Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang banyak tips yang diperolehi daripada ahli panel “Seminar Buat Duit dengan Blog“. Ramai ahli panel yang telah kami hubungi di kalangan Top Blogger Malaysia dan akhirnya barisan panel yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk SBDdB13 adalah Tn Hj Zainal Ariffin Omar (Mantan Presiden PRIBUMI), Zarul Umbrella (The Singing Blogger), Ustaz Efendi Hamid (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur), Nisa Kay (Host Video AmanzTV), Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my), Mohd Suhaimy (Founder WangCyber.com), Mohd Faizal (Cikgu), Rayyan Haries (Travel Blogger) dan Halim (GM eQurban). Panel-panel lain tidak terpilih oleh ALLAH atas berbagai sebab.
Berbagai pengalaman dan ilmu dikongsikan oleh semua panel dengan gaya santai tapi sangat berkesan dan memberi inspirasi kepada peserta. Peserta yang tak ada blog terus bersemangat nak buat blog. Blogger yang dah sejuk terus semangat nak aktif menulis blog. Blogger yang memang aktif semakin semangat untuk mengikut tips buat duit yang dikongsikan oleh ahli panel.
Dalam banyak-banyak tips aku tertarik dengan tips perkongsian oleh Sifu eBook saudara Suhaimy founder WangCyber.com yang aku adalah salah sorang ahli sejuk. Menurut beliau daripada 10 blog paling top di Alexa Ranking Malaysia sembilan adalah blog yang mempunyai niche tertentu dan hanya satu sahaja blog personal. Nak tahu apa blog yang satu tu .. heee … tak lain tak bukan adalah best the best blog 2012 dan the most creative blog 2013 iaitu Denaihati.com.
Sememangnya ramai yang pelik bagaimana blog personal seperti Denaihati.com boleh masuk top 10 Alexa Ranking Malaysia. Tak percaya baca review dari blog PR5 Mybloggertricks.com : ” Denaihati.com another broad-niched blog that features technology, news, and opinions. This makes me wonder, how do they manage such broad-niched blogs? But nonetheless, the ranking are in front of you. This blog has achieved a great ranking, and a large fan-base. But if we were to suggest anything to the blogger, it’d be improvement in the visuals to make it more attractive. That way, the power of the blog could be tapped and utilized for better purposes, and we think this blog can achieve greater heights.”
Ok lupakan kisah blog Denaihati.com. Jom kita tengok senarai top 10 blog mengikut Alexa Ranking pada 21/5/2013 :
- Beautifulnara.com (PR4)
- MyNewsHub.com (PR3)
- PenPatah.blogspot.com (PR1)
- Paultan.org (PR4)
- RotiKaya.com (PR3)
- Denaihati.com (PR4)
- Amanz.my (PR6)
- Blogserius.blogspot.com (PR4)
- Papagomo.com
- OhBulan.com (PR3)
Pasti Rakan Blogger kenal semua Blog di atas melainkan Penpatah.blogspot.com yang baru muncul beberapa bulan lepas. Majoriti blog diatas merupakan blog yang mempunyai niche tertentu dan sering mendapat perhatian daripada pengiklan untuk mempromosi produk mereka mengikut kesesuain pembaca blog tersebut.
Berdasarkan senarai top 10 blog Malaysia mengikut Alexa ranking saudara Suhaimy telah membuat kesimpulan untuk Rakan Blogger membuat duit dengan blog makanya Blogger mesti membina blog mengikut niche tertentu yang mempunyai keunikan tersendiri. Alexa ranking telah membuktikan hanya blog dengan niche sahaja lebih berdaya saing untuk menghasilkan duit yang lumayan.
Pendapat yang sama juga dikongsikan oleh ahli Panel toke cendol Banting Saudara Titan yang telah berkecimpung dalam dunia blog sejak 2003. Beliau mempunyai banyak blog yang dirahsiakan yang dibina mengikut niche affiliate dan hasilnya duit masuk setiap hari walaupun kekadang hanya beberapa sen. Biar sedikit tapi bila dikumpul-kumpul pasti jadi banyak. Aku memang suka dengan konsep bisnis biar kecil tapi menguntungkan daripada bisnis besar tapi rugi.
Itulah sebabnya aku juga buat blog yang ada niche iaitu Denai.my yang fokus kepada minat aku yang suka mengembara. Lagi pun aku jangkakan industri pelancungan akan terus subur berkembang dengan pulangan berbillion ringgit kepada negara jadi kalau aku dapat 0.001% pun dah cukup.
Jadi kepada Rakan Blogger yang nak buat duit dengan blog jangan pening-pening buat je blog dengan niche yang unik, kreatif dan ada kelainan. Kepada yang ada blog personal jangan risau kekalkan kerana kebanyakan Blogger yang berjaya mereka bukan hanya ada satu blog malah aku pernah berjumpa Top Blogger Indonesia yang ada beratus blog.
Nak dapat hasil yang lumayan kenalah kerja lebih tapi smart tak gitu!!!
Berjumpa kita lagi di Junior Class pada 22/6/13 dan Master Class pada 23/6/13. Yang berminat sila buat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my.
130 Comments
Senarai blog blog yang hebat tak mampu nak tandingi dorang, apa-apa pun good job
Curahan rasa tipsonlines @ ..Fantastic Ideas To Help You Lose Weight Fast
Selamat, Denaihati masuk dalam Top Alexa Rank di Malaysia
Sangat inspiratif sekali buat saya untuk terus blogging dan membawa blog saya menjadi lebih sukses seperti Denaihati.com
Curahan rasa Rina As @ ..How To Send Out Mass Emails With PHP Script
Lepas ni kena lebih fokus lagi.
Curahan rasa daddydee @ ..Siapa Nak Bantu Aku?
Ulasan & ringkasan ilmu yang padat dari tuan denaihati.. 🙂
Curahan rasa shuth @ ..Kenapa Perlu Jadi Orang Kaya?
makan tahun nak jadi top ten tu…heheheh
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Jom Pasang Widget Waktu Solat Denaihati
Jadi tambah semangat untuk ngeblog, dengan efek samping positifnya dollar sedikit demi sedikit masuk pundi-pundi!
Curahan rasa edi – aura ide @ ..Single Hit Pertama – Fatin Shidqia Lubis – Aku Memilih Setia (Video)
Ada terbaca mengenai penetapan niche sebelum buka blog tetapi salah saya tidak mengendahkannya.
perghh.. semua otai2 yg dtg ni..rugi saya x leh join….
Curahan rasa Faizal Fredley @ ..Welcome To The Hell – Final Exam!
Saya merasa beruntung bisa mendapatkan ilmu yang bermanfaat dari 10 Top Blogger
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Final Liga Champions 2012/2013 : Borussia Dortmund Vs Bayern München
baru mencoba untuk membina blog self hosting dengan niche khusus
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Final Liga Champions 2012/2013 : Borussia Dortmund Vs Bayern München
itulah kehebatan blog niche…… denaihati pun apa kurangnya…
Curahan rasa Mohd Azuan @ ..Menulis Blog Untuk Apa?
dalam byk2…ambe nak tak nak kena ngaku yg ambe paling respek pada blog denaihati kerana tanpa berita dan cerita sensasi, blog ni mampu berada top 10..
tahniah tuan DH!
Curahan rasa hafizmd @ ..Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!
Denaihati memang layak berada di ranking alexa tu … rajin + usaha yang sangat banyak .. semua org nampak gerak kerja denaihati buat
Curahan rasa puanbee @ ..Custom photo album secara online
Betullah pn bee
mmg cukup outstanding gerak kerjanya…kira macam cikgu besar utk kita
Curahan rasa hafizmd @ ..Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!
Assalammualaikum.
Banyak terlepas peluang menghadiri seminar kerana komitmen disini. Tetapi tetap mengikuti dengan entri yang DH sediakan. Bukan mudah untuk berjaya.
Curahan rasa Masidah Mat Nasir @ ..Piala Super: NS dan Kelantan kalah lagi.
Betul tu. Itu yg bestnya. Walaupun kita tak sempat nak turut serta, kita dapat jugak merasa tips2 penting bloggingn ni.
Nak2 kalau kita aktif dalam fb grup denaihati…mmg cukup2 terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!
tahniah denaihati menjadi satu²nya blog personal dalam kedudukan keenam terbaik
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Kampung Style
mestilah banyak blogger top akan lahir setelah ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Setelah Texas Tornado kembali Menyapu Oklahoma
moga2 yg lahir bakal menjadi seperti tuan dh kita, pemurah dan cukup humble
Curahan rasa hafizmd @ ..Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!
Comments are closed.