Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, air mata tumpah ketika berucap di #SBB2013 cuba nak tahan tetapi manakan mungkin boleh ditahan kalau Blogger Ensem Sangat pun tak mampu nak menahan, manakan tahan jika Blogger Bro pun tersedu tak dapat menahan.
Perkenalan pertama dengan Bro Jejai apabila beliau hadir di Majlis Pelancaran Rakan Niaga eQurban dan penyerahan hadiah iPad 2 di Hotel Equatorial Bangi. Ketika itu beliau banyak bertanyakan soalan dengan mencadangkan berbagai idea baru. Itulah pertama kali mengenali beliau tapi tak sangka langkah pertama untuk menjadi sahabat Blogger yang rapat. Pasti Blogger Yanmie, Eyriqazz, Kak Jie, Joegrimjow masih ingat peristiwa tersebut.
Selepas dari majlis tersebut kami memang tidak pernah bersua dan sesekali berhubung melalui FB dan Twitter tetapi Bro Jejai selalu meninggalkan jejak komen disetiap entri baru blog Denaihati. Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari suatu hari aku mendapat panggilan telefon dari Bro Jejai. Katanya aku antara beberapa kawan yang beliau maklumkan bahawa beliau baru di diagnos Kanser Paru-Paru peringkat ke empat. Terkejut dengan berita penyakit tersebut dan terkejut kerana Bro Jejai mempercayai aku.
Pertemuan selepas itu sangatlah berbeza daripada pertemuan pertama.
Lihat bertapa gembiranya Bro Jejai menjadi Blogger paling bertuah menjadi pemenang cabutan bertuah utama #SBB2012 tetapi selepas itu apa yang jadi hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Majlis Blogger terakhir yang beliau hadiri adalah majlis berbuka puasa di Shah Alam anjuran Denaihati Network dan menjadi entri terakhir di blog Teratakarmo. Selepas itu beliau hilang begitu sahaja dari alam maya sehingga ramai Blogger tertanya-tanya. Di Majlis #SBB2013 kami telah menjemput wakil Bro Jejai untuk datang menerima sumbangan daripada Rakan Blogger. Isteri beliau Puan Mazliana telah berusaha membawa Bro Jejai yang uzur untuk menemukan dengan Rakan Blogger yang rindu dengan kelibatnya.
Nilai sihat hanya terasa apabila diuji dengan kesakitan. Hargailah kesihatan jangan kita menjadi manusia yang sombong berasa besar diri lupa daratan semasa sihat. Kami mendokan Bro Jejai dan keluarga diberi kekuatan dengan ujian dari ALLAH SWT. Banyak kes Kanser telah sembuh dengan berbagai cara perubatan jadi tidak mustahil juga untuk Bro Jejai.
Bro Jejai anda sentiasa berada di dalam hati kami. Kepada yang sudi menghulur bantuan kepada sila klik Blog paling rapat dengan Bro Jejai di SINI.
(Nota : Sebahagian gambar dicelok dari Blog Rakan Blogger … mohon kebenaran)
133 Comments
semoga bro jejai sihat….dan di beri kekutan utk meghadapi semua dugaan ini.
Curahan rasa hafizal @ ..Kereta Sport Keluaran Negara Arab
Semoga Jejai akan sihat kembali. Amin.
Semoga Bro Jejai kembali pulih seperti biasa.Semoga Bro Jejai sabar
Curahan rasa Afiq @ ..MyHeppi Laman Sosial Berkonsep Islamik
moga Allah kurniakan kesihatan buat semua, dan moga Allah sembuhkan sahabat blogger kita itu..ameen
Curahan rasa fiezaradzi @ ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013
Allah…
Tiada apa yang boleh diucapkan hanya mampu berdoa kepada penyembuh yang hakiki Allah azza wa jalla semoga Bro Jejai diberi kesembuhan dan sedikit ruang untuk menjalani kehidupan di dunia ini.
Curahan rasa ProfHariz @ ..Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya ?
Semoga Bro Jejai tabah..kesakitan yang datang tanda Allah sayang pada hambaNya..
meski belum kenalnamun turut berdoa untuk kesembuhan teman tuan
semoga abg cepat sembuh.
Sakit itu penghapus dosa… Semoga bro jejai baik-baik 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Contoh dan Cara Tulis Resume
semoga jejai cepat sembuh & leh mingle ngan sume cam dulu2.
alangkah ramainya suasana SBB2013 ini ….salam sukses selalu untuk semua 🙂
Semoga Bro Jejai cepat sembuh dari penyakit cancer, aamiin.
Curahan rasa Alris @ ..Nostalgia
Assalamualaikum ww,
This is was my first visit to your blog. Salam kenal Abang, semoga berjaya sepanjang masa. Saya pengunjung dari Jakarta, Indonesia.
Curahan rasa Alris @ ..Nostalgia
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..didoakan semoga bro jejai mempunyai kekuatan dalam menempuh ujian yg mendatang
Ya… Moga beliau tabah… 🙂
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Contoh dan Cara Tulis Resume
Insya Allah… bro jejai pasti sembuh semula
Curahan rasa yangbaik @ ..Anda tidak mengetahuinya
Comments are closed.