Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Dah baca ke entri sebelum ini “Pakar Kelulut Malaysia“. Kali ini Abang nak berkongi kisah panas dunia yang sudah lama Abang tidak menulis.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Memang lama sangat Abang tidak menulis kisah pergolakkan dunia terutama yang kena mengena dengan gelombang akhir zaman. Tengahari 5/6/2017 dunia dikejutkan dengan berita Arab Saudi bersama Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Lewat petang Yemen, Libya dan Maldives juga mengikut jejak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Berita terbaru kelab bola sepak Saudi Al Ahli telah menamatkan penajaan Qatar Airways, tentera Qatar telah digugurkan dari pakatan perangi pemberontak di Yemen dan Eithad Airways telah mengantung semua penerbang keluar dan masuk dari Qatar. Pasti banyak lagi berita-berita mengemparkan akan diumumkan dalam seminggu dua ini dari berbagai negara seluruh dunia.
Siapa sangka Arab Saudi akan memutuskan hubungan dengan Qatar tetapi ini bukan berita baru yang memeranjatkan bagi mereka yang mengikut secara dekat kisah Arab Spring yang telah menumbangkan banyak Kerajaan Arab antaranya Libya dan Mesir. Qatar dituduh menjadi pusat kepada gerakkan Arab Spring dan terkini pusat kepada keganasan kerana menyokong kumpulan muslim Brotherhood, Daish, Al Qaedah serta menyokong Iran musuh ketat Arab Saudi.
Pengumuman Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar hanya sehari selepas berlaku serangan di Kota London yang mengorbankan enam orang yang katanya didalangi kumpulan pengganas Daish. Selang seminggu sebelum ini kumpulan pengganas maute yang dikatakan disokong kumpulan Daish menyerang kota Marawi di Filipina. Selang dua minggu sebelum ini kemenangan Hassan Rouhani sebagai presiden baru Iran telah mengkritik lawatan Presiden Trump ke Arab Saudi. Dua minggu sebelum ini buat pertama kali dalam sejarah Amerika, Presiden Trump yang baru dilantik sebagai presiden USA melawat Arab Saudi kemudian melawat Israel kerana sebelum ini semua presiden baru USA akan melawat Israel sebelum melawat mana-mana negara di dunia. Kehancuran Syria sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Teringat ketika berbual kisah dunia akhir zaman dengan beberapa orang ustaz. Ustaz kata sudah banyak sangat kejadian akhir zaman yang sudah berlaku. Askar Dajjal berusaha menyediakan pengikut-pengkitnya sementara menunggu kedatangan Dajjal. Itu semua sudah ketentuan manusia tiada kuasa untuk mengubah ketentuan kerana semua kejadian sudah ditetapkan ALLAH tidak boleh diubah. Semua tragedi dan peristiwa terbaru yang berlaku dan bakal berlaku adalah antara kronolgi akhir zaman. Yang penting buka peristiwa demi peristiwa yang bakal berlaku tetapi persiapan dan persediaan kita untuk menemui ALLAH apabila dunia ini berakhir.
Kenapa Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar?
Sebab musabah pasti akan terbongkar satu demi satu tidak lama lagi.
Amir Denaihati
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
54 Comments
ada yang cakap pemimpin arab ni berselindung disebalik jubah mereka. dan bersekongkol dengan israel
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Suri Hati Mr Pilot Raya
pemimpin sama pemimpin tak sehaluan, rakyat yg tersepit di tengah tengah
Curahan rasa nikkhazami @ ..FATHER’S DAY GIFT IDEAS 2017
Ini semua ada game yang dirancang untuk menghancurkan umat islam di rantau teluk parsi. Penuh dengan tipu helah dan strategi. Tanpa umat islam bersatu, memang mudah di musnah dan ditawan.
Rakyat Malaysia di Qatar ada berkongsi berita, bekalan makanan di sana masih mencukupi untuk tempoh 12 bulan lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Pound
Ikhwan & Hamas dilabel pengganas. Walhal Hamas lah benteng Palestine masa kini dari Israel. Dipihak mana negara arab berada sekarang?
mudah sangat umat islam terjebak dan menjadi buah catur tangan asing..tindakan yang sangat tergesa-gesa
Curahan rasa Olaoli @ ..Backpacking di Bangkok
Hari ini sudah mula banyak program pencerahan situasi Qatar di Malaysia, semoga dapat penjelasan yang tepat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Pound
Harap krisis ini akan cepat selesai. Minta pada Allah agar pimpinan negara Islam insaf dengan perangai mereka. ‘Permainan’ ini hanya untuk mengalihkan perhatian atas apa yang berlaku di Syria dan kekejaman Zionis.
Curahan rasa tukangmasak @ ..SAFA Bakery & Café Menawarkan Aneka Biskut Raya Hasil Tangan Bukan Mesin!
memang itu adalah strategi adalah golongan Zionis untuk menghancurkan umat Islam..
Kita perlu mempertingkatkan iman dan amalan untuk menghadapi dugaan hidup ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Benar, di sebalik media massa yang tersiar, ada tangan tangan ghaib yang mengawal berita mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Ini permainan Kuffar dan negara Islam terperangkap tanpa sedar di dalamnya. Pimpinan negara kuffar bertepuk tangan. Pimpinan negara Islam masih tidak insaf.
kita tidak mungkin mengubah dunia berseorangan..
apa yang boleh kita ubah adalah diri sendiri…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Boleh diterima jika alasannya kerana menyokong Daesh atau Syiah. Tetapi alasan paling tidak boleh diterima adalah kerana menyokong Ikhwan alMuslimin. Kalau ini alasannya…Negara Teluk memang ikut telunjuk USA. Majlis Ulama seDunia pimpinan Dr Yusof alQardawi memang kebanyakkannya Ikhwan alMuslimin. Dalam HQ Majlis Ulama adalah di Doha, Qatar.
ya Allah, jauhkan umat Islam daripada masuk kedalam ‘lubang cacing’ yang dikorek oleh kuffar.
isu yang amat berat ini tuan…
semoga krisis cepat berakhir .
dan kita boleh tidur lena malam hari..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Sebenarnya alasan kerana menyokong Daesh dan Syiah Iran pun tidak boleh diterima logik.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bubur Lambuk Kampung Baru Idaman Wargakota Kuala Lumpur
Aapa yg perlu kita lakukan dari masa ke semasa ialah terus istiqamah dan tingkatkan iman . 🙂
itulah cara yang terbaik kepada kita sekarang ini..tingkatkan iman dan amalan..
berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
permainan barat dan sekutunya semua ni..pandai betol..nak lagakan satu satu tanah arab…licik selicik air licik
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Drama Andainya Takdir Sinopsis Kisah Benar Pesakit Mental Othello Sindrome
Mereka tak dapat takluk banyak negara sekaligus, jadi mereka pecah belahkan satu persatu negara arab.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
Mama yakin apa yang berlaku semua ada hikmahnya
Apa pun kita teruskan hidup dan usaha
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bahaya Diabetis Kepada Buah Pinggang Kita! Elakkan
setiap perkara pasti ada hikmah …semoga kita berada dalam lindungan Allah SWT..
dan tidak terlibat secara langsung pergolakan politik dunias sekarang ..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bayar Zakat Fitrah Hanya Kepada Amil Bertauliah
Mama yakin semuanya yang berlaku dalam perancangan yang maha esa
Allah kan sebaik baik perancang
Mereka merancang
Allah merancang lebih dahulu dari mereka
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Bahaya Diabetis Kepada Buah Pinggang Kita! Elakkan
ia adalah ujian untuk kita sebagai umat Islam..
kita mesti bersatu hati dan saling berdoakan kebaikan antara satu sama lain..
Allah baru tahu kesahnya, Mereka menuduh Qatar bersengkongkol dengan penganas tetapi buktinya pun belum sahih lagi.
Curahan rasa onlajer @ ..Kembara Sufi Memetik Redha Ilahi
nampak sangat mereka tidak peduli ada bukti atau tidak yang penting negara Arab mesti bergolak..
supaya senang nak hancurkan negara-negara tersebut..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya
Keputusan dibuat secara tergesa gesa dan mengejut, tiada persepakatan dengan liga negara arab yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya
liga arab yang mana lagi ikhwan dah berapa negara diatas yang mendukung bila tunggu iran, suriah maka tak patut sebab merekalah sehingga qatar ini di boikot oleh negara arab lainnya karena mereka syiah
Curahan rasa blogger newbie @ ..Cara Memasak Ikan Asam Manis
Comments are closed.