Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Rata-rata sudah mengetahui Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog yang akan berlangsung pada 13 Disember 2014 pada Sabtu ini di Dewan Sultan Muhamad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah, pelbagai pihak sudi memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan seminar ini. Inilah yang dinamakan power of networking.
Terima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf, Jopana Resources, Sinar Harian, Amariman Sdn Bhd, Yeo’s Malaysia, Otens Kitchen, Klikjer , Choc4gaza dan semua penaja-penaja lain yang telah membantu menjayakan majlis ini secara lansung dan tidak lansung.
Aturcara pun sudah dikemaskini dan kini sudah hampir kepada proses penyiapan tempat di mana akan berlangsungnya seminar tersebut. Seunit iPhone 6 yang baru sahaja dibeli akan menjadi cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.
Satu lagi keistimewaan mereka yang hadir pada seminar kali ini adalah perkongsian dari speaker yang berpengalaman di dalam bidang affiliate ini. Bagaimana untuk memulakan langkah yang bijak bagi menjana pendapatan ekonomi gaya baru. Blogger kini perlu lebih proaktif dalam mencari income tambahan dan tidak hanya kepada iklan dan advertorial sahaja. Bagi yang kurang masa untuk pergi ke event yang kebanyakannya di Lembah Klang, inilah masanya untuk pelajari teknik membuat duit.
Alhamdulillah sehingga kini ada peserta dari negara jiran Indonesia, Singapore dan Kemboja sudah mendaftar. Ada juga peserta dari Jitra, Pulau Pinang dan Johor Baharu yang sudah mendaftar maknanya lokasi bukanlah alasan untuk mencari ilmu.
Zeo Unic dari utara tanahair mampu menjana wang dari affiliate ini. Apakah kita masih di takuk lama dan selesa dengan apa yang ada? Seminar ini bertujuan untuk membuka mata dan minda rakan-rakan sekalian. Kepada yang di luar sana masih ada masa untuk mendaftar di Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog ini. Jom Daftar!!
89 Comments
waaaa… hebatnya dr luar Malaysia pun sanggup datang. Lambatnya hr Sabtu ni… Nk menimba ilmu affiliate. Syoknya… 😀
Curahan rasa ieta mat saad @ ..PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK
rugi tak daftar seminar ni. bukan sekadar dapat iphone tapi lebih dari itu. Dah lama tak jumpa sahabat2 semua. Apapun jumpa anda di sana!
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Yeaaa! Gembira Akhirnya!
MENARIK!! kalaulah dekat2 boleh jugak join ni..tapi apakan daya…smoga yang pergi dapat segala ilmu dan praktikkan ye ^_^
Curahan rasa cksabihah @ ..PETUA awet muda, TAMPAK MUDA, RASA LEBIH MUDA
dengan setia saya ikut menyimak program ini mas, dan semoga dilancarkan segalanya … aamiin …
Curahan rasa Info Menarik @ ..Mendikbud Menghentikan Keberlakuan Kurikulum 2013
majlis disebelah petang tu memang happening tu..ruginya sape tak join tu
Curahan rasa reezluv @ ..Buku Catatan MatLuthfi Tu Best Ke?
Aturcara Amjlis dah ada dah… Nampak padat pengisian seminar ini… Diharap para peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dikongsikan oleh para speaker…
Curahan rasa Anuar @ ..Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat
lumayan juga cabutan bertuah tu…semoga semua yang sertai akan mendapat manfaat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wahhh…dah ada tentatif program! Selamat menimba ilmu bertimba-timba buat anda yang dah mendaftar! Anda kaya dan berjaya hendaknya! 😀
Curahan rasa Faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
Semoga semua acara yang telah direncanakan dan diatur berjalan dengan lancar serta memberikan manfaat bagi seluruh yang hadir
Curahan rasa Dawaihati @ ..Cara Menjual Ruang Iklan di Blog
untungnya kepada peserta yang dapat join bukan calang-calang org yang bagi ilmu tu sedut elok nnt kongsi ehhh
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway Satu (1) weBoost Drive 3G-S Bernilai RM389
seronoknya. fyna sibuk dengan persiapan kenduri kahwin. huhuhu… belum ada rezeki hendak join kan.
Diharapkan aturcara berjalan lancar dan kepada para peserta, sedutlah ilmu sebanyak mungkin.
Curahan rasa Fadhil @ ..Rahsia Penting Buat Duit Dengan Affiliate
atur cara dah keluar, kawan-kawan dah boleh rancang perjalanan untuk ke majlis ini, semoga dapat hadam kesemua ilmu yang dikongsikan.
Curahan rasa ikhwan @ ..Pengenalan Kepada Affiliate Niche Kerjaya
Okeh.
Gua leh datang lambat ni.
Maklumlah..masih jetleg lagi masa tu..
Curahan rasa titan @ ..Isu PM kat facebook.
waaahhh.. tak sabar dah nak tunggu 13hb ni… pasti ilmu yg dicurahkan amat mantap…
Curahan rasa eXplorasa @ ..Sebab Kenapa Anda Pasti Akan Datang Lagi Ke Bucida Court Sungai Penchala
Semoga berjaya mendapatkan ilmu buat duit affiliate dengan blog dalam seminar itu nanti.. All the best.
Comments are closed.