Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, permulaan tahun 2014 untuk blog Denaihati bermula dengan langkah kanan dengan memperkenalkan aplikasi android Denaihati versi baru mengantikan aplikasi android Denaihati lama yang telah diperkenalkan pada April 2012. Lebih menarik lagi pada tahun 2014 aplikasi iOS Denaihati juga diperkenalkan untuk semua pengguna iPhone dan iPad untuk memudahkan melayari blog Denaihati dimana dan bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Android dan iOS memang sangat bagus untuk blog kita kerana pembaca dan follower lebih mudah mengikuti perkembangan dan perkongsian terbaru di blog kita melalui smartphone yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan.
Untuk makluman pembaca dan follower blog Denaihati, sekarang ni anda boleh pasang aplikasi Denaihati di smartphone Android dan juga iOS untuk memudahkan anda ikuti setiap kemaskini entri terbaru di blog ini. Mudah sahaja untuk memasang aplikasi Denaihati hanya perlu mencari keyword “Denaihati” di Google Play untuk Android dan di Apple Store untuk iOS. Dengan menggunakan aplikasi smartphone ni ianya memudahkan untuk membaca entri blog tanpa perlu membuka pelayar internet dan loading juga lebih laju.
Selain tu, pengguna aplikasi ini juga dapat ikuti kemaskini status di laman sosial Denaihati seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram. Setiap laman sosial dan blog telah digabungkan dalam satu aplikasi kecil ini untuk kemudahan pengguna dan follower blog Denaihati. Tidak lupa juga kepada pengguna Amazon Kindle boleh juga memasang aplikasi Denaihati di gajet anda untuk membaca entri terkini.
Review Aplikasi Denaihati
Bila pengguna menjalankan aplikasi Denaihati yang telah dipasang di smartphone akan terpapar grafik berwarna hijau dengan logo Denaihati Network. Warna hijau digunakan dalam aplikasi ini kerana hijau merupakan warna rasmi Denaihati.
Kemudian akan terpapar senarai entri-entri blog Denaihati dan pengguna boleh klik pada tajuk entri untuk membaca. Dalam bahagian entri terdapat 1 butang ‘Share‘. Bila ditekan fungsi share pada smartphone akan diaktifkan dan membolehkan pengguna berkongsi entri blog Denaihati menggunakan aplikasi lain yang ada di smartphone pengguna.
Pada bahagian bawah aplikasi ada pilihan menu seperti Blog, Facebook, YouTube, Twitter, Instagram, Hubungi dan Find us. Jika pengguna tekan pada menu Facebook, aplikasi akan memaparkan 3 Facebook Page Denaihati iaitu Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Dari situ pengguna boleh ikuti kemaskini status di setiap Facebook page milik Denaihati.
Di bahagian menu YouTube pula, pengguna dapat melihat video-video yang telah dimuatnaik ke dalam channel DenaihatiTV. Begitu juga untuk Twitter dan Instagram, kemaskini status boleh dilihat dan dibaca secara live melalui aplikasi Android Denaihati yang telah dipasang di smartphone.
Bahagian ‘Hubungi’ memudahkan pengguna untuk hubungi Denaihati sekiranya ada sebarang pertanyaan, untuk tempahan iklan di blog Denaihati, atau sebagainya. Menu terakhir adalah ‘Find us‘ yang memaparkan peta lokasi Akademi Denaihati.
Menarik bila blog kita mempunyai aplikasi untuk smartphone Android dan juga iOS memandangkan sekarang ni ramai lebih gemar melayari internet menggunakan smartphone. Aplikasi android dan iOS adalah satu segmen trafik blog yang semakin meningkat yang tidak boleh dipandang ringan. Aplikasi smartphone juga dapat mengukuhkan jenama sesebuah blog dan meningkatkan nilai kepada pengiklan.
Kepada Rakan Blogger yang berminat nak menggunakan aplikasi android dan iOS untuk blog anda bolehlah berhubung terus dengan team Denaihati.
158 Comments
fuh..nampak lebih hijau.
Curahan rasa titan @ ..Handphone Giveaway by Syuhada1981.com
Semoga dengan aplikasi dalam sistem android dan apple ini akan memudahkan denaihati untuk berbagi pengetahuan dan khasanah yang bermanfaat bagi para penggunanya aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Nasib Honorer Kategori II Tidak Lulus CPNS 2013
Terima kasih DH menciptakan aplikasi android. Ini memudahkan penggunakan mengetahuo perkembangan semasa dan jutaan t.kasih telah memberi bonus akhir tahun utk yg buat revuew ttg aplikasi android ini.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Contest Review Sirap Limau – Segar Lagi Menyegarkan
Tahniah dan terbaeekk dari DH,
terus muat turun kat henpon 🙂
Curahan rasa AUC @ ..Tahun Kedua AUC bersama ServerFreak
Nanti kawe install di tablet ehhh. Mana tahu kalau-kalau turun KL nanti, boleh singgap kojap kat Akademi Denaihati. Idea yang baik bro. Cuma nak komen panjang pun tak boleh sebab belum download lagi.. he he..
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Lifting The FIFA World Cup Trophy
silakan bro. install cepat-cepat, nanti boleh komen untuk penambahbaikan.
Tahniah bro..Semakin maju melangkah ke hadapan…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Suria Ixora Setia Alam, Shah Alam
2014 mesti kena berbeza dari tahun2 sebelum nya dan azam utk jadikan blog sebagai khazanah ilmu.
Dah install di anroid…terbaik… yang best ada function instagram…
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Projek Buat Duit Dengan Blog | Kerja Sambilan 2014
Congrats dgn pelancaran apps Android & iOS Denaihati..bertuah la DH ada team sokongan yg kuat..cayok!
Curahan rasa UpProfits @ ..Welcome 2014 Tahun Penuh Cabaran
Denaihati memang the best! Rasanya ingin sekali menjajal aplikasi terbaru denaihati ini, namun sayangnya saya belum menggunakan Android atau iOS.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..ISL 2014 Dibagi Dua Wilayah
mudahan kang dadan miliki smart phone Android atau iOS 2014 ini, insyaAllah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Aplikasi Android dan iOS Terbaru Denaihati
tak dinafikan, bagus apps ni.. terima kasih kerana memilih blog uncle zuan sebagai salah satu pemenang hadiah saguhati review aplikasi android denaihati
Curahan rasa Zuan @ ..Sesuatu Yang Tak Pernah Diajar Di Sekolah – Think and Grow Rich
Baru je try app ni kat iPhone. Memang cun!
Cuma kalau boleh komen terus dari app lagi best
Curahan rasa Ariff @ ..Dipaksa Study
Inshaa Allah akan diusahakan sebab ramai yg minta tu.
Tim Denauhati,… terbaik. Sayang sekali saya belum menggunakan Android.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tinggal Tahun 2013 – Selamat Tahun Baru 2014
Aplikasi android denaihati versi terbaru ini kelihatan lebih user friendly. . Semoga tuan Denaihati berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2014.
Curahan rasa anuar @ ..Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun
Tahun baru ternyata ada kejutan untuk pengunjung denaihati.com mantap dah..
Curahan rasa Budi Majid @ ..Power Bank Eser Eagle 4400 mAh
wahhh lawa la, mcm mana buat nih, terbaiklah denaihati, satu permulaan yg baik untuk tahun 2014
Curahan rasa Juan @ ..Tips Bisnes Menjual Mainan di Ebay
Comments are closed.