Antara Sebab Kenapa Doa Kita Tidak Dimakbulkan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kita mengetahui bahawa terdapat tiga waktu untuk Allah mengabulkan doa, iaitu dikabulkan dengan segera, dilewatkan sedikit sehingga waktu yang tepat atau disimpan di akhirat kelak.

Namun, ada yang berpendapat bahawa doanya sukar untuk dimakbulkan kerana barangkali setiap kali dia berdoa, sukar untuk melihat hasilnya.

Baca : Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menerima Pujian

Namun, pernahkah kita mencari sebab di sebalik doa yang tidak dimakbulkan itu? Mungkin dengan muhasabah diri atau melihat kembali perbuatan buruk yang menjadi penghalang itu?

Terdapat sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah RA yang mengulas mengenai perkara ini;

Doa salah seorang di antara kalian pasti dikabulkan selama ia tidak tergesa-gesa. (Iaitu) orang tersebut berkata: “Aku telah berdoa kepada Rabbku, tetapi Dia tidak mengabulkannya untukku.” 

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 6340)

Jangan Tergesa Dalam Berdoa

Melalui hadis di atas, kita dapat faham bahawa dalam berdoa perlu mempunyai kesabaran dan keutuhan yang jitu.

Kehidupan kita di muka bumi ini juga dianjurkan untuk tidak segera berputus asa. Bagaimana kita boleh ‘menang’ sedangkan kita mempunyai semangat yang lemah dan tidak mampu bertahan.

Jika dilihat kepada mereka yang berjaya mengharungi sakit kanser, setiap dari mereka pastinya orang yang kuat semangat, tidak segera berputus asa dan sentiasa percaya kepada keajaiban.

Baca : Doa yang kerap Nabi SAW baca

Jadi, bagaimana dengan kita? Adakah kita akan menjadi seorang yang mudah berputus asa dan tergesa-gesa dalam berdoa?

Jika ia tidak dikabulkan dalam masa yang singkat, adakah kita akan terus menyalahkan tuhan? Jawapan itu, hanya anda yang tahu.

Wallahu a’alam.

Baca : Cara Allah SWT Memakbulkan Doa Hamba-Nya


Spread the love

One Comment

  1. berdoa sahaja tanpa memikirnya sangat dimakhbulkan tidak…

    sebab doa adalah ibadah yang sangat mudah.

    dapat pahala pun sangat disyukuri

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!