Keutamaan bersedekah di bulan Ramadan

Spread the love

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam Ramadan,

Salah satu sebab kenapa Rasulullah SAW menyuruh untuk bersedekah di bulan Ramadan adalah kerana ganjarannya lebih banyak dan lumayan daripada bersedekah di bulan yang lain.

Di antara keutamaan bersedekah di bulan Ramadan adalah:

1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama ganjarannya syurga Allah Taala

Puasa di bulan Ramadan adalah ibadah yang paling agung, bahkan pahalanya berlipat kali ganda. Sebagaimana dikhabarkan dalam sebuah hadith qudsi:

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR. Muslim no.1151)

Solat malam juga merupakan ibadah yang agung. Jika dilakukan di bulan Ramadan, ia menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang solat malam kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.37, 2009, Muslim, no. 759)

Sabda Rasulullah SAW:“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” 

(HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)

2. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.

Kita mengetahui bahawa berpuasa di bulan Ramadan sangat besar ganjaran pahalanya. Selain itu, kita juga boleh menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain hanya dengan bersedekah. Caranya, memberi makanan atau minuman kepada orang yang berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan sahih”)

Cukup dengan hanya memberikan kurma ataupun segelas air putih kepada orang yang berpuasa, sangat besar ganjarannya di sisi Allah Taala malah pahala puasa yang dia dapat berlipat kali ganda. Subhanallah

3. Bersedekah di bulan Ramadan lebih dimudahkan.

Antara keutamaan bersedekah di bulan Ramadan, bahawasanya setiap orang dipermudahkan untuk melakukan amal kebaikan yang lain. Tidak dinafikan, manusia juga sering alpa dan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan, lebih-lebih lagi di luar bulan Ramadan.

Sebab itu, di bulan yang mulia ini, Allah taala permudahkan untuk hambanya yang mahu melakukan kebaikan. Sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW :

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)

Realitinya, kita boleh lihat sendiri suasana di bulan Ramadan sangatlah berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Sungguh kasih Allah terhadap hambanya. Subhanallah.

Oleh itu, berlumba-lumbalah membuat kebaikan di bulan Ramadan Selagi masih diberi ruang dan waktu. Di kesempatan yang ada inilah, cuba perbanyakkan bersedekah, baca al-Quran, solat berjemaah, solat malam dan amal kebaikan yang lain. Dengan cara itu, Allah taala sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kita yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Aamiin, IsnyaAllah.

“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna.  Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim no.1955)

Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa. 🙂

Kredit: Muslim.or.id


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!