Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah SAW

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hujjatul Islam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang lupa membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullah SAW tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,

Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?

Rasulullah SAW menjawab,

Tidak.

Beliau bertanya lagi,

Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?

Rasulullah SAW menjawab,

Kerana aku tidak mengenalmu.

Baca : Kisah Yakjuj dan Makjuj, peringatan akhir zaman

Lelaki itu bertanya lagi,

Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama’ meriwayatkan bahawa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya.

Rasulullah SAW menjawab,

Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan berselawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku.

Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat keatas Rasulullah SAW setiap hari 100kali.

Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullah SAW lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah SAW bersabda,

Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu.

Kerana orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW

Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah SAW, hendaklah ia perbanyakkan bacaan selawat.

Baca : Adakah wujud manusia lain sebelum Nabi Adam A.S ?

(Kitab Mukasyafatul Qulub)

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!