Adab Ketika Selawat Perlu Ada Lafaz ‘Sayidina’

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selawat Ibrahimiyah dibaca dalam tahiyat akhir solat menjadi sebutan selawat paling sempurna kerana kesepakatan kesahihan hadis yang mengungkapkannya.

Sheikh Yusuf al-Nabahani dalam kitabnya Afdhalu as-Solawat ala Sayyidi as-Saadaat, menegaskan hadis mengenai selawat itu diriwayatkan Imam Malik dalam al-Muwata’; Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam Sahih mereka.

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mengucapkan selawat ini, aku akan membuat penyaksian kepadanya pada kiamat dan aku memberikan syafaat kepadanya.

(HR Bukhari)

Mengenai Hadith itu tidak menyertakan lafaz al-siyadah (Sayidina yang bermaksud pemimpin atau ketua kami), kita tetap digalakkan menyebutnya sebagai beradab dan lebih afdal daripada meninggalkannya.

Baca : Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah SAW

Namun begitu, satu Hadith yang menyebut ‘Janganlah kamu mengucapkan Sayidina kepadaku dalam solat’ merupakan hadith yang batil dan palsu sekali gus menjadi ilah atau sebab ia tidak boleh dijadikan dalil.

Sheikh Yusuf memetik pandangan Imam Ahmad ibnu Hajar dalam al-Jauhar al-Munazzam yang membenarkan penambahan Sayidina sebelum nama Nabi Muhammad SAW kerana adab yang berhak kepada Baginda walaupun dalam solat fardu.

Baca : Sahabat Nabi SAW Yang Terakhir Meninggal Dunia

Wallahu’alam. Semoga mendapat sesuatu 🙂


Spread the love