Assalamualaikum dan salam sejahtera,
animasi Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita semua. Majoriti anak-anak pada zaman sekarang mahupun ibu bapa mengetahui siapa itu Upin dan Ipin.
Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya dengan permintaan ke pelbagai negara di seluruh dunia sehinggakan proses alih suara berlaku. Sebelum ini, filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ ditayangkan pada tahun 2009 dan untuk 2016 pula , Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal ke pawagam pada 24 November 2016.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Filem ini turut disokong oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.
Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.
Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
- Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
- Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
- “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
- Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
- Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
- Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
- Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!
Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta
Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios,
Penaja Utama : Aliff Syukri Terlajak Laris
Edaran: Primeworks Distribution, TV3 Malaysia, TV9 Di Hatiku
Penaja Bersama: Telekom Malaysia, Upin Ipin Pasta Gigi
Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia
Disokong oleh : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Barisan Pelakon Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin : Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.
PUTERI BALQISH sebagai Aqish : Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut “ Jeng, Jeng, Jeng!”
AWIE sebagai AWIE : Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.
SARA ALI sebagai NOREEN : Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.
REMY ISHAK sebagai BO : Bo merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.
Review Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Lakonan adik Balqis yang membawa emosi selama beberapa ketika di dalam beberapa babak. Penghayatan watak yang mementingkan kasih sayang di antara insan-insan yang membesar tanpa ibubapa. Sara Ali bijak membawa emosi anak-anak kecil yang mulanya riang, kemudian sedih dan marah bersama lakonan Gambit.
Suntikan elemen kelakar dari Awie, Remy Ishak dan David Teo cukup menjadi dan ia tidak begitu berat untuk ditonton. Pelbagai perasaan timbul hasil dari semua pelakon apabila menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini dengan mengharapkan sesuatu kejayaan dan kemanisan. Ianya wujud apabila impian menjadi kenyataan dan semuanya tersenyum dan riang di akhir filem.
Denaihati
Rakan Sosial Media anda
Denaihati Network (jangan lupa follow juga page kami)
45 Comments
Sangat film yang bagus untuk jenis, harus menonton dengan keluarga …
Wah… mula2 fikir taknak tengok kat wayang cerita ni .. Tapi lepas dah baca blog denai hati, terus tak sabar2 nak tengok.. yelah, pengarah cerita ni org2 otai kot. Tambah2 lagi penaja pengasas D’herb.. pastu kos pulak 4 juta.. WAHHH, wajib tengok nih.. Ishh, ruginya kalau tak tengok.. TAK SABAR NAK TENGOK!!
tak pernah bawa anak pi tengok wayang..insyaAllah boleh bawa ni..dia pun suka upin ipin…
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Cara Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat
Selangkah ke hadapan apabila filem Upin dan Ipin ni menggabungkan watak manusia dan kartun. Mesti anak-anak saya akan suka tentok.
Dulu filem Upin dan Ipin: Kita kan Geng pun diaorang suka tengok. Berkali-kali ulang.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Nak Tahu Gangguan Makhluk Halus Dalam Badan Dah Keluar?
hebat garapan cerita yg ditampilkan. gabungan pula kartun memang digemari bukan sahaja kanak- kanak malah mak ayah pun suka..sebab mengimbau kenangan kecik2 dulu hehee..
tak sabar nak bawak anak pi tengok
Woww.. tak sabar nak bawa anak- anak gi tengok upin ipin jeng jeng jeng ni..
anak2 tengok iklan pun dah bising tanya bila nak bawak gi tengok..
memang filem kanak-kanak yg dinantikan ni utk kepuasan anak2..
thanks bg review bos
Selain movie Upin-Ipin, dengar cerita nya Boboiboy pun akan masuk panggung tak lama lagi.. betul ke?
Curahan rasa anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Ni anak-anak sayalah yang cakap..
Betul atau tidak Saya pun tak tahu.. tengah tunggu masa jugak ni..
Curahan rasa anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
tak kira cner pom cter mesti akan tertarik tentang upin ipin
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Minyak ikan terbaik dunia | koleksi testimonial Omegaguard
Menarik baca cerita ni. Memang ada rancang nak pergi tengok nanti. Macam menarik aje. Anak-anak pasti suka.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Antaramuka (Interface) Google Adsense Baru
aduh menariknya. [andai mereka pilih Aqish jadi pelakon undangan.
dia memang tengah meletup sekarang.
alamak, anak2 ramai ni. 5 daripada 7 dah kena bayar tiket. hihi
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Stok Cheezy Sauce i-Mukmin in da house!
menarik juga ceritanya, insyaAllah boleh bawa anak-anak gi tonton nanti
Curahan rasa raihanah @ ..Shaklee Bantu Hadapi Kesan Sampingan Kemoterapi
Hai kid….terbaca lak…menariks…anak akak pun ada pergi masa pelancaran ni hari tu…Inshaa Allah 24 November ni terjah panggung lak…😄
oh, ada pergi juga ke hari tu? mungkin ramai sangat orang dan beberapa hall, tak dapat jumpa.
lama tak singgah bloh denaihati >_<
sy dah lama tak beblogging. tetibe harini rasa rindu sgt.
singgah sini . tak tahu la konsisten ke tak berblogging. hehe ..
ipin upin ni mak bapak pon suka..boleh la tgk nanti
Patutlah dah lama tak dengar khabar.. lepas ni bolehlah kembali aktif menulis blog..
Curahan rasa anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Insya Allah.. akan bawa anak tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.. sebab anak saya pun salah seorang peminat Upin Ipin.. filem yang mengumpul satu keluarga. sebab kalau anak nak tgk dah tentu mak bapak & adik beradik yang lain pun akan turut serta. Yang paling teruja sebab Erma Fatima jugak terlibat dalam filem ni. antara pengarah favorite saya juga sebab karya erma fatima jarang mengecewakan
Curahan rasa lekatlekit @ ..AUOLIYA EMULSION SKIN REPAIR BOLEH DI GUNA SEAWAL UMUR 6 BULAN
Wah best ni… Anak-anak saya pasti sukakannya… Tapi belum sempat lagi nak bawa anak-anak pergi tengok wayang…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar ilmu pemasaran internet, Jangan setakat separuh jalan!
Lagipun anak-anak tengah periksa sekarang ni…. Mungkin tunggu dah habis periksa nanti, baru boleh bawa dia orang pergi tengok wayang…
Curahan rasa Anuar @ ..Belajar ilmu pemasaran internet, Jangan setakat separuh jalan!
Bila tiba 24 november tunggu tayangan di pawagam berdekatan. jeng jeng jeng
Jeng jeng jeng…Dah kluar rupanya movie. Ada aktiviti den boleh buat masa cuti sekolah dengan anak nanti.
Curahan rasa Kereta Sewa @ ..Kereta Sewa Toyota Vellfire oleh Admin Kereta Sewa
Comments are closed.