Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kisah graduan muda jana pendapatan USD menjadi tumpuan ramai selepas kejayaan demi kejayaan dilahirkan dari program eRezeki. Tidak kira peringkat umur dan kaum, ramai yang telah menyertai program eRezeki ini setelah kempen berterusan dari MDEC bermula dari negeri Sarawak, Terengganu, Johor dan Pahang.
Anak muda lepasan UiTM Shah Alam, Mirza Farhana yang baru sahaja tamat pengajian dalam English Professional Communication tidak melepaskan peluang untuk menyertai program eRezeki ini. Walaupun masih secara separuh masa disebabkan masih menyambung pelajaran Master Applied Linguistics di Uniersiti Putra Malaysia, Mirza memberikan fokus yang terbaik untuk menjana pendapatan di eRezeki.
Peluang Buat Kerja dari Luar Negara
Mirza menyertai program eRezeki ini pada 18 Julai yang lalu, tenaga pengajar memberikan pelbagai tips dan tunjuk ajar dengan lebih bagi mendapatkan hasil dari platform-platform yang disediakan. Sebelum ini, ramai yang hanya membuat kertas kerja kepada pelanggan tetapi tiada tindakan susulan dan ramai juga hanya belajar dari ‘google’ yang menyebabkan proses yang agak lambat.
Pada permulaannya minat untuk membuat kerja-kerja terjemahan, tetapi berdasarkan kebolehan dan peluang yang ada, Mirza melakukan kerja sarikata dan alih bahasa untuk beberapa aplikasi dari Hong Kong dan Thailand. Malahan ada juga permintaan untuk terjemahan dalam bentuk dialek bahasa Kelantan contohnya, dan ini membuatkan peluang amat luas dalam program eRezeki.
Pendapatan USD untuk kerja eRezeki
Bagi Mirza yang baru sahaja beberapa bulan menyertai program eRezeki ini, sudah mampu menjana pendapatan dengan US Dollar. Bayangkan dalam dua minggu sahaja kerja tersebut dapat disiapkan dan dibayar sebanyak USD160. Dan kerja-kerja lain seperti alih bahasa dan sarikata di dalam 5 minggu ini menjana jumlah terkumpul USD250.
Secara sambilan bersama program eRezeki ini sudah dapat menjana hasil yang agak lumayan, berpandukan latihan dan dorongan dari jurulatih yang disediakan.
Elaun untuk Peserta eRezeki
Kepada generasi muda yang masih mencari pekerjaan atau pendapatan, inilah masa untuk menyertai program ini. Untuk tiga bulan program eRezeki ini, ada elaun RM1200 sebulan untuk peserta dan juga RM300 bagi elaun perjalanan. Penyertaan adalah percuma dan sudah tentu hanya perlu belajar menjana pendapatan bagi merasai sendiri fleksibliti kerja.
Semuanya yang terbaik disediakan kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan secara digital ini. Jangan lepaskan peluang dan daftar segera di pusat-pusat eRezeki yang berdekatan dan laman sesawang https://erezeki.my
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pengalaman menyertai program latihan eUsahawan anjuran MDEC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Graduan menjana pendapatan ribuan ringgit menggunakan platform eRezeki MDEC
28 Comments
programnya bagus terasa ingin gabung, gimana caranya agar bisa gabung ? saya dari Indonesia bisa ?
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen ICP Capsule Makassar
Saye kire program ini hanya berlaku untuk warga negara Malaysia ya Bang? Rase nak pengen ikot serta tapi ape daye statusnye bukan warga negara Malaysia. 🙂
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Syarif Ibrahim Al-Qadrie: Tetap Menghargai Perbedaan dalam Kemajemukan
Sekarang ni macam-macam cara boleh dapat duit, cuma kena rajin usaha. Dan kena betulkan niat.
Ni peluang rezeki namanya. Nak dengan tak jelah. Tiada alasan untuk tidak berjaya.
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Bahaya Kanser; Kenali Tanda-tanda Kanser Yang Sering Diabaikan
wah banyak manfaat yang bakal diperoleh dengan program ini.. rupanya byk lagi peluang pekerjaan ada di negara kita selain drp makan gaji.
Curahan rasa JMR @ ..Video: Kids Running – Danish Hayyan 1y3m
Ada sesiapa yang dah join? Boleh kongsi pengalaman anda sedikit selepas menyertai program-program erezeki ini?
Wow banyak tue income dalam USD, ini baru buat secara sambilan.. Kita perlu hebahkan kepada anak2 muda tentang program eRezeki nie..
Curahan rasa arnie @ ..Nasi Kukus Boss Nasi Kukus Sedap di Setia Alam
Alhamdulillah, segalanya bermula dengan niat. Moga Allah memandang dengan kasih-Nya.
Curahan rasa Era Adlina @ ..Dahsyatnya Rahsia Niat
erezeki ini sepertinya mempunyai peluang besar bagi kita untuk mendapatkan pendapatan yg lebih besar
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
nampak mcm kerja simple jek ek… tapi dapat income banyakgilaaa
Curahan rasa rafizal @ ..Agen Hartanah Bandar Baru Bangi.
Banyak juga tu kalau covert kepada rm. Memang satu kelebihan kalau mengetahui banyak bahasa.
Curahan rasa Sani @ ..Cara Ni Mungkin Boleh Bantu Korang Selesaikan Masalah Berserabut Tu!
Peluang yang perlu dimanfaatkan. Bukan senang untuk berjaya dalam bidang yang diminati. Perlulah berusaha dan berikhtiar sehabisnya. Tahniah pada para peserta.
Curahan rasa jida @ ..Asyik Lapar Selepas Menyusukan Anak
untung dapat buat duit usd.. nilai ringgit tak menentu dan inilah masanya utk kita ambil peluang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli Barang di 11Street
Comments are closed.