Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Dalam banyak banyak tempat yang dinyatakan, saya paling tertarik dengan Red Tower Alanya Castle. Serius nampak best terutamanya jika naik bahagian atas castle tu
Banyak tempat menarik yang terdapat di sana. Teringin nak menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti insya Allah
pesat juga pembamgunan di bandar turki ya..cantik la pemandangan tempatnya..suka lahh
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Indah sungguh keindahan alam di Turki.. Kota yang penuh bersejarah itu sememangnya kaya dengan cerita2 yang menarik..antaranya yang pernah saya dengar kisah kapal Nabi Nuh yang tersadai di salah gunung disana…
tenang jer tengok bumi turki bila la ana nk ke sana..negara banyak sejarah agam kan
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
Waaahh seronoknya Turki.. Turki memang byk tempat2 menarik dan bersejarah.. Memang berbaloi sangat2 bile berjalan di Turki. Pernah pegi sempadan Turki saja (Syria).. Tak sempat nak lencong masuk ke Turki..^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Anakku Tak Suka Makan Ubat! Macam mana nak buat?
Banyak tempat menarik kat turki ni. Nak nak dekat air terjun manavgat Alanya
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
bestnye jenjalan. hari tu kawan ada pi sana. takpe la nnt kumpul duit pi sana. jelesnya
hari tu kawan. Mungkin suatu hari kita yang berkeinginan nak ke sana pun akan berpeluang
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
seronoknya dapat melihat negara orang..cari pengalaman.. cantik betul alanya ni…
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Kan negara kita pun sebenarnya banyak tempat yang cantik tapi nak jugak kan merasa tempat orang lain
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
jauh perjalanan, luas pemandangan di samping dapat ilmu baru dan boleh pelajari budaya daripada negara orang. bertuah sungguh tuan DH berpeluang ke kota Alanya.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM
Sgt cantik permandangan kt Alanya ni. Pastu jarang jmpa org review psl Alanya ni…berharap sgt2 satu hari nnti dpt gk ke sini
Curahan rasa najahsalwa @ ..Mengejar Mimpi Menjadi Realiti (Part 8)
kalau tak buat review tentang ni..memang tak tahu pun ada tempat nama alanya..hehe
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Pemandangan air laut sangat la mendamaikan..banyak sungguh tempat yg nak pegi kalau pi Turki ni
Curahan rasa nord @ ..Kulit anjal, Tegang dan Awet muda Idaman Wanita
Macam seronok je tengok gambar yang berlatarkan air terjun. Sambil melancong dapat tengok keindahan negara orang dan boleh praktikkan di negara sendiri.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
indah sungguh pemandangan ciptaan tuhan ni… sejuk je tengok…haish rasa nak pergi je..
Curahan rasa zaza zehra @ ..Design Dan Tempahan Kad Bisnes Murah
Tempat cantik macam ni siapa yang tak nak pergi. Moga berpeluang pergi sana
Curahan rasa hajar ashikin @ ..Trip Langkawi | Beras Terbakar
Wah, memang cantik kota Alanya ni. Padanlah menjadi tumpuan pelancong. Lagi-lagi berhadapan dengan Israel dan Syria.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
cantik kan? bertuah siapa dapat pergi ke sana. boleh belajar sejarah sekali
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wahh..Breakfast kat dalam bot gitu. Sambil tengok pemandangan, sambil. bestnya dapat berjalan negara orang. teringin jugak nak ke Turki, menyelami sejarah Islam kat negara tu.
Comments are closed.