Astro Perkhidmatan Pelanggan menipu

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertengahan bulan Oktober aku mendapat panggilan telefon dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro katanya bil astro tertunggak. Aku tanya balik betul ke sebab aku baru je bayar bil tersebut beberapa hari lepas dan aku tegaskan yang aku yakin aku dah bayar bil tersebut. Perbualan tersebut tamat begitu sahaja dan aku terlalu sibuk nak memeriksa bil terkini.

Pada 27/10/13 sekembalinya aku dari Johor menziarahi anak-anak di asrama siaran Astro aku telah dipotong nasib baiklah masa itu tidak ada perlawanan Arsenal. Setelah aku periksa bil rupanya aku telah membuat kesilapan dengan membayar ke akaun Astro lama yang telah dipotong beberapa bulan yang lepas.

Awal pagi 28/10/13 aku telah membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300-82-3838. Aku menerangkan masalah tersalah bayar ke akaun Astro lama dan minta dipindahkan ke akaun Astro yang baru. Seorang wanita menjawab dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dengan memindahkan jumlah yang ada di akaun lama ke akaun baru. Wanita tersebut juga berjanji akan mengaktifkan akaun Astro dalam tempoh tiga jam tetapi tidak ditepati sehingga aku terpaksa menelefon sekali selepas 12 jam.

Klik Untuk Panduan Membeli Tiket AirAsia Secara Online

Pada 2/11/13 ketika dalam perjalanan ke KLIA aku menerima panggilan dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro menyatakan bil aku tertunggak dan aku jelaskan yang aku dan berurusan dengan pihak Astro tentang masalah ini. Aku syak wanita yang berurusan pada 28/10/13 tak buat kerja. Pada 4/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat.

Pada 5/11/13 aku membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro dan bercakap dengan seorang lelaki. Kali ini aku catatkan nama pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut untuk rujukan. Beliau memohon maaf kerana rakan pertamanya tidak mengambil tindakan ke atas masalah yang telah dirujuk. Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah. Kesungguhannya ternampak apabila beliau menelefon sekali lagi dan memastikan akaun Astro diaktifkan serta merta.

Pada 13/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat dan aku syak memang masalah yang sama. Adakah mamat ke dua ini pun tak buat kerja?

Akaun astro di potong walaupun sudah bayar bil

Untuk kali ke tiga aku call Astro untuk isu yang sama kali ni aku call tepat pada jam 8.05 am, 13/11/13. Soalan pertama aku apabila dapat berkomunikasi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Astro yang baik budi pekerti ialah “kenapa akaun Astro aku disekat?” dan jawabannya pun sama kerana ada tunggakan. Sekali kali aku jelaskan tapi kali ni aku speeking London supaya mereka lebih faham. Mamat tu kata mengikut rekod memang betul aku ada buat laporan dua kali iaitu pada 28/10 dan 5/11 tetapi malangnya kedua-dua laporan itu tidak diambil tindakan. Maknanya awek pertama dan mamat kedua tak buat kerja jadi apa yang diaorang buat … makan popcorn ke??

Mamat ke tiga yang juga aku catatkan namanya nampak lebih beretika dengan terus membuat laporan dan memberi aku nombor laporan yang dibuat. Dia berjanji akan mengaktifkan akaun Astro serta merta tetapi ketika entri ini di publish pada jam 2.10 pm akaun Astro masih disekat. Boleh percaya ke mamat ke tiga ini atau dia marah sebab aku cakap kali ini aku akan terus kat blog dan kongsikan di Facebook kalau masalah tak selesai.

Jadi ke mana lagi aku nak mengadu kalau Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pun tak dapat membantu walaupun isu yang sama sudah tiga kali dilaporkan. Untuk makluman jumlah yang aku bayar tersebut melebihi daripada jumlah tunggakan sebenar. Jadi kalau anda kenal kepada CEO Astro Dato’ Rohana Rohzan tolong fowardkan link entri ini. Adakah ini boleh dikatakan sebagai penipuan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Astro??

astro hand-over-ceremony

Astro ini banyak juga jasa kepada aku terutama Astro Awani yang sudah beberapa kali menyiarkan temu bual perkongsian ilmu perniagaan online. Pasti teringat Hilal Azmi yang selalu jemput untuk program Bisnis Altenatif, Nisa Kasnon yang buat cover seminar hartanah dan Haji Nazri yang pernah bersama di Mekah. Blog Denaihati juga telah beberapa kali menulis advertorial untuk program-program Astro seperti artikel di bawah.

Tapi, yang tak betul mesti juga ditegur supaya boleh memberi perkhidmatan lebih baik. Kali ini aku tak akan call Astro nak tengok berapa lama diorang akan sambung siaran Astro yang disekat. Bukan sekali sudah tiga kali buat laporan yang sama. Adakah aku yang bersalah?

Anda ada pengalaman buruk dengan Astro? Jom kongsikan mana tahu Dato’ Rohana sudi nak baca entri ini bolehlah beliau ambil tindakan kepada staff yang tak bertanggungjawab tersebut.

Berita terkini :

  • Tepat jam 9.14 pm, 13/11/13 Cik Anita dari Pusat perkhidmatan pelanggan, Astro menefon aku memaklumkan pihak Astro telah mengambil tindakan dan sedang menguruskan masalah yg berlaku. Dalam 48 jam beliau janji untuk menefon kembali untuk confirmkan duit dari akaun lama sudah dipindah ke akaun baru.
  • 9.17 pm @astroonline telah membalas tweet memohon maaf di atas kesulitan dan memaklumkan telah mengajukan masalah ke bahagian berkenaan.
  • 2.15 pm, 14/11/13 wakil daripada marketing telefon memohon maaf di atas maslah yang berlalu. Beliau berjanji untuk memasti masalah ini selesai segera.
  • 5.00 pm 14/11/13 Cik Anita sekali menelefon memaklumkan duit terlebih bayar di akaun lama telah dipindahkan ke akaun baru. Beliau meminta aku merujuk pada bil terbaru yang akan keluar pada 16/11/13.

Terima kasih kepada Hilal Azmi, Noor Razman, DayDeck86, Pn Norlida, Cik Anita dan Azaria Loh kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku semuga ianya menjadi pengajaran kepada semua.


Spread the love

176 Comments

  1. Astro memang teruk.. Aku ada 4 account astro.. Bayar walau mahal.. Sbb aku utamakan org yg boring duduk kat rumah.. Aku tak suka bila ada ‘reconnection’.. Aku bukan tak byr.. Cuma kadang terlambat sikit.. Yang celaka astro ni bayaran RM20 utk sambungan semula.. Kalau dah tiap²bulan kena bayar mampus la.. Astro pun service tak bagus.. Macam haram.. Aku dah komen siap maki hamun .. Tapi astro just minta maaf.. Nanti buat lagi.. Aku bayar astro.. Tapi aku tak halalkan separuh duit aku bayar.. Biar pekerja muslim astro mati makan duit haram.. Hahaha

  2. hr ni 24/8/14…bila sj nk mnonton trus on tv n astro,…tp mlngnya hnya 1 channel sj yg on yg lain xda….stelh off n on kn smula brulh ada siaran…yg bt kcewa sgt akhir2 ni dpt msg dr astro bil trtunggak hingga rm300++ sdgkn stiap buln bil d byr…klu nk kol astro kdg spai 30 minit br dpt lynn dr operator. itupn smbung sana sini n kna pla dail no spt yg dia bgthu. hal ni rsnya dh bnyk kli dh trjadi..bil sllu rtunggak sdgkn byrn d buat stiap buln…

    remarks:
    tlg ambil berat tntg permslhn smua plnggan astro

  3. Saya ada pengalaman ditipu oleh pihak Astro. Mungkin salah faham sebenarnya tapi yang jadi mangsa adalah saya sebagai pengguna. Pertengahan tahun 2013 saya ada daftar Astro Njoi sebanyak rm280 ke rumah emak saya di kampung sebab kawasan sana siaran tv tidak clear. Kebetulan bulan puasa pihak Customer Astro telefon menawarkan siaran Astro pakej Family + warna + Astro learning bernilai rm69.90 selama 3bulan percuma jika saya suka boleh teruskan kalu tidak suka boleh potong, selepas 3bulan sampai bil saya kena bayar rm 69.90, saya pun call Astro bagi tau hari kata free sekarang kena bayar pegawai tersebut berjanji akan setel kan tetapi saya kena bayar dulu rm69.90 untuk aktif akaun kalau tak tak boleh tengok tv, bulan kedua sampai lagi bil rm69.90 saya call lagi dan kena bayar lagi bulan ketiga pun sama, akhirnya setelah 3bulan saya bayar rm69.90 yang dijanjikan percuma saya pula kena bayar kos tukar pakej Astro biasa ke Astro NJoi sekali lagi sebanyak rm90 so anda bayangkan berapa saya dah rugi sebab menerima tawaran daripada Customer servive Astro mula2 itu, ingat la kalu ada panggilan drp Astro menawarkan pakej apa2 jangan la terima

  4. Saya tak paham dgn astro da la tiap2 tahun harga mau naik.lepas tu pulak astro yg lama dia suh tukarvlak pakai yg beong lak.klu free tak po la nie tambah pulok 20 hinggey sebulan.memang tak patut

  5. saya mintak la hati baik kerajaan malaysia..tolongla,janganla astro yang menopoli siaran di malaysia..tiada ka company2 laen yang mampu menyaingi astro…seola2 kerajaan tidak bertindak keras dengan astro…nak cakap la astro ni tada guna…bodoh.

  6. Utk makluman, sdra boleh buat aduan kepada nombor yg trrtera dilaman web astro dibahagian bawah kanan. Itu bkn nombor astro…ceritakan permasalahan sdra dan emelkan kepada mereka dr A-Z.

    Masalah sdra akan selesai. Saya sendiri telah buat aduan mengenai perkhidmatan astro pada talian tersebut dan saya dapat rebet.

  7. boikot jer..cerita pun bukanlah best sangat, dok ulang ulang ulang ulang naik menyampah.

  8. Astro mmg pnipu,bil kna byar cepat tp cerita kt tv berpuluh kli tyang naik jemu tgok.bila lmbt byr ckit trus ptong.tgu msa je nk ptong trus astro ni

  9. Selamat kewujudan ASTRO, belum pernah sekali saya melanggan… hidup tetap ceria :p

  10. bil astro aku dulu disekat sbb lewat byr, aku call nak terminate, Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro kata kalau nak terminate pun kena charge rm20. tanpa pengetahuan aku, astro suka2 je reconnect!
    disebabkan aku sakit hati.. aku pulangkan smart card tuh! tapi astro charge jugak lg utk beberapa bulan sedangkn aku x tengok astro pun!

  11. Slm…pnglmn aku plk dgn astro ni…sbnrnya aku xtau astro ni ada kontrak 2 thn…..sblm tamat kontrak aku dh block prkhdmtn aku sbb nk pindah rumah…..l/k 7@8 bln slps tu org astro kol aku & bg tau en. Kna byr 5ratus lbh sbb langgar kontrak….aku apa lg bertekak la dgn org astro tu bgtau knp masa aku psg aritu depa xterang psl kontrak ni…ayat lasy aku sng je…skrg ni sy tifak akan bayar caj yg melampau mcm ni….kalau nk saman , saman la saya….saya x takut…sampai skrg depa x telefon & xdpt pn surat saman….sbb ms depa ckp tu, dia kata nk ambil tindakan….apa lg aku pn hangin satu badan…..jd moral of the story, xpyh byr caj2 yang merapu tu…..pedulikan aje….

  12. Saya pun ada masalah. Saya lewat bayar bill hanya sebulan sahaja siaran saya sudah di sekat. Oleh kerana marah saya ambil keputusan tidak mahu bayar selama dua bulan. Kalau Astro yang sekat dia tidak boleh kenakan caj yuran bulanan yang dia sekat. Aku tak gunakan khidmat astro selama dua bulan kerana di halang oleh astro sendiri. Dalam tempoh masa itu aku menerima panggilan dari astro meminta aku jelaskan bayaran. Aku jawab siapa suruh ko sekat siaran astro aku? Aku terus membiarkan bil tanpa membayar dan berkali-kali itu jugalah aku menerima panggilan astro meminta aku membayar. Selepas dua bulan barulah aku membayar. Yang peliknya ada saja bill yang merapu-rapu yang di kenakan caj kepada aku hingga hampir menyamai jumlah yuran bulanan. Ini membuat aku marah dan jika siaran astro aku di sekat lagi aku bertekat tidak akan membayar lagi hingga 3 bulan atau 5 bulan. Ini bererti astro tidak layak mengambil duit aku selama tempoh 3 bulan atau 5 bulan yang aku tidak gunakan khidmat astro. Tidak lama selepas itu siaran astro aku di sekat lagi kali ke dua. Tak per… kali ini aku dah siap sedia tidak mahu guna servis astro selama 3 bulan. Biar berapa ribu kali astro call aku minta selesaikan tunggakan aku jawab tunggu 3 bulan baru aku ada duit nak bayar. Sekarang aku tak mau bayar selama 3 bulan. Tiba-tiba tanpa pengetahuan aku dan tanpa bayar 1 sen pun astro telah menyambung semula siaran aku. Rupanya dia takut rugi sebab aku dah kata tak mahu bayar selama 3 bulan. Tahu pun takut rugi. Memang astro hati yahudi bisnes cara Israel untuk untong menindas customer kaun untong. Selepas itu nampaknya hingga sekarang astro tak potong siaran aku walaupun aku lambat bayar sebulan. Kalau ko potong lagi siap ko 6 bulan aku tak mau tengok astro dan ko rugi 6 bulan bayaran.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!