Abuya Ashaari Pengasas Al-Arqam pergi tak kembali – Al-Fatihah

Spread the love

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang juga dipanggil Abuya oleh pengikutnya meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Arwah yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri ku :

Ingat setiap hari 5 kali kubur menyeru kita

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran,

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam,

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan,

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar dan

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

@Kepada yang belum menyumbang untuk Tabung Musim Kemboja sila klik Tabung Muslim Kemboja.

@Kepada yang nak dapat Acer Aspire One percuma sila klik Hidup Untuk Memberi.

[ad#advertlets336]


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.