Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
semoga team DH dapat melahirkan lebih ramai blogger atau usahawan yang berjaya. tahniah
Curahan rasa myra jay @ ..Penggunaan Kalimah Allah oleh gereja: Apakah ada jalan penyelesaiannya
sy memang dr dulu ikuti Abg Ensem & Denaihati ni… walaupun kadang2 jd silent reader …
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Tips Bijak Merancang Kewangan , 2014.
Alhamdulillah…perletakan jawatan adalah jalan terbaik untuk terus berusaha secara perusahaan sendiri dgn bisnes online, namun berjaya jugaakhirnya. Inilah yang dikatakan kerja sendiri memberi pulangan yang berganda. Semoga DH dan AE terus maju dan berjaya.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Dapatkan Free Gifts Dengan WhoHAA.com
2014 bertambah maju ya AE dan DH, jgn lupa kongsi sesama kita… hohoho
Tengok gambar terakhir tu.. adehh bertambang ensem weh! Ramai gadis2 yg pasti cair ni.. 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Malaysia Web Hosting Companies For Those Who Are About To Blog
semoga bertambah kejayaan dimasa akan datang…
Curahan rasa shahfir @ ..GAMBAR AIR TERJUN NIAGARA MEMBEKU
sukses buat kita smua
Curahan rasa penowo @ ..Resolusi Juara 2014
DH tak update blog 🙁
kena puji Abang Ensem sekali lagi. haha
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Tips Beli Kereta Versi Bajet
Selamat maju jaya untuk AE. Walaupun tidak bersama DH. tetapi ikatan kawan-kawan masih ada.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan
semoga kejayaan yang lebih besar menanti beliau kelak…
Curahan rasa papa mifz @ ..Jamu Selera di ICT Haji Pok Long
betul tu. Semoga berjaya AE.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jobdirumah Memberi Pendapatan Yang Lumayan
selamat majujaya,tumpang suka dengan kejayaan rakan2 blogger…
Curahan rasa kak Tie @ ..PENGALAMAN BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA SELAMA SEBULAN BEKERJA DISANA
Selamat dan sukses buat denai hati dan Abang Ensem, jaya selalu di onlinenya.
Hi, is their an english translation of this website somewhere?
mantap, apapun yang terjadi semua ada hikmah dan pelajaran.. semoga sukses selalu
Curahan rasa budaya indonesia @ ..Upacara Adat Badirian Pengantin Tebu
Denaihati dan AbangEnsem Semoga semakin sukses di tahun 2014!
Curahan rasa nuansa pena @ ..Profil Rano Karno, Akankah Si Doel Anak Betawi Jadi Gubernur
Comments are closed.