Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang tak menyesal publish entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” tulisan Ariffshah kerana telah menjadi ruang diskusi yang terbaik untuk contest SEO samada kepada penganjur dan juga peserta. Walaupun ada nada protes dalam jawaban Titan tetapi ianya sangat positif untuk mencerahkan minda semua Rakan Blogger. Kepada yang belum baca semua komen-komen yang panjang lebar dan bernas rasanya wajib baca. Sesekali perlu ada diskusi seperti supaya bertambah ilmu untuk meningkatkan kualiti menulis dan berblogging.

Aku pernah menganjurkan dua kali contest SEO iaitu “Hidup Berani Untuk Gagal” dan “Hidup Seorang Blogger“. Untuk kedua-dua contest aku telah menetapkan syarat-syarat penyertaan dari awal untuk memastikan contest mudah diuruskan dan tidak tersasar daripada matlamat menganjurkan contest.

Kenapa aku buat contest SEO? Tujuan contest SEO yang pertama “Hidup Berani Untuk Gagal” adalah untuk mempromosi blog kerana ketika itu blog Denaihati memanglah tidak terkenal dan hasilnya blog Denaihati memang jadi terkenal kerana lebih daripada seratus blog menyertai contest tersebut. Tujuan contest SEO yang kedua “Hidup Seorang Blogger” adalah untuk meningkatkan kualiti blog Denaihati kerana itu antara syarat ketika itu adalah hanya blog PR2 ke atas sahaja yang boleh ikut serta dan hasilnya memang sangat positif.

Apa yang aku nak bagi tahu di sini setiap kali aku menganjurkan contest SEO, matlamat paling utama adalah faedahnya kepada blog penganjur bukan kepada peserta. Peserta yang bertuah sudah pasti akan mendapat hadiah yang telah ditetapkan tetapi yang paling penting apa faedahnya kepada blog penganjur. Seandainya blog penganjur masih ditahap yang sama setelah mengeluarkan modal yang banyak untuk hadiah contest SEO pasti tidak berbaloi. Alhamdulillah setelah dua kali menganjurkan contest SEO blog Denaihati semakin terkenal, pagerank meningkat ke PR4, trafik meningkat dan lebih penting mesra Google.

Contest SEO

Seandainya aku ingin menganjurkan contest SEO ketiga pasti semua komen-komen di entri “Kritikan terhadap contest lelaki kacak” akan aku ambil kira tetapi pasti aku akan tetapkan syarat hanya blog yang ada kualiti sahaja boleh menyertai. Syarat blog PR2 pasti akan dikekalkan. Kenapa?

1. Supaya blog Denaihati mendapat backlinks yang berkualiti untuk mengekalkan kedudukan mesra Google.

2. Mendapat marketing yang lebih luas kerana setiap blog PR2 ke atas sudah mempunyai pengikut mereka sendiri. Kalau blog baru yang dibuat hanya untuk contest pasti tak ada pengikut tegar jadi matlamat promosi tak akan berlaku.

3. Memberi backlinks yang berkualiti kepada penaja yang dah keluarkan budget. Kesiankan penaja keluar duit tapi tak dapat apa-apa faedah.

4. Mengalakkan Rakan Blogger meningkatkan kualiti blog masing-masing.

5. Memberi peluang Rakan Blogger memahami ilmu SEO yang tidak pernah ada noktah.

Kesimpulan terpulanglah kepada penganjur untuk menetapkan syarat berdasarkan matlamat menganjurkan contest SEO cuma sayang kalau contest hanya sekadar contest tanpa dimanafaatkan sebaiknya untuk blog penganjur.


Spread the love

197 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!