Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya bagai semalam 1 Ramadan, begitu cepat masa berlalu kini kita bakal meninggalkan Ramadan dan belum pasti tahun depan kita akan dapat bertemu dengan bulan penuh rahmat ini. Semuga Ramadan tahun ini lebih baik daripada Ramadan tahun lepas dan kita azam untuk meneruskan semua amalan baik di bulan Ramadan di sebelas bulan yang lain.
Kita akan melangkah ke bulan Syawal bulan yang biasa digambarkan dengan kemeriahan dan pesta suka suki. Aku nak kongsikan ilmu darpada Ustaz Noehas yang beliau kongsikan dalam group whatsapp kami. Terima kasih kepada Ustaz yang tidak lokek dengan ilmu dan semuga ilmu ini akan mengubah cara kita menyambut AidilFitri setiap tahun bermula tahun ini. Ilmu memang penting tanpa ilmu soal kecil seperti isu “Hubungan Suami Isteri Malam Raya” pun menjadi isu kepada sebahagian masyarakat.
PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA
Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya, dinukilkan;
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَاالرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَعَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِمُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ :وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِالْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِمِنْ شَعْبَانَ.
Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda’ berkata:Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.
2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;
و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمانإسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بنعبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابنالبيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهنالدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان وليلتا العيد
Maksudnya: Daripada Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.
CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT
Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;
يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كانضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصلالإحياء إلا بمعظم الليل
Maksudnya: Disunatkan untuk menghidupkan kedua-dua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya.
Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.
Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.
2) Di dalam kitab Al-Imdad’;
وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عددمخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء،والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل
Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.
3) Daripada Ibn Abbas;
عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم علىصلاة الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدينوفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء فيجماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنماقام الليل كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah.
Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.
P/s: Amalan-amalan sunat ini afdhal nya dibuat secara bersendirian.
Daripada kita sibuk membakar lemang dan ketupat, menghias rumah sampai penat, shopping di baazar, tesco, giant, carrefour dan kedai Pak Mat….Apa kata kita ubah sikit malam raya tahun ini dengan beribadat….Moga kita dapat kembali kepada fitrah dan beroleh rahmat!!
Salam Aidilfitri…Maaf Zahir & Batin.
32 Comments
Alhamdulillah dapat masukan lagi cara merayakan hari raya Iedul Fitri, semoga kita semua bisa mengamalkannya! Aamiin!
Pada kesempatan ini menjelang hari raya Iedul Fitri kami admin blog aura ide Mohon Maaf Lahir dan Batin teriring ucapan:
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
“Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian.”
Aamiin!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Hari Raya ‘Iedul Fitri berdasarkan Sunnah
selalunya malam raya ni orang buat solat sunat tasbih kan.. selamat hari raya DH..maaf zahir batin..:)
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Selamat Hari Raya
moga kita memanfaatkan malam yang hadir jenjarang dalam kehidupan kita ni,, amiin
Curahan rasa muja @ ..Kad Raya Comel Dari Kawan Blogger Yang Comel 😀
Semoga kita pakat2 amalkan.. inshaa allah.
Curahan rasa Anna @ ..Resipi Lazat Kuah Lodeh/Lontong
Semoga Allah SWT meridhai setiap amal ibadah kita dan memberi kita kesempatan untuk bertemu Ramadhan-Nya tahun depan.. 🙂
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Bisa Jadi, Ini Ramadhan Terakhir Kita
sebaik-baiknya begitulah sepatutnya… tapi walaupun kita disajukan dengan ilmu yg banyak tapi kita lalai untuk mengamalnya… aduh
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Pengertian
Sama samala kita baiki amalan diri..pantun terakhir beta : hair terakhir sebelum raya, ye ye besok hari raya! 🙂
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun lawak Hari Raya (2013)
Tmkasih. Mari kita perbaiki malam raya kita. 🙂
jom kita cuba usahakan amalan-amalan sunat tu..
salam aidilfitri juga 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Majlis Iftar eQurban Bersama Rakan Niaga Dan Media/Blogger
Terimakasih di atas perkongsian info… In Shaa Allah, saya akan cuba lakukan ibadah-ibadah sunap pada 2 malam hari raya seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis di atas… Semoga kita semua beroleh keberkatan….
Curahan rasa Anuar @ ..Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart Shopper
perkongsian yg sangat bermanfaat,terima kasih tuan..
Curahan rasa fahmimustakim @ ..Budak Hilang Wan Aisyah Wan Exzam Ditemui Selamat
akan coba laksanakan amalan shalat ini, shalat lail bukan hanya di bulan Ramadhan kan
Curahan rasa munir ardi @ ..Google sayangi blog saya lagi ya
Malam raya pun sama2 kita berdoa.. untuk yang terbaik bagi kita semua..
Curahan rasa KiD @ ..Terima Kasih Institut Jantung Negara
Sebenarnya terasa kecil diri ini, terima kasih dan syukur tersangat-sangat ke hadrat Allah SWT kerana saya masih mampu hidup merasa bulan Ramadan tahun ini.. Terasa banyak ibadat dan amalan yang sewajarnya kita lakukan sehari-hari, bukan setakat di bulan Ramadan sahaja.. Ingin melakukan amalan sunat ini pada bulan-bulan lain juga.. Terima kasih DH kerana menerbitkan entri yang menginsafkan diri ini..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Inspirasi Perniagaan Internet Mudah.my
Nabi SAW bersabda :
“Ramaikan hari ‘ied dengan takbir, tahlil dan tasbih”
Taqobalallohu minna waminkum, minal’aaidiina wal faaiziin
Comments are closed.