Sumbangan Untuk Keluarga Arwah Adik Faris Nur Daniel

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger Hebat Bro Jai tuan punya blog Teratakarmo (kalau belum pernah singgah baik terjah sekarang) minta bekerjasama mengumpul derma untuk Arwah Adik Faris Nur Daniel untuk meringankan beban keluarga arwah. Caranya memang unik dimana Bro Jai menampalkan banner insentif RM0.02 di blog beliau dan setiap trafik yang terhasil pada 23/2 – 27/2/12 akan didermakan kepada keluarga arwah.

Alhamdulillah 169 trafik telah terhasil sepanjang tempoh tersebut dan ada penaja yang bersedia infaq RM1 untuk setiap satu trafik jadi jumlah infaq yang terkumpul adalah RM169. Penaja juga sedia untuk menaja RM1 untuk setiap FBlike, Linkedin, Retweet, Google + 1 dan Komen untuk entri ini. Jumlah keseluruhan akan dikira pada 11.59pm 7/3/12 dan akan dicampurkan dengan jumlah yang telah terkumpul sebanyak RM169. Kalau contest gadget impian ada peserta boleh kumpul beribu-ribu undi kenapa tidak untuk entri ini?

Semuga usaha kecil ini dapat meringankan beban keluarga arwah adik Faris Nur Daniel. Insyallah kepada yang ingin bekerjasama untuk mengumpul infaq di masa akan datang boleh mencontohi cara Bro Jai dengan bekerjasama dengan blog Denaihati. Semuga usaha kita yang sedikit ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Hidupkan Untuk Memberi.

351 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!