalas perut.
4. Pembersih, awek yang cun mestilah bersih bukan.
Takkan orang lelaki nak cari awek yang pengotor. Ini penting sebab nanti bila sudah berkahwin, rumah akan selalu kemas dan teratur, baru tenang hati suami bila balik ke rumah.
5. Tidak mengambil kesempatan.
Jika nak jadi awek cun cintailah dan sayangilah lelaki seadanya. Bukannya cinta disebabkan harta atau untuk dipergunakan. Awek seperti inilah akan buat ramai lelaki diluar sana serik untuk bercinta.
Nasihat aku kepada mereka yang baru hendak mengenali dunia cinta. Jangan terpedaya dengan paras rupa yang cantik semata-mata. Kecantikan awek cun tidak semestinya akan membawa bahagia, mungkin mengundang padah. Bukan niat aku hendak menakut-nakutkan lelaki diluar sana, tetapi beringatlah selalu.
[box type=”shadow”](Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. – Surah An Nur ayat 26 [/box]
489 Comments
awek cun kalau yang beriman boleh menjadi suri penyejuk hati suami…
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Susu Badan Tiada, Bukan Salah Keturunan
Terima seadanya dan berterus terang. Terus terang saya maklumkan bakal suami dan bakal ibu mentua yang saya memang tak pandai masak. Siap masa tu bakal mak mentua cakap tak masak beli ja nanti. Tapi apa2pun,tak bermakna tak usaha utk belajar masak ye
Curahan rasa nadia @ ..Bakal ayah mengamuk di bilik bersalin kerana doktor lelaki?
Tak ada orang yang sempurna. Kadang2 mmg masa kecil tak berpeluabg belajat dengan mak, bukan salah kita dah. Asalkan ada keinginan & usaha untuk belajar, mesti Allah permudahkan..
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Apa yg pntg dlm setiap phbgn yg blm di ijab kabul usah terlalu mnghbskan wang ringgit kn lbh elok do simpn utk berkhwin kelak..rasa mcm nk bt artikel pula menarik topik ni hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Pengguna Facebook Di Serang Virus
Daripada berbelanja banyak untuk memikat lebih baik wang tuh disimpan untuk digunakan masa nak kahwin nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Perempuan pun jangan lah minta bukan2.. Asal bg macam2 je, sweet la apa lah. Kahwin pun belum..
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Anak anak dara di galakkan mlihat ibu nya serta di ajak bntu memasak lipat kain dan sbgai nya utk pendedahan awal kerja rumahtangga..spya nti pndai bdikari..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Adib Khalid mengakui Izara Aishah adalahkekasihnya.
Di sbbkn skrg dunia gajet maka xlpas dr tgn gajet shngga xnk tlg org tua kn bt apa yg ptut ..bila dah kawen..laki mnta syg nti u masak kari ikan ya… hah cmne tu xreti masak..hehee..jgn nti hr hr dok beli lauk kedai..pntg sgt di dedahkn ilmu rumahtgga seawal usia..sbg pndedahan ..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Adib Khalid mengakui Izara Aishah adalahkekasihnya.
Nak buat macam mana.. kadang2 anak2 zaman sekarang juga belajar dari keadaan sekelilingnya.. kalau ibu bapa pun tak lekang dengan gajet seperti fon dan lappy, jangan salahkan anak kalau mengikut perlakuan ibu bapanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Anak2 sekarang bila disuruh buat kerja rumah mula lah buat bermacam alasan.. bila dah kahwin baru nak mula belajar asas rumahtangga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Beruntung kalau dapat membesar di rumah, masuk U pun ulang alik ke rumah. Dapat belajar dengan mak
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Sepatutnya jangan ambil kesempatan, cuba ambil alih tugas mak urus rumah tangga
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Bila kecantikan hati melebihi kecantikan paras wajah InshaAllah..hati lebih di utamakn..lihat sja mereka di sekeliling kita..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Adib Khalid mengakui Izara Aishah adalahkekasihnya.
Kdg kita lihat yg bf xhensem gf hensem kdg gf gmuk bf kurus ..mereka ini bercinta atas dasar hati dan bkn rupa..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Cara Sesuai Mengatasi Kes Buli.
Kdg juga ada yg mlihat situasi bf xhensem gf mcm artis dan realiti ad yg terus fitnah ..ala…nk duit jla tu…Nauzubillah..jauhkan lah dari sifat berperasangka ini..mgkin cinta mereka itu benar dari hati
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Bila Kak Memon Menegur:Perkara Yang Harus Di Jauhi Apabila Berniaga
Jodoh pertemuan tuh bukan kita yang tentukan.. dah rezeki dia dapat awek cun or pakwe hensem.. terima jelah seadanya.. tapi hati mesti mau baik..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Ada lagi ya macam tu? Ish3 keburukan diri sendiri tak nampak pula
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Nak cari orang yang perfect kena cermin diri kita juga adakah perfect.. lebih elok cari yang sedap mata memandang jer dan terima kelebihan dan kekurangannya seadanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Betul tu. Daripada sibuk mencari yang perfect, lebiu baik sibukkan diri untuk menjadi perfect
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Carilah yang beragama.. pasti kita akan lebih bahagia.. kalau dapat yang cantik luar dan dalam tuh kira bonus ler..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Insya Allah, kalau seseorang tu kuat berpegang kepada agama, Allah akan beri kebahagiaan
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
nak awek yang rajin masak, si jejaka pun kena rajin masak terlebih dulu. Ok tak statement ni? Huhu
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
Kalau si jejaka rajin masak tuh satu kelebihan bukan kemestian.. tapi kalau si awek nih tak tahu masak agak malu juga sebenarnya.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Saya setuju dgn tuan. Pelik kenapa gadis2 sekarang mcm tak nak belajar dgn mak. Mak2 skrg pun tak berminat kongsi dgn anak.
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
awek cun luar dalam memang susah nak jumpa, tapi memang ada dalam dunia ni.
Kalau zaman sekarang nih memang payah nak jumpa sebab manusia nih bukannya perfect.. masing2 ada kelebihan dan kekurangan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Semua orang Allah dah ciptakan elok, siapa kita nak menilai ciptaan Allah tu cantik atau sebaliknya? Hmm
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Ingatkan awek mana yang dah menawan hati si pemilik blog ni, hehe…
Kalau tengok ayat yang dicoret bloggerlelaki..pasti ramai awek-awek yang cair dengar dia mengayat..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Bloggerlelaki tu nama blog ke? Tak pernah dengar pula, boleh cuba melawat. Hehe
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
hehe memang betul wanita solehah adalah perhiasan dunia bagi orang mukmin.
tapi kalau pandai masak adalah bonus.
kalau tak pandai masak tetap masih ada waktu untuk belajar, maklum le gadis milennium
setuju hal rajin masak, kadang2 cara masakan lain2 kat satu2 tempat. Kena lah belajar naaa… 🙂
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
Jangan tak tahu.. zaman sekarang nih ada juga orang yang masak nasi pun tak tahu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Memang betul pun. Sibuk sangat baiki hal material, lupa baiki benda kecil2 yang akan menjadi pelengkap diri
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Tak tahu boleh belajar..minat tuh akan datang sendiri.. kalau tjenis tak minatnak belajar tuh tak dapek la nak nolong..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Tak minat belajar tu alasan, sebenarnya malas! Kalau betul ikhlas, patuh kepada ajaran Allah, mesti akak cuba juga belajar dan tanam minat
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
cantiknyer mata dia kan lelaki suka tengok mata lepas tu turun ke hati hahhaa..itu namanya cinta bollywood
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Lebih cantik kalau mata tuh original dan bukannya plastik.. orang malaysia sekarang pun dah ramai ada mata kaler2..hehe..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Susahnya nak tgk sekarang, sampai mata pun boleh plastik kan. Ni maknanya rupa paras tak penting, sebab sng nak ubah
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
wah ada juga ciri-ciri awek cun idaman ye..pria idaman ada tak agaknya:)
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..10 Sebab Kenapa Anak Anda Perlukan Mealshake
Ciri2 awek cun tuh dari bloggerlelaki.. nak tunggu ciri2 pria idaman kena la tunggu dari bloggerpompuan.com pulak..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Cantik di dalam dan luaran. Tingkah laku pun mencerminkan diri
Curahan rasa Nadiah Othman @ ..Jerawat Batu Lepas Kahwin
Setiap orang tuh ada kelebihan dan kekurangan masing2.. tak semua orang sempurna..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Kecantikan seorang wanita bukan hny dr paras rupa. Dlm pun kene cantik. Semoga berjaya!
sekarang ada juga yang praktik cinta lepas kahwin macam zaman-zaman dulu. Terbaik… juga tu
Curahan rasa Norazizah @ ..2 Perasaan Sama Yang Ada Pada Suami Isteri Dalam Al Quran
Sebenarnya mana2 pun bagus samada bercinta sebelum atau selepas.. apa yang pentingnya adalah hati dan keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab masing2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Bertuah badan kalau dapat pasangan yang cantik luar dan dalam.. namun andai siapa pun jodoh kita, terima lah dia seadanya dan biarlah kita saling lengkap melengkapi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
cun tambah solehah , memang pakej. Allah. DT pon tak mampu nak menjadi seperti cun ni.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Bukan senang nak jumpa pakej lengkap awek cun idaman kalbu seperti itu.. kalau ada tuh kira bertuahlah badan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Awek cun yang solehah bertemu pakwe handsome yang soleh, rezeki Allah seperti mendapat syurga dunia
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Memang biasanya kita akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan-Nya.. yang baik untuk orang yang baik, begitu juga sebaliknya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.