Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Alhamdulillah terima satu jemputan untuk hadiri event blogger LIVE LIFE LARGE LG’s yang akan diadakan pada 08 Jun 2013, pukul 10.00am di The Curve (The Piazza). Rasa teruja untuk join event tu kerana ia bersempena dengan pelancaran produk terbaru LG iaitu TV Ultra HD 3D 84 inci pertama di dunia! 84 inci… Boleh bayangkan tak besar mana?
Event yang pasti menyeronokkan. Selain pelancaran produk, “LIVE LIFE LARGE LG” juga akan mengadakan pelbagai aktiviti, permainan dan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh pihak LG kepada pemenang bertuah.
Paling menarik adalah selepas event tersebut LG akan mengadakan satu contest untuk blogger di mana blogpost terbaik akan memenangi TV Ultra HD 84 Inci. Memang bestlah siapa yang menang TV bersaiz 84 inci ni.
TV Ultra HD 8 Inci keluaran LG ni sememangnya didatangkan dengan ciri-ciri dan fungsi istimewa. Kualiti gambarnya yang hebat dengan 8 juta pixel perframe iaitu 4 kali ganda resolusi (3840×2160) panel TV HD penuh yang sedia ada.
ULTRA HD Resolution Upscaler yang ada juga membolehkan imej dari sumber luaran seperti cakera keras, peranti mudah alih dan laman web dipaparkan dengan lebih terperinci dan sempurna.
Dilengkapi dengan Teknologi CINEMA 3D dan 2.2 Speakers System, TV 84 inci dengan paparan menarik yang bersamaan dengan 4 buah TV 42 inci ini menjanjikan keselesaan dan kepuasan semasa menonton TV di rumah.
Ciri Istimewa LG TV Ultra HD 84″
- Ultra HD TV 2160P
- 84” Gigantic Screen
- 2.2 Speakers System
- Comfortable 3D Glasses
- IPS Advanced LCD Panel
- Ultra HD Resolution Upscaler
- Magic Remote
- Flicker-Free 3D
Tak sabar nak tengok paparan skrin Ultra HD dan dengar sistem audio dia. Mesti gempak habis fungsi-fungsi yang ada pada TV Ultra HD 84 inci ni..
Untuk makluman semua, selain event blogger ini LG juga akan mengadakan roadshow yang bertempat di The Curve (The Piazza) pada 07 – 09 Jun 2013 daripada jam 10.00 am hingga 10.00 pm. Kalau nak cuba tengok depan mata sendiri TV bersaiz 84 inci ni boleh la datang ke roadshow LG. Mana tahu ada rezeki TV Ultra HD 84 Inci ni menjadi milik anda..
Layari laman web LG di www.lg.com/my untuk maklumat lanjut.
Live Life Large LG’s Blogger Event
Masa : 8 Jun 2013 (10.00 am)
Tempat : The Curve (The Piazza)
LG Roadshow
Masa : 07 – 09 Jun 2013 (10.00 am – 10.00 pm)
Tempat : The Curve (The Piazza)
76 Comments
Layan bola mesti best TV ni..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Laksa Janggus Kampung Perlis Balik Pulau
perghh..memang puas hati tengok TV besor ni siap dengan HD lagi..tambah-tambah kalau tengok game Arsenal..hehehe
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Contoh Resume Lengkap Terkini Dan Terbaik
menarik-menarik tapi takde tempat nak letak kalau beli ni
Curahan rasa zool @ ..Kenapa negatif tentang harta ?
kalau beli tv ni kena beli rumah baru sama… rumah sekarang nak letak tv ni pun tak celuih….
Curahan rasa staibaqhang @ ..Jalan-jalan cari makan Cameron Highlands
84 inci kalau menonton movie memang puas hati la
Curahan rasa Juan @ ..Panduan Untuk Membuka Perniagaan Bisnes Cyber Cafe
Hehehe..seronok kalau dapat sebiji nih..
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your Choice
dapat sebijik mmg gempak nih
buat masa ni x mampu nak pakai.. mahal bebenor… hehehe
Curahan rasa Sop @ ..Sila undi penyertaan Sop untuk DiGi WWWOW Award
klu tv mcm ni, tak perlu ke panggung lagi dah 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Cendol Banting tiada tandingan
84 inci? Memang besar tv ni. Yang 50 inci pun Encik Santai rasa macam dah besar semacam inikan pula 84 inci….Teknologi semakin kedepan dan dengan pantas, sukar untuk mengejarnya…
Curahan rasa Encik Santai @ ..Khasiat dan Kebaikan Habbatus Sauda
Perghh gila besar tv ni … yang ada kat rumah tu pun LG, memang puas hati la dengan prestasinya.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Indonesia Kagumi Blogger Malaysia
salam..
nie letak dalam bilik tokey nie maunyer x pergi pasang khemah nie.. huhuu
assalam bang 🙂
info yang sangat bagus ni,,
oh yea,,
salam saya sebagai pendatang baru disini yea bang 🙂
salam silaturrahmi bang..
Curahan rasa Bustan @ ..Pengertian Wasiat, Hukum dan Hikmahnya
salam silaturrahmi …jemput bertandang disini selalu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Senarai Keputusan Kerusi Parlimen PRU13
tv besar tp ruang rumah sempit 🙁
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Wordless Wednesday – Bismillahirahmanirahim –
Haaa .. beli la rumah lagi besar .. gi jumpa abg ensem … dia leh bagi tip utk beli umah lagi besar .. hehehehe
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Komisen Jobdirumah 2 Hari Berturut RM75
Makin lama makin canggih. Satu hari nanti mesti kita menonton dengan pengalaman virtual seperti dalam cerita iron man bilamana semuanya muncul seperti realiti. Subhanallah, hebatnya minda manusia yang Allah ciptakan
Curahan rasa halif @ ..Pencarian Hidayah Islam Dalam Diri
tak mustahil, 4D pun mungkin akan ada kat rumah…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Senarai Keputusan Kerusi Parlimen PRU13
wah….memang besar gila skrin nya ni…mesti hebat..
Curahan rasa daddydee @ ..Just Do It
Comments are closed.