Adakah Masalah itu Masalah

Spread the love

Kehidupan di dunia yang fana ini memang tidak akan lari dengan masalah. Setiap manusia mengidamkan hidup tanpa masalah….tetapi bayangkan hidup tanpa dugaan@masalah…apa rasanya…pasti hambar. Manusia akan merasa kenikmatan apabila dapat melalui dan menyelesaikan sesuatu masalah…inilah yang dikatakan pengalaman hidup.

Sedangkan Rasulullah SAW yang memang kekasih Allah di beri pelbagai dugaan untuk menjadi tontonan dan contoh kepada umatnya.

Allah hanya memberi dugaan dan bebanan kepada setiap umat atas kemampuannya. Allah tidak akan memberi masalah yang tidak mampu ditanggung oleh umatnya. Cuma kita sahaja yang tak sedar bahawa setiap masalah dan dugaan yang diturunkan itu menandakan bahawa Allah sayang kepada kita kerana itu ketika itu kita diuji. Bagi kita yang sedar apabila kita ditimpa masalah dan dugaan kita akan duduk muasabah diri melihat mana yang salah yang telah kita lakukan.

Ingatlah Allah tidak pernah zalim pada umatnya melainkan kita yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Masalah itu bukan bebanan tetapi peringatan dan tanda Allah sayang kepada kita. Terimalah dengan ikhlas, redha dan keinsafan.


Spread the love

168 Comments

    1. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

    1. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan.

      1. Lebih-lebih lagi ketika usia remaja, hidup penuh dengan keseronokan dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun perkara itu jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang dunia, contohnya mengambil dadah dan hanyut dengan maksiat, dengan adanya ujian seperti ini, ia akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang telah ditetapkan oleh Allah ataupun telah jauh menyimpang.

          1. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :
            “Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” ( al-Ankabut: 2 – 3)
            Curahan rasa munir ardi @ ..Ayo cegah StressMy Profile

            1. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.
              Curahan rasa munir ardi @ ..Ayo cegah StressMy Profile

            2. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya”.

              Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
              “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” ( at-Taubah: 111)

        1. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

          1. Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi.
            Curahan rasa munir ardi @ ..Ayo cegah StressMy Profile

            1. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh.
              Curahan rasa munir ardi @ ..Ayo cegah StressMy Profile

    1. Jika satu ide tidak berhasil, maka carilah ide lain, dan seterusnya. Jadi, agar Anda tangguh menghadapi masalah apa pun yang datang, Anda perlu berpikir kreatif.

    1. Ini adalah langkah awal yang penting. Saat Anda mengatakan Anda bisa mengatasi masalah, maka hati, pikiran, emosi, dan tubuh Anda akan bekerja selaras untuk mengatasi masalah.

    1. Sebenarnya saya tidak setuju, mati pun masih memiliki masalah jika kita tidak mendapatkan ridha Allah SWT. Hanya jika kita sudah di syurga, barulah tidak ada masalah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!