Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam pada kita mendengar berita mengenai keruntuhan akhlak anak-anak muda zaman sekarang, namun tidak semuanya hanyut kerana masih ada lagi remaja kita yang mampu dijadikan contoh dan teladan.
Satu berita yang membanggakan, menerusi laman Facebook Kolej Islam As-Sofa memaklumkan dua pelajar Malaysia telah dijemput untuk menjadi imam solat tarawih di London sepanjang Ramadan tahun ini.
Jadi imam, diberi amanah sampaikan khutbah Jumaat
Dua orang pelajar Malaysia yang dimaksudkan adalah Umar Luqman Sufi Mohammad Shukri dan seorang lagi alumni KIS yang sedang berkhidmat di London, Ahmad Arif Adnan.
Mereka berdua diberi kepercayaan bukan sahaja sebagai imam, malah diamanahkan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat, tadarus, kelas fardhu ain dan berdakwah kepada masyarakat di London.
Ilmu luas tentang Al-Quran & mahir bahasa Inggeris
Difahamkan, pemilihan mereka adalah mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu, mahir dalam bahasa Inggeris, berpengetahuan luas dan mempunyai tahap bacaan al-Quran yang lancar.
Boleh dibanggakan, kedua anak muda ini bukan sahaja mewakili institusi mereka, malah mereka sekaligus telah membawa sekali nama Malaysia di mata dunia.
Program yang turut dijayakan oleh Masjid Sofa London dan The Suffah London, sebenarnya memberi impak yang besar kepada masyarakat London, sehingga mendapat sokongan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk di negara itu.
Sumber : Kolej Islam As-Sofa
3 Comments
Orang Melayu akhir zaman akan menggegar dunia. Apa yang berlaku sekarang adalah “tapisan” untuk mendapatkan angsa Melayu yang benar-benar tulen jati diri keislamannya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Cerita Peniaga Bazar Ramadan Jual Air Sold Out Guna Resepi Air Balang paling Hot!!!
Tahun ni dah kurang imam import, orang tempatan lebih afdhal jadi teladan di tempat sendiri.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Guna Wang Orang Lain Untuk Jadi Kaya
Moga Allah swt pilih ramai lagi orang Malaysia untuk berdakwah diseluruh dunia.
Curahan rasa Sani @ ..Persediaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Pada 16 Mei 2019
Comments are closed.