Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ibnu Kathir dalam kitabnya, Qasas al-Anbiya’: Para ulama tafsir, sejarawan dan yang lainnya berkata: Nabi Ayyub AS adalah pemilik harta melimpah dibandingkan dengan orang-orang yang semisal dengannya, antaranya binatang ternakan, hamba sahaya, dan tanah yang luas di al-Tsaniyah (الثَّنية) di daerah Huran (حُورَانَ).

Ibnu ‘Asakir menceritakan bahawa tanah itu semuanya milik Nabi Ayyub AS. Beliau memiliki ramai anak dan isteri.

Kemudian kenikmatan-kenikmatan itu diambil daripadanya dan beliau diuji dengan pelbagai musibah. Tidak ada satu bahagian pun anggota badannya yang sihat kecuali lisan dan hatinya.

Beliau berzikir kepada Allah dengan keduanya. Nabi Ayyub AS sentiasa bersabar mengharapkan pahala daripada Allah. Beliau sentiasa berzikir kepada Allah di waktu malam, siang, pagi dan petang hari.

Baca : Tuhan Bukan Ada Pada Saat Kita Bersedih Sahaja

Nabi Ayyub AS menderita penyakit yang kronik sehingga teman-temannya menjauhinya, orang ramai merasa jijik, beliau diusir dari daerahnya, dibuang di tempat sampah di luar kampung halamannya dan orang ramai tidak mahu berhubungan dengannya.

Tidak ada seorang pun yang mahu mendekatinya kecuali isterinya. Isterinya sentiasa mendampinginya, mengubatinya, dan membantunya ketika membuang hajat sehinggalah melakukan segala perkara untuk kebaikannya.

Beliau adalah seorang wanita yang sabar bersama suaminya meskipun harta dan anak keturunan mereka musnah tanpa sisa.

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali. Rasulullah SAW bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ

Maksudnya“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, lalu orang-orang soleh dan seterusnya.”

(Riwayat al-Nasa’ie)

Semua itu menjadikan Nabi Ayyub AS lebih bersabar, mengharap pahala, memuji dan bersyukur kepada Allah. Bahkan ada sebuah peribahasa yang diambil daripada kesabaran Nabi Ayyub AS dan pelbagai bentuk ujian yang menimpanya serta begitu banyak hikmah dari kejadian yang menimpa Nabi Ayyub AS.

Daripada Mujahid, beliau berkata: Nabi Ayyub AS adalah orang pertama yang terkena penyakit kulit gatal.

Baca : Redha Dengan Ujian Yang Menimpa, Allah Cuci Dosa Kita

Para ulama berbeza pendapat berkaitan dengan berapa lama Nabi Ayyub AS menghadapi ujian.

  • Wahb berpendapat bahawa Nabi Ayyub AS diuji selama tiga tahun.
  • Anas berkata: Beliau diuji selama tujuh tahun satu bulan. Beliau dibuang di tempat sampah Bani Israel. Cairan-cairan mulai meleleh pada tubuhnya, kemudian Allah SWT memberikan kelapangan bagi dirinya, melipatgandakan pahalanya serta memujinya.
  • Humaid berkata: Nabi Ayyub AS menjalani ujian tersebut selama lapan belas tahun.

Al-Suddi berkata: Dagingnya mulai berjatuhan sehingga tidak tersisa sedikit pun selain tulang dan urat. Isterinya sentiasa menaburkan abu sebagai alas tidurnya.

Nabi Ayyub AS berdoa sepertimana firman Allah SWT:

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

MaksudnyaDan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

(Surah al-Anbiya’: 83)

Baca : Menjaga Kesihatan Adalah Satu Amanah

Nabi Ayyub AS mempunyai dua orang saudara. Suatu hari keduanya datang menziarahi Nabi Ayyub AS. Namun mereka tidak sanggup untuk mendekatinya kerana bau busuk yang sangat menyengat.

Mereka berdua berdiri dari jauh. Salah seorang daripada mereka berkata kepada saudaranya: 

Sekiranya Allah mengetahui kebaikan Nabi Ayyub AS, nescaya Dia tidak akan mengujinya dengan ujian seperti ini.” 

Nabi Ayyub AS lalu tersentak mendengar perkataan keduanya, dan inilah pertama kali Baginda tersentak seperti itu. Baginda lalu berdoa:

Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku tidak pernah bermalam dalam keadaan kenyang. Aku sangat tahu tempat orang-orang yang kelaparan, maka benarkanlah ucapanku ini.”

Maka kedengaran suara dari langit yang membenarkannya dan kedua saudaranya itu juga mendengar suara itu. Kemudian Nabi Ayyub AS berdoa:

Ya Allah, sekiranya engkau tahu bahawa aku tidak pernah memiliki dua pakaian sedangkan aku tahu ada orang yang telanjang, maka benarkanlah ucapanku ini.”

Maka terdengar suara yang membenarkannya dan kedua orang itu mendengarnya. Kemudian Nabi Ayyub AS sambil bersujud, Baginda berdoa: 

Ya Allah, dengan kemuliaan-Mu aku tidak akan mengangkat kepalaku selama-lamanya sebelum Engkau hilangkan penyakit ini dariku.” 

Nabi Ayyub AS tidak mengangkat kepalanya sehingga seluruh penyakitnya sembuh sepenuhnya.

Baca : Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang

Ibn Kathir berkata: Ini adalah cara pelepasan dan penyelesaian kemelut yang dikurniakan kepada siapa yang bertaqwa dan mentaati Allah, lebih-lebih lagi pada hak perempuan yang sabar, yang soleh.

Berkenaan dengan penyakit Nabi Ayyub AS, salah satu daripada sifat nabi-nabi adalah ‘ismah atau ma’sum. Syeikh ‘Ali al-Sobuni mentakrifkan ma’sum dengan tiga perkara:

  • Tidak melakukan dosa besar.
  • Tidak melakukan perkara yang mencarik maruah.
  • Tidak menerima penyakit yang dilihat jijik dan hina oleh masyarakat.

Wallahu’alam. Dah baca klik share ye 🙂

Baca : Saintis bongkar rahsia kunyit hitam!

Sumber ; Muftiwp


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!