Amalkan 5 Doa Ini Setiap Hari – Allahyarham TG Ismail Kamus

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya teringat di beberapa kuliah Allahyarham Tuan Guru Ismail Kamus, beliau berpesan tentang doa yang kita kena usahakan minta pada Allah swt paling kurang sehari sekali atau paling baik setiap kali lepas solat fardhu.

Saya kongsikan pada kalian 5 doa yang paling banyak diulang oleh Tuan Guru kepada kami, insyaAllah.

Doa Pertama

“Ya Allah, kurniakan pada aku / kami taufik & hidayah sepanjang masa aku hidup & jangan tarik nikmat ini hingga aku mati”. Apa guna hidup kita tanpa taufik & hidayah? Itu adalah kerugian paling nyata

Doa Kedua

“Ya Allah, jadikan aku ini mencintaiMu & cinta kepada orang yang cinta kepadaMu”. Orang paling cintakan Allah adalah Rasulullah saw, disusuli para sahabat & para ulama. Pasti seronok dapat bercinta dengan Rasulullah saw kan?

Doa Ketiga

“Ya Allah, gerakkan lidahku, hatiku untuk meminta ampun padaMu pada saat Kau bukakan pintu langit untuk terima permohonan ampun & maaf hambaMu”. Salah satu waktu Allah swt buka pintu langit adalah waktu sepertiga malam. Mudah-mudahan Allah swt bangunkan kita untuk tahajjud setiap malam.

Doa Keempat

“Ya Allah, matikan aku dengan husnul khatimah & Engkau redha padaku & aku redha padaMu”. Tiada siapa mampu menentukan kematiannya. Kita mohon saja kematian kita itu baik. Tiada yang lebih baik dari mati baik kerana setelah itu tiada lagi mati untuk kita.

Doa Kelima

“Ya Allah, makbulkan doaku pada bila-bila masa aku mohon padaMu”. Siapa tak mahu rasa doanya diterima & makbul bila diminta. Dan doa makbul itu ada masanya dibuka Allah swt. Mudah-mudahan dengan doa ini, Allah swt gerakkan kita untuk berdoa setiap kali pada waktu Dia buka pintu penerimaan doa hambaNya.

Mudah-mudahan 5 doa ini Allah SWT gerakkan kita untuk istiqomah berdoa sekurangnya setiap kali selepas solat fardhu.

Moga ia menjadi manfaat buat kita semua di dalam berhubungan dengan Allah swt, sehingga cinta yang kuat timbul di dalam hati kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW.

Amin Ya Robbal a’lamin..

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Tuan Guru kita. Al-fatihah.

Wallahua’lam

Kredit : M Firdaus Baharuddin


Spread the love

8 Comments

  1. Terbaik. Doa dan usaha. Inshaa Allah paati Allah makbulkan . Siapa kita hamba yang hina dina dan banyak buat kesalahan. Allah tk pandang paras rupa, yang Allah pandang budi pekerti yg mulia.

  2. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Mujib.
    Terasa sungguh terharu atas ingatan yang dititipkan kepada kita.
    In shaa Allah istiqamah dengan doa2 ini.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!