Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2014 untuk blog Denaihati bermula dengan langkah kanan dengan memperkenalkan aplikasi android Denaihati versi baru mengantikan aplikasi android Denaihati lama yang telah diperkenalkan pada April 2012. Lebih menarik lagi pada tahun 2014 aplikasi iOS Denaihati juga diperkenalkan untuk semua pengguna iPhone dan iPad untuk memudahkan melayari blog Denaihati dimana dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Android dan iOS memang sangat bagus untuk blog kita kerana pembaca dan follower lebih mudah mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru di blog kita melalui smartphone yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Untuk makluman pembaca dan follower blog Denaihati, sekarang ni anda boleh pasang aplikasi Denaihati di smartphone Android dan juga iOS untuk memudahkan anda ikuti setiap kemaskini entri terbaru di blog ini. Mudah sahaja untuk memasang aplikasi Denaihati hanya perlu mencari keyword “Denaihati” di Google Play untuk Android dan di Apple Store untuk iOS. Dengan menggunakan aplikasi smartphone ni ianya memudahkan untuk membaca entri blog tanpa perlu membuka pelayar internet dan loading juga lebih laju.
Selain tu, pengguna aplikasi ini juga dapat ikuti kemaskini status di laman sosial Denaihati seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram. Setiap laman sosial dan blog telah digabungkan dalam satu aplikasi kecil ini untuk kemudahan pengguna dan follower blog Denaihati. Tidak lupa juga kepada pengguna Amazon Kindle boleh juga memasang aplikasi Denaihati di gajet anda untuk membaca entri terkini.
Review Aplikasi Denaihati
Bila pengguna menjalankan aplikasi Denaihati yang telah dipasang di smartphone akan terpapar grafik berwarna hijau dengan logo Denaihati Network. Warna hijau digunakan dalam aplikasi ini kerana hijau merupakan warna rasmi Denaihati.
Kemudian akan terpapar senarai entri-entri blog Denaihati dan pengguna boleh klik pada tajuk entri untuk membaca. Dalam bahagian entri terdapat 1 butang ‘Share‘. Bila ditekan fungsi share pada smartphone akan diaktifkan dan membolehkan pengguna berkongsi entri blog Denaihati menggunakan aplikasi lain yang ada di smartphone pengguna.
Pada bahagian bawah aplikasi ada pilihan menu seperti Blog, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Hubungi dan Find us. Jika pengguna tekan pada menu Facebook, aplikasi akan memaparkan 3 Facebook Page Denaihati iaitu Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Dari situ pengguna boleh ikuti kemaskini status di setiap Facebook page milik Denaihati.
Di bahagian menu YouTube pula, pengguna dapat melihat video-video yang telah dimuatnaik ke dalam channel DenaihatiTV. Begitu juga untuk Twitter dan Instagram, kemaskini status boleh dilihat dan dibaca secara live melalui aplikasi Android Denaihati yang telah dipasang di smartphone.
Bahagian ‘Hubungi’ memudahkan pengguna untuk hubungi Denaihati sekiranya ada sebarang pertanyaan, untuk tempahan iklan di blog Denaihati, atau sebagainya. Menu terakhir adalah ‘Find us‘ yang memaparkan peta lokasi Akademi Denaihati.
Menarik bila blog kita mempunyai aplikasi untuk smartphone Android dan juga iOS memandangkan sekarang ni ramai lebih gemar melayari internet menggunakan smartphone. Aplikasi android dan iOS adalah satu segmen trafik blog yang semakin meningkat yang tidak boleh dipandang ringan. Aplikasi smartphone juga dapat mengukuhkan jenama sesebuah blog dan meningkatkan nilai kepada pengiklan.
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak menggunakan aplikasi android dan iOS untuk blog anda bolehlah berhubung terus dengan team Denaihati.
158 Comments
Terbaiklah DH..memudahkan semua follower kan…wish I could have one!!!!
Curahan rasa raudzah @ ..Sama Tapi Berbeza!!!!
Iphone pun ada?
terus install ni, cantik warna aplikasi tu…
ehhehee
Curahan rasa mie @ ..Review Top 5 Entry Tahun 2013
Memang cantik, warna kehijauan…senang digunakan, laju dan terbaik.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Review Sirap Limau – Segar Lagi Menyegarkan
Cool gile bila ade apps cmni. Hebat! Tahniah tuan
Curahan rasa Que @ ..Trofi Piala Dunia 2014 Di PWTC Kuala Lumpur | 5 Januari
Tak ada plan nak bangunkan app untuk Windows Phone ke?
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Jadual Lengkap Piala Dunia FIFA 2014 Brazil
buat masa ni belum ada perancangan tapi kalau ada sahabat yang sudi volunteer nak develop kan untuk denaihati network sangatlah berbesar hati….
Curahan rasa Denaihati @ ..Aplikasi Android dan iOS Terbaru Denaihati
tahniah.. denaihati semakin terbaik…
Curahan rasa mancai @ ..Antara 10 tabiat yang merosakkan otak
Tahniah buat team Denaihati dengan kewujudan apps tuh,terbaik..
Curahan rasa papamifz @ ..Santai-santai di Pantai Batu Buruk
Best tengok Denaihati dah ada Apps sendiri untuk Android dan iOS. Satu langkah kehadapan yang sangat memudahkan follower Denaihati.
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Positifkan Diri Untuk Menghadapi Kenaikan Harga Barang?
Pemanfaatan teknologi tepat guna merupakan hal penting dimana kita dapat mengakses dimanapun dan mudah2an itu adalah wujud resolusi denaihati di 2014 ini,
Curahan rasa penowo @ ..Resolusi Juara 2014
wah informasi yang sangat bagus, kebetulan saya akan membeli android, bisa langsung mencoba aplikasi ini.
Curahan rasa Nano Spray @ ..Vicky Shu Memakai Nano Spray 2
nice sharing denaihati nnt nak try
Curahan rasa kucinghitam @ ..Kepala Tersepit Di Kerusi
terbaek ada aplikasi ni..
tapi kita pakai handphone bebiasa memang takde la nak download aplikasi ni
Curahan rasa zool @ ..Perkara yang perlu dilakukan secara berkala
Tanniah buat Denaihati. Ada terdengar projek apps Androids ketika menghadiri majlis #SBDdb 2013.
Curahan rasa akubiomed @ ..Majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan Yana Yassin dan Sharul
Dengan adanya aplikasi ini semakin mudah akses denaihati, sukses!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Keutamaan Dzikir Untuk Membuka Aura Spiritual Secara Islami
Assalammualaikum wbt.
Dah download untuk ios. Wah siap hijau hijau ada cahaya bokeh. Menarik tu bro. Moga denaihati makin femes dengan kandungan entri menarik dan boleh dijadikan sumber rujukan. 🙂
Eh, susunan : blog hubungi find fb.. Hehe. Okay tu, ingat bro lekatkan sosial media dulu baru hubungi, tersorok rupanya instagram dalam more. Sebab bila bukak denaihati, musti nak tgk portfolio bro dalam sosial media dulu. Huhu.
Apapun, aplikasi memang awesome, macam gaya newsify. Nanti suruh bro ezil up macam gaya Zite atau Flipboard. Whoaha.
Selamat maju jaya 🙂
Curahan rasa Incik Restnrileks @ ..Selamat Tahun Baru 2014
Terbaik, makin bertambah ramai la follower denaihati lepas ni, teruskan usaha bro.
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor 13 Januari 2014
Comments are closed.