Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila keluar je status Arsenal di FB Denaihati pasti ada komen negatif yang diterima. Ramai Rakan Blogger yang sudah cop Denaihati dengan Arsenal. Dua orang Blogger penyokong tegar Liverpool, Shakiddo dan Melasting Bintang lagilah mengutuk sakan macamlah Liverpool tiap-tiap tahun dapat julang piala.
“Sorry tp say…selagi arsena wenger jadi jurulatih arsenal jgn haraplah nak dpt piala….heheh – Faizal Fredley“
“Mengecat office dengan warna Arsenal, mengecat sambil berbaju Arsenal, itulah brader Denaihati si kipas-susah-mati Arsenal – Fakarepain“
Aku tak kisah kena kutuk yang penting strategi blogging untuk menjadikan Arsenal sebagai niche blog ini telah berjaya menarik perhatian pembaca. Lagi banyak kontrovesi Arsenal lagi bagus .. lagi banyak Arsenal tewas lagi bagus untuk penjenamaan blog ini. Arsenal sudah tidak dapat dipisahkan dengan blog Denaihati. Punya fanatik sehingga cat ofis pun warna Arsenal.
Keputusan Arsenal vs Aston Villa
Memanglah ramai peminat Arsenal kecewa bila tewas perlawanan pertama BPL musim 2013/14 kepada Aston Villa walaupun telah mendahului pada minit ke enam hasil jaringan Giroud. Perlawanan Arsenal menentang Aston Villa di Stadium Emirates memang menarik tetapi dicemari oleh beberapa keputusan pengadil yang tidak menyebelahi Arsenal.
Tewas perlawanan pertama bukan berakhir perjuangan Arsenal kerana musim 2013/14 baru bermula lihat sahaja apa yang berlaku kepada Tottenham yang begitu cemerlang di awal musim 2012/13 tetapi merosot di akhir musim. Arsenal pula sebaliknya pada musim lepas dengan permulaan yang teruk tetapi berjaya mengakhiri dengan kejayaan tempat ke empat. Musim ini pasti Arsenal akan menjulang sekurang-sekurangnya satu piala dan berada top 4 bersama Chelsea, MU dan MC. Liverpool sorrylah kelas lain .. biasa Liverpool bersaing dengan Tottenham dan Everton je.
Fenerbahce vs Arsenal Play-off Champion League 2013/14
Arsenal akan bertandang ke Istanbul untuk menentang Fenerbahce untuk play-off Champion League 2013/14. Perlawanan ini sangat penting kerana setiap kelab yang layak ke Champion League akan menerima hadiah sebanyak Euro 40 juta. Jumlah hadiah yang besar menjadi rebutan semua pasukan besar dan sehingga kini Arsenal sudah layak sebanyak 15 kali berturut-turut dan malam ini penentuan untuk kali ke 16. Liverpool ada ke??
Live Streaming Fenerbahce vs Arsenal @ Goal
Live Fenerbahce vs Arsenal
Video Fenerbahce vs Arsenal :
Keputusan Fenerbahce vs Arsenal : 0 – 3
Keputusan pay-off kedua Arsenal vs Fenerbahce : 2 – 0
Keputusan Play-off Champions League 2013/14
[box type=”shadow”]Shakhter Karagandy vs Celtic : 2 – 0
FC Viktoria Plzen vs Nk Maribor : 3 – 1
Olympique Lyonnais vs Real Sociedad : 0 – 2
Pacos Ferreira vs Zenit : 1 – 4
PSV Eindhoven vs AC Milan : 1 – 1
Dinamo Zagreb vs Austria Wien : 0 – 2 (3 – 2)
Schalke 04 vs POAK : 1 – 1 (3 – 2)
Ludogorets vs Basel : 2 – 4 (0 – 2)
Steaue Bucaresti vs Legia Warszawa : 1 – 1 (2 – 2)[/box]
Keputusan BPL 2013/13 Week #2
[box type=”shadow”]Chelsea vs Aston Villa : 2 – 1[/box]
Kalau aku nak buat Kelab Blogger Arsenal ada ke yang berani nak mengaku penyokong Arsenal?
34 Comments
Arsenal berhasil menewaskan lawannya dengan kekalahan telak, bestlah….
Curahan rasa Rina @ ..Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPress
waaaa.. peminat arsenal rupanya.
Curahan rasa fyna @ ..Punca Kemalangan Bas Jatuh Dalam Gaung Di Genting Highlands 21 Ogos 2013
tahniah arsenal menang 3-0…dah panas dah tu =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Bagaimana Menjadi Suami Idaman?
hahahaaaa.. adatlah dalam dunia bola ni.. kalau kat stadium mesti ada provokasi dan bergaduh lagi-lagi kalau musuh utama.. hehehe, sempat lagi tu pasal Liverpool.. Good luck Arsenal..
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Entiti Misteri di Pagi Aidilfitri
Ini betul2 angin dengan fans liverpool nie
Tetap di hati
wahh good luck arsenal 🙂 moga menang yer
tapi MU tetap di hati glory glory united 🙂
tumpang lalu….hehehe
musim ni pasti menarik utk tgk top 4 BPL
Curahan rasa hafizmd @ ..Bagaimana Menjadi Suami Idaman?
Saya pun tetap akan sokong arsenal
Curahan rasa daddydee @ ..Metallica Live In Malaysia : Bila Metallica Turun Kampung
Arsenal tetap di hati.
Curahan rasa shaharil @ ..Wordless Wednesday#9 Tarikh Konvo UUM 2013
Arsenal memulakan langkah dgn langkah kiri…tapi perjalanan masih panjang dan mungkin juga akan berakhir dengan langkah kanan. Ya…Segalanya mungkin… Hanya peminat setia yg menjadi peneman dikala jatuh bangun sesebuah pasukan, bukannya spt lalang yang tunduk mengikut angin yang bertiup…
Curahan rasa Bin Muhammad @ ..Saat Yang Paling Indah Adalah di Zaman Kanak-Kanak…
pagi tadi dah langkah kanan…menang 3-0…
Curahan rasa hafizmd @ ..Bagaimana Menjadi Suami Idaman?
harap the gunner boleh menang utk beri kepercayaan kepada peminat cam auc ni, dah semakin pudar dgn arsenal ni, hehehehe
Curahan rasa AUC @ ..Metallica Live in Malaysia 2013
takpe bro, we are in the same club..hehe den dengan bangga letak gambar pakai baju arsenal dekat page about me di blog 😉
Curahan rasa Zuan @ ..Sapo Alihkan Keju Den?
Saya dukung Arsenal !! Tapi ini bukan karena Denaihati dukung Arsenal juga 🙂
denaihati dengan logo meriam memang tak dapat dipisahkan lagi.hahaha.
Curahan rasa boni kacak @ ..Sedondon Kat Bawah
memang tak ada pilihan, Arsenal kena menang pagi esok bagi meneruskan perlawanan akan datang.
Curahan rasa sharinginfoz @ ..Jom Cuba Makan di Selera Ogy D’ Greenwood
Alamak. .. tak baik penyokong pasukan liverpool mengata penyokong pasukan Arsenal. .. Apa nak digaduhkan, penyokong pasukan Chelsea relax jer. ..
Curahan rasa anuar @ ..Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku…
Comments are closed.