Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap kali Jumaat setiap kali pasti kita akan melihat anak-anak yang berlari sana sini sambil buat bising ketika katib sedang berkhutbah. Aku sering terfikir siapa sebenarnya yang salah apabila anak-anak ini tidak tahu tertib masjid terutama ketika khutbah dibaca.
Teringat aku kisah berpuluh tahun yang lepas. Ketika itu aku masih bersekolah rendah, ketika sembahyang Jumaat beberapa teman dibelakang aku buat bising dan tak semena-semena abah aku datang dan lempang aku kerana katanya aku buat bising. Teman aku yang buat bising terus senyap tak terkata apa-apa. Ketika itu aku rasa sungguh kecewa. Sekarang setelah aku ada anak baru aku faham kenapa abah buat begitu. Sudah pasti kita rasa tidak selesa apabila orang buat bising ketika katib berkhutbah tetapi tak akan nak tegur anak orang sedangkan ayahnya yang ada disitu pun buat selamba sahaja. Jadi rupanya tindakan abah tu sebenarnya bertujuan untuk menegur teman-teman aku yang buat bising.
Anak-anak bising ketika khutbah Jumaat biasa tapi yang lebih malang bila pak cik yang dah beruban pun sibuk berbual kisah dunia ketika katib berkhutbah. Semua ini berlaku kerana kurang ILMU sebenarnya. Tujuan untuk ke masjid baik tetapi kerana tidak tahu adab masjid maka semuanya menjadi sia-sia sahaja.
Nota : sepotong hadith yang antara lain mafhumnya: “ Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.
52 Comments
makasih infonya.
salam kenal aja.
ada maksud tersirat rupanya. yelah nanti gaduh pula bapanya sebab anak kena sepak
Curahan rasa zuriey @ ..Kasut putus di tengah jalan
harusnya jangan bawa anak-anak,tu tergantung ortunya.ngerti ga.
Gimana didikan awalnya,
Masa kecil dahulu ayah saya selalu duduk dan solat dekat dengan saya,memang takde can nak masuk geng2 bising ini.
Agaknya cara ni berkesan untuk atasi masalah ini.Masalahnya ibu bapa la ni pun dah macam tak sedar diri status ibu bapa yang WAJIB MENDIDIK anak sendiri.
Curahan rasa muhammad fakhruddin @ ..Ustaz Amir-Ada Cinta Di Baitul Hikmah
sebab tu anak-anak yang belum baligh dilarang ke masjid untuk solat jumaat. kadang-kadang yang dewasa pun bercakap juga.
Curahan rasa RedBoys @ ..Bicara Contest
bapa kena mainkan peranana awasi anak-anak supaya tak buat bising
Curahan rasa zuriey @ ..Kasut putus di tengah jalan
hmm.. ade kupas gak sedikit tentang isu ni.. boleh baca entri al kisah solat jumaat kat my blog..
Curahan rasa Ezany-Kun @ ..Al Kisah Solat Jumaat
bagus tu kalau kita saling ingat mengingati terutama perkara sepenting solat jumaat ni.
bila dah tahu tentang sebab musababnya..
baru lah budak2 paham
macam gue dulu2..
ehhee
Curahan rasa mie @ ..Bas Sekolah VS Truck Askar
Tu lah ILMU penting mungkin boleh aku cadangkan setiap masjid ada unit anak-anak yg boleh memberi kuliah khas kepada anak-anak dengan cara santai dan menjelaskan adab masjid serta berkongsi ilmu-ilmu lain.
Comments are closed.