Pantau Info Banjir Secara Live Melalui Portal SiagaX Bencana
Musim hujan yang semakin tidak menentu menjadikan risiko banjir satu perkara serius yang perlu dipantau setiap masa. Ramai penduduk di kawasan terjejas bergantung kepada maklumat yang tepat dan pantas supaya mereka boleh membuat keputusan keselamatan dengan lebih baik.
Kini, semua maklumat berkaitan banjir boleh diakses secara live melalui portal SiagaX Bencana, sebuah platform yang memaparkan data penting seperti paras air sungai, jumlah hujan, status amaran, lokasi PPS dan maklumat kritikal lain dalam bentuk peta interaktif.
Portal ini dibangunkan oleh @dochafizhanif, pembangun sama yang menghasilkan tracker Sumud Flotilla, dan kini menjadi rujukan ramai kerana kemas kini datanya yang cepat dan tepat.
Apa yang terdapat dalam portal SiagaX Bencana
Pengguna boleh melihat:
- Paras air sungai mengikut lokasi, lengkap dengan status semasa.
- Data hujan real time untuk setiap daerah.
- Peta visual yang menunjukkan kawasan berisiko, lokasi PPS dan jumlah mangsa yang sedang ditempatkan.
- Amaran bahaya berdasarkan bacaan terkini.
Semua ini dipaparkan dalam satu antaramuka yang mudah difahami oleh masyarakat umum.
Akses Percuma Untuk Semua
Portal ini boleh diakses tanpa sebarang pendaftaran atau bayaran. Cukup klik pautan berikut:
π https://magic.mapim.dev/bencana
Untuk mereka yang tinggal di kawasan rendah, berhampiran sungai atau mudah dinaiki air, pantauan secara konsisten sangat disarankan. Selain itu, berkongsi portal ini juga dapat membantu lebih ramai bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Semoga inisiatif digital seperti SiagaX Bencana dapat membantu masyarakat membuat keputusan lebih cepat dan selamat.
