Lagu nasyid Sesungguhnya 2019 Alif Satar dan Raihan, ini komen ikhlas Tuan KHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti ramai yang pernah dan telah mendengar lagu nasyid yang bertajuk “Sesungguhnya”.

Lagu yang pernah dirakamkan oleh kumpulan Raihan pada suatu ketika dulu, kini menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ramai yang memberikan komen, luahan dan pujian tentang perkara ini. Jom kita baca apa kata Tuan Khairul Hakimin Muhammad di hantaran Facebook beliau.

Baru-baru ini, saya terkejut mendengar gubahan terbaru lagu Sesungguhnya yang pernah dikeluarkan oleh Raihan pada tahun 1997. Ianya adalah lagu “saya”. Lagu inilah yang saya lawan habis-habisan untuk dibawa ke persembahan tersebut. Cikgu kami nak lagu Munajat, saya tak nak dah. Lagu tersebut saya dah bawa semasa penutup sekolah rendah dulu. Beriya buat persembahan di bawah kelolaan Cikgu Idris.

Pagi tadi, entah benda-benda lepas hantar ‘Ain ke sekolah, terus ke pejabat, saya duduk seorang dalam kereta. Lagu yang ini berhantu walaupun sudah lebih 20 tahun dicipta. Lirik Sesungguhnya ini merupakan kisah orang yang nak bertaubat, atau dengan kata lain, dia nak sangat menjadi orang baik yang akan dipilih Allah untuk masuk ke syurga.

Ayat-ayatnya itu memberi makna yang besar,

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu,
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu,
Tapi aku tidak mengerti,
Mengapa cinta masih tak hadir,

Tapi aku tidak mengerti,
Mengapa rindu belum berbunga,
Sesungguhnya walau kukutip,
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau kusiram,
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu,

Olahan lirik ini sangat kuat. Kita ini manusia yang biasa sangat. Tak ada lebih tak ada kurang. Allah sering kali uji kita dengan ujian yang seakan serupa. Waktu solat, kita solat, waktu kerja kita kerja. Dan pada waktu kita pernah berbuat dosa, kita istighfar. Itu adalah benda yang normal.

Namun, ada satu-satu peringkat umur (mungkin kita berbeza), kita akan lalui saat yang kita perlukan Allah sangat. Waktu itu, kita tak berapa yakin yang disekeliling kita ini akan bantu kita. Yang kita ada hanya Allah.

Pada saat itulah, rasa berdebar dan mencintai Allah itu datang. Dan walaupun tak pernah bersua, tak pernah lihat, tak pernah mendengar sendiri bagaimana Allah itu, namun hati kita sangat kuat untuk pergi kepada apa yang kita nak. Kita doa, kita sujud sebanyaknya, boleh jadi, waktu itu kita akan menangis sepuas-puas. Kita sendiri sahaja diam-diam.

Itulah kekuatan Raihan semasa menulis banyaknya lagu dalam album beliau yang memecah tradisi pada tahun tersebut.

Dari Puji-Pujian hinggalah ke Assolatuwassalam, mereka mengindahkan industry seni suara dengan kekuatan lagu dan lirik yang cukup padu. Dan kita semua terbuai dengan keindahan tersebut.

Walau pada waktu itu, Siti Nurhaliza mula mahu mengorak langkah ke Indonesia, dan nama beliau semakin membesar dengan kuat, Raihan mengorak langkah baru dengan cukup bergaya. Malah, segmen Raihan dan Siti menampakkan sisi Malaysia yang sangat istimewa. Lalu Raihan mula juga mengeksplorasi ke negara luar dan menjadikan kumpulan ini adalah kumpulan senior yang dikagumi rakan industry serta peminat.

Lihatlah lirik akhir ini,

Kucuba menghulurkan,
Sebuah hadiah kepada Mu,
Tapi mungkin kerana isinya,
Tidak sempurna tiada seri,

Kucuba menyiramnya,
Agar tumbuh dan berbunga,
Tapi mungkin kerana airnya,
Tidak sesegar telaga kautsar,
Sesungguhnya walau ku kutip,
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau…

Ianya seperti sebuah usaha untuk membawa kita kepada banyaknya kebaikan. Mendayu dan menyisip ia masuk ke ruang hati dan kita dapat menerimanya dengan banyaknya senyuman. Apabila kita mendengar, kita rasa ini adalah kita. Dan kita boleh mengesat air mata serta mengakui ia adalah perjalanan yang lebih kurang sama.

Itulah lagu “Sesungguhnya” Sangat kuat dan banyaknya memberi erti sebagai seorang manusia yang berTuhan.

Kali ini membawakan Alif Satar sebagai penyanyi utama. Dan perubahan ini sangat menjadi. Suara Alif yang sekali dengar ada sedikit persamaan dengan penyanyi asal, Saudara Nazrey, namun Alif punya keistimewaan sendiri.

Nyaringnya itu, tingginya itu, mendayunya itu, adalah perubahan hari ini. Dan ia tetap memberi seronoknya mendengar walau berkali-kali. Ia sedap dan best!

Tahniah Raihan, tahniah Alif.
Tahniah juga semua bekas-bekas ahli kumpulan ini. kalian adalah inspirasi besar negara dalam seni suara, lirik, dakwah dalam lagu serta banyaknya kebaikan yang dihulur tanpa sedar melalui kata dan keindahan irama.

Terima kasih!

Khairul Hakimin Muhammad

Begitulah kisahnya apabila nasyid lama yang diberi nafas baru, kini melonjak naik semula menggamit hati dan kenangan pendengar. Moga dengan bait-bait nasyid itu juga akan dapat memberi sesuatu yang baik kepada seramai umat yang mendengarnya.

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!