Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sejak dua minggu lepas banyak email aku terima minta aku sokong Bantah Akta 114A atau Stop 114A. Mungkin juga kerana status sebagai Best of The Best Blog of The Year 2012 maka sokongan blog Denaihati sangat diperlukan. Sebagai salah seorang komuniti tegar Internet aku juga ada hati membantah Akta 114A bersama dengan komuniti yang lain seperti Ariffshah, Eizil, Kujie, Paultan, Lelong.com.my, Mudah.my dan banyak lagi.
Cara sokongan aku kepada Bantah Akta 114A
1. Aku buat entri khas bertajuk “Akta 114A Komuniti Internet Bantah”
2. Header khas untuk blog Denaihati.
3. Header khas untuk FB Fanpage Denaihati.
4. Gravatar khas untuk Twitter Denaihati.
Kepada yang tak faham apa itu Akta 114A boleh baca blog sifu Amanz.my.
Bagaimana pulak anda??
Terkini : PM DS Najib Razak minta Kabinet menilai semula Akta 114A – Sumber
115 Comments
hehe..suka kartun tu…memang agak kejam pelaksanaannya…
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..10 Entri Terbaik Denaihati
Rasanya baik dikaji semula supaya semua orang berpuashati dan memberi keputusan menang-menang kepada semua pihak.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..SALAM AIDILFITRI DARI RIS-FAMILI
tak patut betul la.. mana kebebasan kita untuk bersuara kalau takda internet? nanti kalau jerit jerit kat jalanan, kata demonstrasi pulak.
Curahan rasa Ikhwan Pauzi @ ..Iklan Hari Raya Bernas, Menyentuh Hati
bimbang juga jika terlaksananya akta ini maka akan menyekat perkembangan ilmu blog di negara ini
Curahan rasa yangbaik @ ..Terima seadanya
memang benar hak semua orang perlu dijaga termasuk juga hak blogger dan pengguna internet tetapi tidaklah perlu terlalu drastik macam ni… menakutkan la pulak…
Curahan rasa yangbaik @ ..Terima seadanya
Comments are closed.