Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menerima Pujian

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kata orang, pujian boleh membuatkan hati menjadi bersemangat dan ada kala boleh juga membuatkan hati terleka. Mengapa tidak, jika pujian itu berpada setelah kita melakukan sehabis daya usaha, maka ia boleh menjadikan kita lebih bersemangat untuk hal yang seterusnya.

Namun awas, jika terlalu berlebihan, pujian boleh bertukar menjadi perkara yang tercela apabila hati mengharap-harap pujian orang. Dalam masa sama kita mungkin tidak sedar bahawa ia dapat mencalar keihklasan. Niat yang pada awalnya ikhlas dan jujur tidak mustahil bertukar menjadi tidak ikhlas.

Baca : Cara menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT

Mungkin ada masanya pujian diterima secara tiba-tiba apabila kita melakukan kebaikan atau menolong orang, dalam keadaan perkara yang boleh dilakukan adalah membaca doa ini bagi melindungi rasa ikhlas.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَ ‏ ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan.” 

(Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

Orang yang memuji mungkin hanya mengenal sebahagian daripada diri kita dan apa yang tampak di mata. Namun kitalah yang benar-benar mengetahui diri sendiri.

Baca : 6 Penawar Sakit Hati Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW

Bila orang memuji dan menyebut hal-hal yang baik tentang diri kita, itu bermakna Allah telah menutup aib, dosa serta kelemahan yang mungkin ada dilakukan. Justeru, berdoalah agar Allah mengampunkan dosa yang ada dan pohonlah agar Allah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang diucap dan dipuji orang.

Wallahua’alam. Jangan lupa klik share 🙂

Oleh : Natirah Azira

baca : Amalkan 5 Tips Dari Rasulullah SAW Untuk Bahagia Bersama Pasangan


Spread the love

One Comment

  1. Benar, pujian kadang-kala boleh buat kita lupa diri, dan meng’aku’kan diri, semoga dilindungi daripada sifat ini. Dan hanya Allah yang selayaknya dipuji…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!