Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Dinukilkan daripada Kitab Asyrat al-Sa’ah oleh Dr Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil antara lain menyebut: “Imam Ahmad dan Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abi Zur’ah yang berkata:
Ada tiga puak orang Islam yang bertemu Marwan bin al-Hakam di Madinah lalu mereka mendengar beliau sedang membicarakan berkenaan tanda akhir Kiamat dengan menyebut bahawa yang pertama kali keluar ialah Dajjal.
Lantas Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma berkata, Marwan tidak mengatakan sesuatu. Sesungguhnya aku menghafal satu hadis daripada Rasulullah SAW di mana aku tidak lupa lagi. Aku mendengar Baginda SAW bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ الْآيَاتِ خُرُوجًا طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا ، وَخُرُوجُ الدَّابَّةِ عَلَى النَّاسِ ضُحًى ، وَأَيُّهُمَا مَا كَانَتْ قَبْلَ صَاحِبَتِهَا ، فَالْأُخْرَى عَلَى إِثْرِهَا قَرِيبًا
Maksudnya: Sesungguhnya tanda-tanda Kiamat yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat dan keluarnya binatang (Dabbah) kepada manusia pada waktu Dhuha. Antara keduanya tidak diketahui mana yang terkemudian keluarnya tetapi keluarnya secara berturutan. Yang satu mengikuti yang satunya dalam jangka waktu yang singkat.
Riwayat Muslim (5238) dan Ahmad (6881)
dengan tahqiq Ahmad Syakir.
Mengikut riwayat Ahmad, beliau menambah: Dan Abdullah berkata sambil membaca kitab dan saya berpendapat, yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat.
Ibn Hajar menggabungkan antara keluarnya Dajjal dan keluarnya matahari dari Barat sebagai tanda yang keluar pertama kali: “Dari riwayat tersebut, maka dapat ditarjihkan bahawa keluarnya Dajjal sebagai tanda datangnya hari Kiamat yang pertama kali muncul yang memberitahu terjadinya perubahan keadaan di bumi. Dan perkara ini berakhir dengan wafatnya Isa AS.
Sedangkan terbitnya matahari dari Barat menunjukkan perubahan keadaan alam dan perkara ini berakhir dengan datangnya hari Kiamat dan keluarnya binatang Dabbatul Ard. Kemungkinan terjadi pada hari terbitnya matahari dari Barat.
Hikmahnya bahawa ketika matahari terbit dari Barat, pintu taubat ditutup lalu keluarlah binatang Dabbatul Ard yang kedatangannya untuk membezakan antara Mukmin dan Kafir dengan maksud menyempurnakan penutupan pintu taubat. Sedangkan tanda yang pertama kali datangnya Kiamat ialah api yang menghimpunkan seluruh manusia. (Lihat Fath al-Bari, 11/353)
Al-Hafiz Ibn Kathir berpendapat keluarnya binatang dari perut bumi merupakan tanda-tanda hari Kiamat yang pertama kali terjadi. Wallahua’lam.
Pendapat yang muktamad dan kuat ialah pendapat al-Hafiz Ibn Hajar iaitu dengan keluarnya Dajjal.
Kita beriman dengan perkara yang ghaib termasuk beriman dengan hari Kiamat. Semoga Allah tetapkan iman kita sampai ke akhir hayat.
8 Comments
Nice article.Really it is informative and useful. Thanks for sharing this blog. – it staffing company in bangalore, it staffing company in chennai
Sekarang masih ada peluang untuk kita memperbanyakkan pahala dan meminimakan dosa. Buatlah amal banyak-banyak selagi peluang masih terbuka.
Terbitnya matahari dari barat, barangkali menandakan kebangkitan Islam dari negara yang berada di Barat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Kapal Equanimity Untuk Dijual
datang nya hari kiamat kita sebagai manusia tidak ada yang tau kepastian nya, namun kita sbagai umat muslim harus mempercayainya bahwa kiamat itu pasti akan ada. waktu demi waktu sudah terlewatkan marilah kita memperbaiki diri
Semoga tak terlambat untuk bertaubat sebelum kiamat datang menjelma. Apabila datang sudah tiada peluang kedua.
Ya, tidak kisah dan tidak peduli mana yang dulu dan mana yang kemudian berkenaan tanda-tanda kiamat ini. Yang patut dirisaukan ialah…siapa kita pada kejadian itu berlaku (kalau kita berkesempatan menghadapinya) Apakah kita Islam atau kafir.
Kita berdoa kepada Allah, minta kekalkan kita di dalam iman dan Islam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 Kerjaan Dibuka Sehingga 17 Februari 2019
kuatkan iman dan perbanyakkan amal kita..
dekat atau lambat kiamat memang ada..
tak perlu tunggu kerana kiamat kecil iaitu kematian memang pasti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cinta Tanpa Syarat
Aamiin ya Rabbal Alaamiin. Benar Dabbah keluar pergi ke setiap manusia seluruh bumi membezakan orang beriman dan kafir, itu tugasnya
Dan setiap hari adalah peluang baiki diri menuju redhaNYA, insyaa ALLAH
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Jom Proaktif & Progresif
Comments are closed.