UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Susulan Penularan Covid-19

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengumumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-92 yang bakal berlangsung di UiTM Shah Alam serta kampus cawangan UiTM yang lain akan ditangguhkan.

Jadual istiadat yang sepatutnya akan berlangsung pada 24 Mac hingga 16 April ditangguhkan serta-merta.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pihak UiTM telah membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat Kali ke-92 itu susulan daripada penularan jangkitan wabak Covid-19.

“Penularan wabak COVID-19 ini yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan WHO mengisytiharkan ia sebagai Pandemik.

“Justeru, pengurusan UiTM perlu mengambil tindakan pencegahan dan proaktif demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UiTM dan masyarakat amnya,” tulis kenyataan itu.

“Pengurusan UiTM telah membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-92 DI UiTM SHAH ALAM DAN KAMPUS-KAMPUS CAWANGAN UiTM BERKUAT KUASA SERTA-MERTA sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” tambah kenyataan itu.

Sumber: UITM Official


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!