Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.
Abang memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang sudah berjaya. Kali ini Abang sangat tertarik dengan satu tulisan sifu Aqif Azizan yang mengisahkan prinsip kewangan beliau.
Prinsip hidup aku terhadap kewangan setakat ini pretty straight forward.
- Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.
- Kemudian dengan duit yang banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.
- Baki itu, kau beranakkan duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan yang jelas. Itu bodoh namanya)
- Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.
(Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit) - Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara
Kami bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas. Bezanya Abang perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.
Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya. Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Seperti tulisan Abang sebelum ini berkawan dengan penjual minyak wangi pasti tercalit juga bau wangi di badan kita.
Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Abang tanya berapa lama dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang kata tiga tahun. Abang jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat dengan Abang tahulah bagaimana gilanya Abang bekerja suatu masa dahulu.
Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.
Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.
Kepada kawan-kawan yang benar-benar nak belajar jadi usahawan digital yang berjaya sila email ke [email protected]
Abang Denahati
Rakan Usahawan Digital anda
Amir Denaihati (folow FB Abang untuk catatan ringkas kehidupan)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
47 Comments
Walaupon tips simple tapi sesuai diguna pkai. Terima kasih tuan denaihati.
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Selamat Hari Raya Haji 2016 – dari Admin Kereta Sewa
Alhamdulillah… Sekarang ni sedang berusaha ke arah itu… Sebelum ni berharap pada duit gaji bulanan, sekarang ni berharap pada duit gaji mingguan…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Alhamdulillah… Dah jumpa satu platform yang boleh bayar kita gaji pada setiap minggu… Iaitu pada setiap hari Jumaat…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
So, sekarang ni tengah fokus untuk mendapatkan duit gaji pada setiap hari Jumaat sebagai salah satu sumber side income…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Doakan kejayaan saya… Dan saya juga akan doakan kejayaan tuan puan… In Shaa Allah…
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Marilah kita sama-sama berusaha untuk memartabatkan ekonomi keluarga dan Ummah.. Semoga kita dapat beroleh kejayaan di dunia dan akhirat..
Curahan rasa Anuar @ ..Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
menarik bngt ceritanyaa, makasi telah berbagi. yang saya tangkap dari cerita diatas, usaha dan kerja keras terpenting
Kena kerja kuat formula mudah nak berjaya. Ada usaha insyallah akan ada hasilnya. Jom buat kerja
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Kebebasan macam ni ramai yang suka cari.Insyallah kena kerja kuat awal-awal ni. Bila dah stabil. dah ok kan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dari Google Adsense
Seronok apabila duit menjadikan kita insan yang lebih baik serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Curahan rasa myliferia @ ..Pengalaman Masalah GDM Sewaktu Hamil
Pengalaman saya pak, banyak duit asalkan tidak royal tak apa, biasanya anak muda setelah banyak duit sukanya Royal dengan uangya, tidak bisa menghemat.
ramai yang idamkan kebebasan kewangan ni sebab kita banyak ada masa dengan keluarga.
Curahan rasa daftar pemandu uber @ ..Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab
sronok kalau jadi seseorang yang memang bebas kewangan seperti yg diceritakan dalam blogpost ini… Jie kena kerja keras lagi nak sampai ke tahap tu..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Pengalaman Dengan Google Adsense
Suka baca tips yang diberikan. Walaupun ringkas. Tapi padat dan berisi. Kena usaha selalu. Kejayaan tak sampai dengan mudah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dari Google Adsense
Dalam bisnes jatuh bangun tu perkara biasa. Apa yang penting, bila jatuh kena bangun balik. Jangan jatuh tak bangun-bangun. Itu yang susah. Kejarlah cita-cita sampai berjaya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dari Google Adsense
Datang semangat baca entri kali ni. Duit bekerja untuk kita. Bilalah nak sampai tahap tu. Insyallah ada usaha, akan ada hasil yang datang.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dari Google Adsense
Byk “guru” internet canangkan boleh buat duit dlm 3 bulan, 6 bulan — sdgkan hakikatnya, utk full time internet business, 3 tahun belum tentu ok.
Yg berjaya awal tu bukan normal — itu pengecualian. Sayangnya itulah dijadikan case study sampai buat org2 baru yg x berjaya putus asa.
Curahan rasa Iskandar @ ..Syurga Dunia Ini Di Pulau Tioman. Dah Cantik, Ada Lagi Yang Specialnya
memang rasa seronok bila kita berjaya capai status money freedom. dan di akui juga, zaman sekarang, dah ramai yang berjaya capai status tu hanya dengan internet. tahniah buat mereka dan diharap saya juga akan mencapainya 1 hari nanti.
amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Kaki Kena rantai sebab taknak pergi kelas bahasa cina?
Comments are closed.