Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, kali ini penulis undangan yang menghiasi ruangan penulis undangan di Denaihati.com ialah bloggerlelaki.com. Jom kita baca coretan hati beliau mengenai ‘Awek Cun Idaman Kalbu‘
Ketika aku baru mula mengenali cinta. Tidak banyak perkara tentang cinta yang aku faham. Apa yang utama terlintas didalam fikiran aku adalah awek cun idaman kalbu untuk dijadikan teman wanita.
Memang benar bait kata dalam lagu Bukan Kerana Nama nyanyian Ramli Sarip
” Jangan kau pandang, Wajah yang indah, Kerna dia bisa meracunmu”.
Ketika pertama kali aku kenal cinta, aku telah disuntik racun keasyikan dunia percintaan.
Bagi aku yang pertama kali kenal cinta, sungguh aku jakun. Aku seakan disihir oleh bibir merahnya. Aku mengikut sahaja apa yang dia inginkan. Boleh dikatakan aku banyak berhabis duit untuk si dia, cintalah kononnya. Benda yang paling mahal aku belikan untuk dia adalah telefon bimbit. Pujuk rayu dia membuat aku cair, lebur habis duit aku.
Padahal aku ini bukanlah anak orang kaya. Cuma kerja biasa-biasa sahaja. Tetapi sanggup dia kikis duit aku, licin dicukur oleh si dia yang aku sayang ketat-ketat. Bukan aku nak berkira, tetapi pernah aku sampai kering poket, duit gaji habis sebelum cukup bulan, terpaksa pula aku pinjam duit daripada kawan aku.
Terpaksa aku makan meggi disebabkan awek cun punya pasal. Sebabnya nak belanja awek cun tadi tengok wayang dan bawa dia jalan-jalan. Nak buat buah hati gembiralah kononnya barulah romantik. Dalam pada masa yang sama aku pula yang menderita.
Aku yang semakin lama semakin serabut, mulai tersedar selepas emak aku berleter, selama ini si dia cuma ingin menpergunakan aku. Cinta yang aku tabur tak bernilai buat dirinya. Hanya duit aku sahaja yang dia sayang. Hampir 6 bulan bercinta, selepas itu hubungan kami putus. Semenjak itu aku mulai mengerti akan ciri-ciri awek cun yang sebenar.
Ciri-ciri Awek Cun Idaman Kalbu
1. Berpegang teguh pada agama.
Ini memang ada disebutkan dalam hadis. Jadi kriteria ini memang patut kita ikut, jangan kelabu mata cuma dengan kecantikan luaran sahaja. Cantik itu takkan kekal lama, bunga yang mekar akan layu jua akhirnya.
2. Awek yang setia, susah senang dihadapi bersama.
Alam perkahwinan lebih mencabar daripada alam percintaan. Awek yang setia akan selalu disayangi lelaki. Kesetiaan amat penting di dalam perhubungan, tiada kesetiaan runtuhlah ia.
3. Rajin masak walaupun dia bukannya pandai sangat masak (goreng ikan pun boleh hangit) tapi dia rajin masak.
Dan dia mencuba untuk belajar masak masakan kegemaran suami. Sebab air tangan isteri lebih berkat dibuat hidangan si suami mengalas perut.
4. Pembersih, awek yang cun mestilah bersih bukan.
Takkan orang lelaki nak cari awek yang pengotor. Ini penting sebab nanti bila sudah berkahwin, rumah akan selalu kemas dan teratur, baru tenang hati suami bila balik ke rumah.
5. Tidak mengambil kesempatan.
Jika nak jadi awek cun cintailah dan sayangilah lelaki seadanya. Bukannya cinta disebabkan harta atau untuk dipergunakan. Awek seperti inilah akan buat ramai lelaki diluar sana serik untuk bercinta.
Nasihat aku kepada mereka yang baru hendak mengenali dunia cinta. Jangan terpedaya dengan paras rupa yang cantik semata-mata. Kecantikan awek cun tidak semestinya akan membawa bahagia, mungkin mengundang padah. Bukan niat aku hendak menakut-nakutkan lelaki diluar sana, tetapi beringatlah selalu.
[box type=”shadow”](Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. – Surah An Nur ayat 26 [/box]
489 Comments
Dapat awek cun yang beragama dan penuhi akhlak wanita solehah, bahagia terasa hidup ini
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Betul tuh.. sebab tuh kita disarankan mencari pasangan hidup yang beragama.. in sha Allah kita akan hidup aman bahagia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Saya pun tak setuju dengan sikap kaki kikis yang ada tu, hidup pun tak berkat
Curahan rasa Myliferia @ ..Kenapa Anda Wajib Ambil Vitamin C?
Mereka tak sedar kecantikan yang ada tuh bersifat sementara jer.. kikis duit orang hidup pun tak berkat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
isteri cerdik dan solehah penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
di rumah dia isteri, di jalanan kawan, pabila kita buntu dia penunjuk jalan
Bertuah badan kalau dapat isteri yang punya kelebihan begitu.. tuh kira bonus tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
wanita yang indha adalah wanita menjaga maruah keluaga dengan sebaiknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Resepi Diet Ikan Kukus Serai Cahayacinta Tersedut Harum
Ciri2 berkenaan biasa kita jumpa pada wanita yang menjaga agamanya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
untunglah siapa dapat awek cun seperti gambaran atas bahagia dunia dan akhiratlah jawabnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
Kalau dapat yang cun tuh kira bonus lah.. tapi asal cantik dipandang pun dah memadai..
teringat masa zaman kolej dahulu kawan-kawan suka bertanya kau nak pakwe yang macam mana
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
Memang bertuahlah badan kalau dapat miliki pasangan idaman.. kita juga mesti buat yang terbaik juga kepada pasangan.. baru ler adil..
sukanya melihat wanita pakai purdah harap terjaga semua yang Allah ciptakan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Menggunakan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah_ RMK Malaysia
Memang ada beza pada pandangan orang kepada mereka yang menjaga aurat dan yang tidak menjaganya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
dalam dunia ada sahaja awek cun tapi sedap kekak bidadari sanalah lagi bahagian
Curahan rasa cahayacinta @ ..Manis Hanya Sementara
pilihlah yangterbaik sebab ini yang akan memandu kita ke alam bahagian dekat sana nanti
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Jodoh pertemuan untuk kita telah pun ditentukan-Nya.. kalau dah jodoh, tak ke mana..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kalau ada awek tidka bijak menjaga kebersihan diri susah jugakan.nanti berkahwin asyik dapat penyakit sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Kebanyakannya suka berpura2 jer.. sebelum kahwin tak nampak, dah kahwin baru nampak segala perangai buruk baiknya.. terima jelah seadanya kalaudapat yang macam tuh..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
sudah berkahwin terimalah pasangan anda seadanya jangan cuba menaibkan mereka sudahlah
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Itu sebab pentingnya kena ada sikap hormat menghormati.. tak baik nak memburuk2an dan mengaibkan pasangan sendiri.. kita sendiri pun belum tentu bagus..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Setiap orang dah dicipta sebaik2 kejadian.. masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
banyaklah lagi sebenarnya ciri-ciri untuk idaman kalbu ni , tapi ni mungkin dari pandangan seorang lelaki sendiri
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
ada banyak sebab kenapa mereka memilih lain orang lain pandangankan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Melakar Syurgawi Idaman
Citarasa orang tak sama.. cantik pada pandangan kita tak semestinya cantik pada pandangan orang lain…
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
ini baru sahaja pandangan seorang lelaki kalau sudut wanita nak cari lelaki lain kisahnya pula
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Kalau macam tuh kita tunggulah suri kongsikan pula artikel versi wanita pula .. pakwe idaman kalbu..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kalau cuba senaraikan dalam blog mahu juga angak lebih dari sertus lebih
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
amboi.. kalau nak senaraikan semuanya memang lah beratus.. senaraikan yang penting2 saja pun dah memadai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Mungkin penulis hanya menulis tps ini dari pengalaman dan pembacaannya saja.. memang banyak lagi yang boleh dibuat..kena guna kekreativiti masing2 ler..skill tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
betul tu ,, emak juga yang akhirnya menolong kita .. sekurang-kurangnya tidak tersedar dari lamunan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
mak selalunya akan perasan bila anak teruna atau dara terjebak kerana cinta
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
Naluri hati seorang ibu memang sangat kuat.. lagipun dia yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
beruntunglah ada emak kerana dia sentiasa memantau gerak-geri taip-tiap anaknya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 24/2014_HP PC Demand Gen Digital Campaign
Nak cari awek idaman kalbu juga kena masukkan awek yang ada ciri2 keibuan juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Naluri seorang ibu pasti senantiasa ada untuk menyokong dan menasihati anaknya tak kira buruk atau baik..
lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik . jadi janganlah risau .
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Betul tuh.. sebab itulah kita juga disarankan jadi orang yang baik2.. in sha Allah jodoh kita nanti pun akan dapat orang yang baik2 juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kalau kita kaya , tidak lah rasa teruk sangat untuk membelanja itu ini kan .
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
yang penting duit bukan segala untuk memikat hati seseorang wanita dan lelakikan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Melakar Syurgawi Idaman
Tapi ramai juga wanita yang lebih pandang duit dari segalanya.. tuh sebab mudah terpedaya dengan lelaki berhidung belang..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Tapi bila dah berduit tuh kita tak tahu pula pasangan kita tuh betul2 ikhlas sukakan kita ke atau sukakan duit kita jer..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
sampai sanggup pinjam duit kawan demi perempuan , memang leceh lah , akhirnya apa pun tak dapat
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
mungkin itu jenis nak duit sahaja dari lelaki agaknya sekarang ada macam -maca cara nak dapatkan duit
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
Mungkin awek tuh cun sangat kot sampai takut terlepas.. tuh yang sampai sanggup pinjam meminjam tuh..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Tak perlu lah sampai pinjam meminjam sebab perempuan.. ikut jer kemampuan diri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
kesiannya . hmm memang tak patut .. perempuan ni kadang-kadang suka mengambil kesempatan . perlu menegur
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Mungkin hanya segelintir jer yang suka mengambil kesempatan dan bersikap materialistik.. kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
memang betul-betul jatuh cinta ni , kekasih saya sekarang ni pun tidak seperti itu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Wah.. macam tuh pulak.. suruhlah si kekasih tuh cuba tips2 yang diberikan tuh.. hehe
Comments are closed.