Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertengahan bulan Oktober aku mendapat panggilan telefon dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro katanya bil astro tertunggak. Aku tanya balik betul ke sebab aku baru je bayar bil tersebut beberapa hari lepas dan aku tegaskan yang aku yakin aku dah bayar bil tersebut. Perbualan tersebut tamat begitu sahaja dan aku terlalu sibuk nak memeriksa bil terkini.

Pada 27/10/13 sekembalinya aku dari Johor menziarahi anak-anak di asrama siaran Astro aku telah dipotong nasib baiklah masa itu tidak ada perlawanan Arsenal. Setelah aku periksa bil rupanya aku telah membuat kesilapan dengan membayar ke akaun Astro lama yang telah dipotong beberapa bulan yang lepas.

Awal pagi 28/10/13 aku telah membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300-82-3838. Aku menerangkan masalah tersalah bayar ke akaun Astro lama dan minta dipindahkan ke akaun Astro yang baru. Seorang wanita menjawab dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dengan memindahkan jumlah yang ada di akaun lama ke akaun baru. Wanita tersebut juga berjanji akan mengaktifkan akaun Astro dalam tempoh tiga jam tetapi tidak ditepati sehingga aku terpaksa menelefon sekali selepas 12 jam.

Klik Untuk Panduan Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Pada 2/11/13 ketika dalam perjalanan ke KLIA aku menerima panggilan dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro menyatakan bil aku tertunggak dan aku jelaskan yang aku dan berurusan dengan pihak Astro tentang masalah ini. Aku syak wanita yang berurusan pada 28/10/13 tak buat kerja. Pada 4/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat.

Pada 5/11/13 aku membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro dan bercakap dengan seorang lelaki. Kali ini aku catatkan nama pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut untuk rujukan. Beliau memohon maaf kerana rakan pertamanya tidak mengambil tindakan ke atas masalah yang telah dirujuk. Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah. Kesungguhannya ternampak apabila beliau menelefon sekali lagi dan memastikan akaun Astro diaktifkan serta merta.

Pada 13/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat dan aku syak memang masalah yang sama. Adakah mamat ke dua ini pun tak buat kerja?

Akaun astro di potong walaupun sudah bayar bil

Untuk kali ke tiga aku call Astro untuk isu yang sama kali ni aku call tepat pada jam 8.05 am, 13/11/13. Soalan pertama aku apabila dapat berkomunikasi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Astro yang baik budi pekerti ialah “kenapa akaun Astro aku disekat?” dan jawabannya pun sama kerana ada tunggakan. Sekali kali aku jelaskan tapi kali ni aku speeking London supaya mereka lebih faham. Mamat tu kata mengikut rekod memang betul aku ada buat laporan dua kali iaitu pada 28/10 dan 5/11 tetapi malangnya kedua-dua laporan itu tidak diambil tindakan. Maknanya awek pertama dan mamat kedua tak buat kerja jadi apa yang diaorang buat … makan popcorn ke??

Mamat ke tiga yang juga aku catatkan namanya nampak lebih beretika dengan terus membuat laporan dan memberi aku nombor laporan yang dibuat. Dia berjanji akan mengaktifkan akaun Astro serta merta tetapi ketika entri ini di publish pada jam 2.10 pm akaun Astro masih disekat. Boleh percaya ke mamat ke tiga ini atau dia marah sebab aku cakap kali ini aku akan terus kat blog dan kongsikan di Facebook kalau masalah tak selesai.

Jadi ke mana lagi aku nak mengadu kalau Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pun tak dapat membantu walaupun isu yang sama sudah tiga kali dilaporkan. Untuk makluman jumlah yang aku bayar tersebut melebihi daripada jumlah tunggakan sebenar. Jadi kalau anda kenal kepada CEO Astro Dato’ Rohana Rohzan tolong fowardkan link entri ini. Adakah ini boleh dikatakan sebagai penipuan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Astro??

astro hand-over-ceremony

Astro ini banyak juga jasa kepada aku terutama Astro Awani yang sudah beberapa kali menyiarkan temu bual perkongsian ilmu perniagaan online. Pasti teringat Hilal Azmi yang selalu jemput untuk program Bisnis Altenatif, Nisa Kasnon yang buat cover seminar hartanah dan Haji Nazri yang pernah bersama di Mekah. Blog Denaihati juga telah beberapa kali menulis advertorial untuk program-program Astro seperti artikel di bawah.

Tapi, yang tak betul mesti juga ditegur supaya boleh memberi perkhidmatan lebih baik. Kali ini aku tak akan call Astro nak tengok berapa lama diorang akan sambung siaran Astro yang disekat. Bukan sekali sudah tiga kali buat laporan yang sama. Adakah aku yang bersalah?

Anda ada pengalaman buruk dengan Astro? Jom kongsikan mana tahu Dato’ Rohana sudi nak baca entri ini bolehlah beliau ambil tindakan kepada staff yang tak bertanggungjawab tersebut.

Berita terkini :

  • Tepat jam 9.14 pm, 13/11/13 Cik Anita dari Pusat perkhidmatan pelanggan, Astro menefon aku memaklumkan pihak Astro telah mengambil tindakan dan sedang menguruskan masalah yg berlaku. Dalam 48 jam beliau janji untuk menefon kembali untuk confirmkan duit dari akaun lama sudah dipindah ke akaun baru.
  • 9.17 pm @astroonline telah membalas tweet memohon maaf di atas kesulitan dan memaklumkan telah mengajukan masalah ke bahagian berkenaan.
  • 2.15 pm, 14/11/13 wakil daripada marketing telefon memohon maaf di atas maslah yang berlalu. Beliau berjanji untuk memasti masalah ini selesai segera.
  • 5.00 pm 14/11/13 Cik Anita sekali menelefon memaklumkan duit terlebih bayar di akaun lama telah dipindahkan ke akaun baru. Beliau meminta aku merujuk pada bil terbaru yang akan keluar pada 16/11/13.

Terima kasih kepada Hilal Azmi, Noor Razman, DayDeck86, Pn Norlida, Cik Anita dan Azaria Loh kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku semuga ianya menjadi pengajaran kepada semua.


Spread the love

176 Comments

  1. Alhamdulillah sebab so far wan tak ada masalah sebagai pelanggan. Kalau tak mesti wan gelabah juga dibuatnya. Nasib baik tuan ada saluran yang mudah untuk escalate. Itu yang kita sedar kan. Macam mana pula la yang tak sedar tetiba kena bayar lagi extra. Kan ker rugi tu.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu JuaMy Profile

  2. Masalah sama saya hadapi dgn astro..tp masalah saya berkenaan decoder astro. Sepatutnya tahun lpas decoder astro lama ditukar kpd decoder beyond.. dh 7 kali call astro..tp xde cerita.. janji nk dtg tukar free..tp lately ni dorang kata promotion dh expired.. aaaiii..salah aku ke klu korang slow.. decoder adik aku dh tukar tp aku punya smpi la ni xde berita..tp mula2 dulu doranv yg promote suruh tukar sbb tgh free.. skg ni astri buat mcm aku la yg beriye2 sgt nk tukar..sorry la..kli korang xnk tular pun xde msalah la.. cuma janji astro buat aku fade up.. mmg x bole pakai..

  3. Saya pun alami masalah yg hampir sama.bil astro bln jun dan julai x sampai.. Saya pun pelik.lepas tu siaran ada yg kena potong.. Bila saya hantar email 2 kali br la bil smpai.tp yg sakit hatinye ada cas 20 ringgit utk penyambungan siaran.. Harap astro kaji lah skit tahap pengurusanya.jgn suka2 nk mkn duit org.nanti x berkat.

  4. Kalau cite pasal astro ni memang i menyampah, itu la lambat sikit kena potong.. Bila i tanya suruh bayar dulu bila dah bayar takde lak computer generated nak sambungkan terus bil tu. kalau bb memotong ni laju je , takde lak reason computer generated cam diorang potong tu. kalau dah ada siaran bye2 je la astro ni. Belum masuk waktu hujan, siaran memang takde. Takde pulak diorang fikir. Suka2 potong pastu charge sambung.. Berapa banyak diorang buat duit dengan aniaya orang, takde compromise. Fikir untunggg je laaa… So far bila i call customer service astro semua bagus tapi tula bila ada rules dari top management diorang tu jafi camtu.. Setuju sangat bagi ceo diorang baca supaya afa sikit belas kesian.. Cita kalau up to date takpe beratus kali cite yg samaas

  5. Aku kena bulan lepas..lagi best..tiba2 tengok bil dari 80 lebih jadi 100 lebih..aku call astro tanya kenapa bill aku bulan tu tinggi..dah naik ke?..dia chek dulu pastu dia ckp..incikkk..24hb inchikk punya service kena suspend..25hb itu suspend suda uplifted..itu pasal kena caj penyambungan..aku ckp..aku bleh je tgk tv3 ke axn ke tarikh tu..mana de suspend..dia ckp..incikk skrg sistem baru..bukan semua channel dia suspend..aku ckp..ehh mcm mana nk tau apa channel yg kne suspend..dan mcm mana nk tau aku kena suspend?..time ni darah aku dh mnggelegak dah..aku tanya aku ada call tak buat penyambungan semula?..dia ckp mmg xde sbb skng sistem baru penyambungan secara auto..auto kepala hotak dia berjambul..aku tanya lg ok klu suspend slalu channel apa yang kne blok?..dia cuba spin lagi..tu tak tentu inchikk..aku sound dah geram sangat..eii xde cara lain lagi ke astro nak makan duit ..duit haram ni..kehkehkeh..alih2 kena byr jugakkk..makii la caner pun..kenaaa jugakkkk..kihkihkih…

  6. Assalam semua. Aku pun pernah terjadi mcm ni. Tapi utk pemotongan. Aku kija di pekan pahang. Rumah family dikajang. Setelah job aku di pahang selesai aku nak tutup akaun astro aku dipahang. Untuk pemotongan saja aku terpaksa membayar selama 3@4 bulan extra di sebabkan pekerja yg tak buat kerja itu. Astro kena la ambik tindakan sebab tak elok makab duit haram mcm tu dan memvuatkan org rasa ditindas. Org ramai akan menyjmpah seranah astro. Cuba bayang kan aku ambik oakej rm150 kalau tak silap. Cuba bayang kan kalau org gaji kecik. Ingat la sikit yer astro.

  7. Bagi yg cerdik macam saudara kita ni ok le, bagi orang kampong atau orang lama mcm saya ni agak nye terinaya je. Kalau sesuatu perkhimatan tu di monopoli satu syarikat je ini le jadinya. Perkhidmatan Letrik kita contoh nya, kejab kejab naik deposit, naik tarif, dah takde pilihan lain bayar jjugak.

  8. hahaha..bile baca story dah..dah pernah kena pada sya…astro saya mula disekat sejak hujung bulan 12 2013…bila payment dah bt still xde penyambungan di buat..kol byk kali dah..tetap sama…ade mslh teknikal bagai la…paling teruk lg bile sya nak tukar akaun sya pergi njoi…payment untuk penukaran dah byr tp akaun masih tak aktif..give up punya pasal…saya stop kol astro…bulan 7 2014, saya pergi ofis astro suh aktifkan balik sebab pyment semua dah settel tp kenapa masih xde siaran…pegawai tu ckp kena tgu 5 ari..tunggu punya tunggu still xde jgk..kol lg kat astro service kene tunggu 2 3 ari pulak…sya bengang xtau lg nak bt ape..tp still xde jgk…last sekali…ppuan tu ckp laporan dah diterima dah di hantar kununnye…tp die ckp nanti die tulis kt laporan tu sbg urgent..dalam 3 4 jam akan dapat siaran….nasib baik die bt keje..kalo x sampai skg mungkin kitorg x tgk tv dah…ape punya astro
    la…langsung x boleh harap..nak duit cpt aje..

  9. payah2.. hypptv nak siar bola malaysia x dpt hak penyiaran… epl pn x leh.. beli siaran dari astro pn dapat 2 channel je.. pastu game epl astro letak sikit2 je kat 2 channel tu… camne la nak lawan astro…

  10. Selama saya langgan astro tak pernah pulak saya hadapi masalah macam ni. Alhamdulillah dah dkt 10 tahun saya guna astro. Masalah bila hujan lebat je. Tu standard lah kan. Tapi so far saya okay lah guna astro ni.

  11. Assallamualaikum,Saya membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insha’Allah urusan boleh dijalankan dalam 1 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut (tidak perlu pengesahan pej Konsul).
    Sekiranya berminat JGN MALU JGN SEGAN, sila GOOGLE ke LINK ini :-
    kahwindithailandnarathiwat.blogspot.com ATAU 010-797 3044

  12. Byk kali dah astro menindas pelanggan..suruh tuka beyond tapi kene tambah bayaran..bila xnak tuka buat2 rosak siaran..hangpa xcaya tunggu masanya akan tiba..den dah 2 kali kono..satu kat kg..se lg umah sendri..last2 baru smlm tutup astro..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!