Meninggal Dunia Ketika Melaungkan Azan Subuh

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seorang ahli jawatan kuasa Surau Ar-Rayyan dekat Seksyen 27 di sini, meninggal dunia ketika melaungkan azan Subuh awal pagi tadi.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), arwah Rosliman Osman yang berusia 60 tahun dikatakan baru sahaja melaungkan dua rangkap dari kalimah Azan sebelum tiba-tiba terhenti sekali gus menimbulkan tanda tanya penghuni pangsapuri Sri Ixora.

Difahamkan arwah yang mesra dipanggil Abang Man oleh penduduk di situ hanya sempat melaungkan kalimah Allahu Akbar serta Syahadah.

Seluruh penghuni pangsapuri pelik kenapa azan Subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti.

Kemudian terdengar di suara cemas di pembesar suara dan tidak lama selepas itu seorang AJK lain membuat pengumuman meminta ahli keluarga arwah untuk turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Man sudah kembali bertemu penciptanya dalam keadaan semua orang beriman impikan,”

Menurut perkongsian itu lagi, salah seorang jemaah yang rapat dengan arwah menceritakan bahawa arwah bersungguh mahu menjayakan majlis kesyukuran rakan mereka, Ustaz Sahari yang baru sahaja keluar dari hospital.

Arwah kelihatan gembira dengan rancangan itu serta menawarkan diri untuk menyediakan Kopi ‘O’ pada majlis berkenaan. Tidak sangka Allah panggil arwah dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.

Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan Subuh walaupun beliau bukan bilal surau.

“Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua.”

Abang Man pernah berseloroh, kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat (dekat) sana nanti. Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui,”

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau. Semoga arwah ditempatkan bersama para Syuhada dan para Solihin di Syurga. Aaaminn.

Al-Fatihah.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!