Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.
Abang memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang sudah berjaya. Kali ini Abang sangat tertarik dengan satu tulisan sifu Aqif Azizan yang mengisahkan prinsip kewangan beliau.
Prinsip hidup aku terhadap kewangan setakat ini pretty straight forward.
- Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.
- Kemudian dengan duit yang banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.
- Baki itu, kau beranakkan duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan yang jelas. Itu bodoh namanya)
- Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.
(Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit) - Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara
Kami bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas. Bezanya Abang perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.
Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya. Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Seperti tulisan Abang sebelum ini berkawan dengan penjual minyak wangi pasti tercalit juga bau wangi di badan kita.
Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Abang tanya berapa lama dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang kata tiga tahun. Abang jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat dengan Abang tahulah bagaimana gilanya Abang bekerja suatu masa dahulu.
Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.
Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.
Kepada kawan-kawan yang benar-benar nak belajar jadi usahawan digital yang berjaya sila email ke [email protected]
Abang Denahati
Rakan Usahawan Digital anda
Amir Denaihati (folow FB Abang untuk catatan ringkas kehidupan)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
47 Comments
AHB pelaburan terbaik jangka masa panjang memang contoh benar buat saya. AHAB membuktikan apabila saya dalam kesempitan kewangan yang teruk, AHB adalah lubuk duit yang bekerja untuk saya. Hanya usaha dan keyakinan saya perlukan. Tidak salah saya memilih AHB Jemaah Bisnis Denaihati. Alhamdulillah… ^__^
Curahan rasa ieta Mat Sa’ad @ ..Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga.
Jutawan perlu ada 7 sumber kewangan, marilah kita usahakannya dari sekarang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Mencapai kebebasan kewangan sebelum meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini, Ya Allah perkenankanlah doa-doa hambamu ini Ya Allah.
Subhanallah.
kebebasan kewangan mmg setiap orang impikan… mmg seronok kan kalau dapat gini…
Curahan rasa Pengedar Shaklee Shah Alam @ ..Pengedar Shaklee Shah Alam – COD
Memang impian ramai orang untuk dapatkan kebebasan duit + masa. Yang membezakan adalah sejauh mana kita usaha ke arah tue. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pencair Darah Semulajadi Untuk Elak Darah Pekat
agak straight to the point cara bro! saya masih lagi berusaha di fasa pertama!
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah
Alhamdulillah, benar kata tuan “semua itu ujian susah, senag dan gagal tidak akan terlepas”. Saya juga pernah mengalami kesukaran itu. Tapi bila kita faham, sungguh benar janji-Nya, bahawa bersama kesusahan ada kesenangan. Alhamdulillah, moga ukhwah kita terus terjalin atas dasar ilmu yang bermanfaat dan diberkati-Nya. Terima kasih tuan di atas perkongsian yang bermanfaat.
Curahan rasa Era Adlina @ ..Kenapa Kita Diuji?
hehhee..
betul tu..selama ni kita bekerja untuk duit. dari pagi bawalah ke malam. dan bertahun-tahun lamanya.
akhirnya, bila kita ubah konsep. wang yang bekerja untuk kita. dan di situlah erti kebebasan.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Cerita sebenar kes jumpa mayat berulat di Bachok,Kelantan.
nak capai ke tahap duit yang bekerja untuk kita memang byk cabaran … yang paling penting kena banyak invest untuk menuntut ilmu dan take action …. jangan putus asa !
Curahan rasa palm homestay putrajaya @ ..Aquathlon Putrajaya 2016
Ramai yang berusaha nak capai tahap duit bekerja untuk kita. Tapi tak ramai yang dapat benda ni. Kena usaha lagi dan lagi kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Memang seronok bila dah dapat capai tahap ni. Duit bekerja untuk kita. Tak perlu nak risau sangat dah tentang duit.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Kebebasan kewangan bukan alasan untuk enjoy sebaliknya adalah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA CHICKEN POX ATAU CACAR MENYERANG SUAMI TERSAYANG
Sememangnya menjadi impian ramai untuk menjadikan kebebasan kewangan sesuatu kenyataan.
Curahan rasa Supernifz @ ..Faedah & Kebaikan ESP Shaklee
Kebebasan kewangan selalunya berbeza bagi setiap individu kerana matlamatnya. Namun ramai yang menyangka dengan wang ringgit adalah menentukan segala-galanya bagi kebebasan sebenar.
Walaubagimanapun kebebasan keewangan merupakan faktor besar yang mempengaruhi kebebasan jiwa dan rohani.
Yang pasti kita akan menempuhi pelbagai cabaran dan pastinya juga ada kalanya kita gagal. Dengan itu ada baiknya kita positif dan muhasabah dalam apa juga keadaan dan teruskan berusaha. 😀
Curahan rasa Hasrul Wayne @ ..Pulau Easter Chile: Travel Sambil Membongkar Rahsia Tamadun Misteri
point yang jelas. Cari duit buat duit. selesaikan hutang. beranakkan duit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kalendar Cuti Sekolah dan Cuti Umum 2017
Comments are closed.