Apakah tanda besar kiamat yang pertama?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dinukilkan daripada Kitab Asyrat al-Sa’ah oleh Dr Yusuf bin Abdullah bin Yusuf al-Wabil antara lain menyebut: “Imam Ahmad dan Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Abi Zur’ah yang berkata:

Ada tiga puak orang Islam yang bertemu Marwan bin al-Hakam di Madinah lalu mereka mendengar beliau sedang membicarakan berkenaan tanda akhir Kiamat dengan menyebut bahawa yang pertama kali keluar ialah Dajjal.

Lantas Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma berkata, Marwan tidak mengatakan sesuatu. Sesungguhnya aku menghafal satu hadis daripada Rasulullah SAW di mana aku tidak lupa lagi. Aku mendengar Baginda SAW bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ الْآيَاتِ خُرُوجًا طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا ، وَخُرُوجُ الدَّابَّةِ عَلَى النَّاسِ ضُحًى ، وَأَيُّهُمَا مَا كَانَتْ قَبْلَ صَاحِبَتِهَا ، فَالْأُخْرَى عَلَى إِثْرِهَا قَرِيبًا

MaksudnyaSesungguhnya tanda-tanda Kiamat yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat dan keluarnya binatang (Dabbah) kepada manusia pada waktu Dhuha. Antara keduanya tidak diketahui mana yang terkemudian keluarnya tetapi keluarnya secara berturutan. Yang satu mengikuti yang satunya dalam jangka waktu yang singkat.

Riwayat Muslim (5238) dan Ahmad (6881) 
dengan tahqiq Ahmad Syakir.

Mengikut riwayat Ahmad, beliau menambah: Dan Abdullah berkata sambil membaca kitab dan saya berpendapat, yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat.

Ibn Hajar menggabungkan antara keluarnya Dajjal dan keluarnya matahari dari Barat sebagai tanda yang keluar pertama kali: “Dari riwayat tersebut, maka dapat ditarjihkan bahawa keluarnya Dajjal sebagai tanda datangnya hari Kiamat yang pertama kali muncul yang memberitahu terjadinya perubahan keadaan di bumi. Dan perkara ini berakhir dengan wafatnya Isa AS.

tanda tanda kiamat yang sedang terjadi

Sedangkan terbitnya matahari dari Barat menunjukkan perubahan keadaan alam dan perkara ini berakhir dengan datangnya hari Kiamat dan keluarnya binatang Dabbatul Ard. Kemungkinan terjadi pada hari terbitnya matahari dari Barat.

Hikmahnya bahawa ketika matahari terbit dari Barat, pintu taubat ditutup lalu keluarlah binatang Dabbatul Ard yang kedatangannya untuk membezakan antara Mukmin dan Kafir dengan maksud menyempurnakan penutupan pintu taubat. Sedangkan tanda yang pertama kali datangnya Kiamat ialah api yang menghimpunkan seluruh manusia. (Lihat Fath al-Bari, 11/353)

Al-Hafiz Ibn Kathir berpendapat keluarnya binatang dari perut bumi merupakan tanda-tanda hari Kiamat yang pertama kali terjadi. Wallahua’lam.

Pendapat yang muktamad dan kuat ialah pendapat al-Hafiz Ibn Hajar iaitu dengan keluarnya Dajjal.

Kita beriman dengan perkara yang ghaib termasuk beriman dengan hari Kiamat. Semoga Allah tetapkan iman kita sampai ke akhir hayat.


Spread the love

8 Comments

  1. Sekarang masih ada peluang untuk kita memperbanyakkan pahala dan meminimakan dosa. Buatlah amal banyak-banyak selagi peluang masih terbuka.

  2. datang nya hari kiamat kita sebagai manusia tidak ada yang tau kepastian nya, namun kita sbagai umat muslim harus mempercayainya bahwa kiamat itu pasti akan ada. waktu demi waktu sudah terlewatkan marilah kita memperbaiki diri

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!