Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2014 untuk blog Denaihati bermula dengan langkah kanan dengan memperkenalkan aplikasi android Denaihati versi baru mengantikan aplikasi android Denaihati lama yang telah diperkenalkan pada April 2012. Lebih menarik lagi pada tahun 2014 aplikasi iOS Denaihati juga diperkenalkan untuk semua pengguna iPhone dan iPad untuk memudahkan melayari blog Denaihati dimana dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Android dan iOS memang sangat bagus untuk blog kita kerana pembaca dan follower lebih mudah mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru di blog kita melalui smartphone yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Untuk makluman pembaca dan follower blog Denaihati, sekarang ni anda boleh pasang aplikasi Denaihati di smartphone Android dan juga iOS untuk memudahkan anda ikuti setiap kemaskini entri terbaru di blog ini. Mudah sahaja untuk memasang aplikasi Denaihati hanya perlu mencari keyword “Denaihati” di Google Play untuk Android dan di Apple Store untuk iOS. Dengan menggunakan aplikasi smartphone ni ianya memudahkan untuk membaca entri blog tanpa perlu membuka pelayar internet dan loading juga lebih laju.
Selain tu, pengguna aplikasi ini juga dapat ikuti kemaskini status di laman sosial Denaihati seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram. Setiap laman sosial dan blog telah digabungkan dalam satu aplikasi kecil ini untuk kemudahan pengguna dan follower blog Denaihati. Tidak lupa juga kepada pengguna Amazon Kindle boleh juga memasang aplikasi Denaihati di gajet anda untuk membaca entri terkini.
Review Aplikasi Denaihati
Bila pengguna menjalankan aplikasi Denaihati yang telah dipasang di smartphone akan terpapar grafik berwarna hijau dengan logo Denaihati Network. Warna hijau digunakan dalam aplikasi ini kerana hijau merupakan warna rasmi Denaihati.
Kemudian akan terpapar senarai entri-entri blog Denaihati dan pengguna boleh klik pada tajuk entri untuk membaca. Dalam bahagian entri terdapat 1 butang ‘Share‘. Bila ditekan fungsi share pada smartphone akan diaktifkan dan membolehkan pengguna berkongsi entri blog Denaihati menggunakan aplikasi lain yang ada di smartphone pengguna.
Pada bahagian bawah aplikasi ada pilihan menu seperti Blog, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Hubungi dan Find us. Jika pengguna tekan pada menu Facebook, aplikasi akan memaparkan 3 Facebook Page Denaihati iaitu Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Dari situ pengguna boleh ikuti kemaskini status di setiap Facebook page milik Denaihati.
Di bahagian menu YouTube pula, pengguna dapat melihat video-video yang telah dimuatnaik ke dalam channel DenaihatiTV. Begitu juga untuk Twitter dan Instagram, kemaskini status boleh dilihat dan dibaca secara live melalui aplikasi Android Denaihati yang telah dipasang di smartphone.
Bahagian ‘Hubungi’ memudahkan pengguna untuk hubungi Denaihati sekiranya ada sebarang pertanyaan, untuk tempahan iklan di blog Denaihati, atau sebagainya. Menu terakhir adalah ‘Find us‘ yang memaparkan peta lokasi Akademi Denaihati.
Menarik bila blog kita mempunyai aplikasi untuk smartphone Android dan juga iOS memandangkan sekarang ni ramai lebih gemar melayari internet menggunakan smartphone. Aplikasi android dan iOS adalah satu segmen trafik blog yang semakin meningkat yang tidak boleh dipandang ringan. Aplikasi smartphone juga dapat mengukuhkan jenama sesebuah blog dan meningkatkan nilai kepada pengiklan.
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak menggunakan aplikasi android dan iOS untuk blog anda bolehlah berhubung terus dengan team Denaihati.
158 Comments
Cukup mantap lah dah ada aplikasi untuk android dan ios sekali.. Banyak details yang dah dimasukkan..
Curahan rasa KiD @ ..Sejarah Penjara di Malaysia
terima kasih atas informasinya yg sangat bermanfaat, sukses selalu
harus ganti hp dulu nih minimal android
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Agen Herbalife Pekanbaru
terbaiklah..aplikasi ini tuan..tunggu pakai smartphone dulu…
Curahan rasa kakiblog @ ..Murah Rezeki Dengan Menjadi Blogger
Idea yang menarik untuk wujudkan aplikasi blog kita untuk kuatkan penjenamaan dan sumber trafik tambahan
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran Dave’s Deli Subang Parade
ada yang baru juga, makasih DH untuk infonya langsung cek k TKP
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Bahaya Diet Salah
thanks DH untuk info aplikasinya, langsung coba nih
Curahan rasa ade sunandar @ ..Pengobatan Alternatif Hydrocephalus
menarik! boleh la nak try download ni .. huhu
Curahan rasa Muaz @ ..Tambah Admin atau General User ke Akaun FB Ads anda
best ada untuk android n ios juga
Curahan rasa Razifredz @ ..Kucing sebagai guru dan ujian
Wahhhh tahniah taun Denaihati..lama tak singgah masuk ke sini..hehe..emm rugilah pada saya yang tak ada gadget macam ni..hehe..maybe one day lah kot..
Curahan rasa Hafizul @ ..Senarai Kerja Kosong Di Internet
..boleh tanya? macam maner nak buat aps macam ni..ade software tak?
Curahan rasa kie @ ..The Largest Tablet Giveaway 2014 @ YES
aplikasi yang menarik..user friendly..
Curahan rasa kie @ ..The Largest Tablet Giveaway 2014 @ YES
Pergh dashyat, blog saya mampu buat untuk Google Chrome extension je.. Tak terniat nk buat app lagi sebab tak de kepakaran, nampak maju seiring macam AMANZ ni. Terbaik!
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Tips Penjagaan Gigi Bagi Pemakai Pendakap Gigi
Sekarang follower semakin senang & cepat mengikut perkembangan Denaihati. semoga terus berjaya
Curahan rasa Sunshine Kelly @ ..Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash, Face Scrub and Day Cream
bagus! semoga terus maju denaihati. 🙂
Curahan rasa khairul asrol @ ..Rahsia Perjalanan Contest SEO Eridy
Comments are closed.