Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang bawa tulisan daripada Saudara Ikhwan Fahmi dengan tajuk yang menarik iaitu tips untuk hasil lumayan di internet. Pasti ramai berminat tajuk ini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada tahun 2012, semasa saya bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Grafik dan Media Digital di sebuah institusi pendidikan swasta, saya mula belajar untuk menambah pendapatan menerusi produk digital di internet. Produk pertama saya ialah ebook dalam niche kerjaya yang berkaitan dengan kerja kerajaan.
Berkenalan dengan Muaz Hadi, saya mula menghasilkan ebook untuk rujukan peperiksaan kemasukan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Dari situ saya belajar untuk kumpul list, guna autoresponder, bina minisite dan blog serta Facebook Ads. Jualan ebook saya yang pertama berjaya mencapai angka RM10,000 dalam masa 10 hari.
Selain dari menjual produk sendiri, saya turut menyertai cabaran affiliate sehingga berjaya menjana komisyen RM1,000 dalam masa 14 hari. Pelanggan saya ialah orang yang tidak dikenali tetapi berminat untuk membeli produk yang saya perkenalkan.
Saya mula merancang untuk menjalankan bisnes sendiri untuk pasaran Malaysia yang ditumpukan kepada graduan dan golongan yang mahu belajar membina pendapatan di internet. Untuk membina pendapatan dari internet mudah bila dilihat di atas kertas. Cabaran yang perlu dilalui ialah melaksanakan ia sehingga berjaya menjana pendapatan.
Ada 5 perkara asas yang perlu anda lihat untuk menghasilkan pendapatan di internet. Perkara ini amat penting dilakukan supaya pendapatan anda tidak terhenti di tengah jalan.
1. Pilih niche yang boleh buat untung.
Ada banyak niche yang boleh membantu anda buat duit contohnya, kecantikan, kerjaya, kesihatan dan servis. Saya memilih untuk menumpukan dalam niche kerjaya kerana niche ini mempunyai prospek yang dahagakan bidang pekerjaan setiap hari.
Niche kerjaya ini amat luas, jadi saya tumpukan kepada mereka yang mahu kerja kerajaan. Setiap tahun saya akan menawarkan ebook peperiksaan seperti Penguasa Kastam, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Separa Perubatan dan temuduga kerja kerajaan.
Apa pun niche yang anda pilih, pastikan ianya mempunyai permintaan dan mendapat sambutan. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia. Masa dan wang yang anda keluarkan untuk kos iklan akan habis begitu sahaja kerana tidak memberikan keuntungan.
2. Bina blog berkaitan niche anda.
Ini penting untuk pelanggan yang menggunakan Google untuk mencari maklumat menjumpai maklumat yang diperlukan dalam blog anda. Lihat saja blog saya, www.ikhwanfahmi.com yang mendapat carian kata kunci untuk contoh soalan temuduga.
Gunakan platform WordPress dan masukkan artikel-artikel yang berkaitan dengan niche yang pilihan anda. Blog anda akan mempunyai trafik yang konsisten dan bakal menjadi lubuk duit anda untuk jangka masa yang panjang.
3. Promosikan produk yang berkaitan.
Anda boleh menjual produk digital seperti ebook dan video. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate bagi produk orang lain dan jana komisyen dari 40% hingga 50% bila ada produk yang terjual.
Tidak sukar untuk mempromosikan produk. Anda hanya perlu ceritakan masalah yang dihadapi oleh prospek dan tawarkan sesuatu untuk membantu mereka. Selain itu, anda boleh masukkan testimoni pelanggan terdahulu untuk meyakinkan mereka.
4. Trafik ke laman jualan.
Tanpa trafik tiada jualan yang terhasil. Trafik boleh diwujudkan menerusi penulisan artikel yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Trafik secara percuma boleh dilakukan menerusi Search Engine Optimization (SEO).
Anda boleh kongsikan link artikel di Facebook, Google Plus, LinkedIn, Pinterest dan mana-mana laman sosial untuk mendapatkan trafik. Mereka yang mendapat manfaat dari artikel anda akan kongsikan di status mereka sehingga tular di internet.
Selain itu, ada kaedah berbayar untuk menarik trafik menggunakan Facebook Ads atau Google Adwords. Dengan kos serendah RM3.00 hingga RM5.00 sehari, artikel anda akan sampai kepada prospek yang lebih tepat kerana 2 platform ini boleh disasarkan mengikut umur, lokasi dan minat.
5. Automasikan corong jualan.
Dari laman jualan, anda boleh minta pelanggan untuk membuat tempahan dan terus mendapatkan produk yang dipilih tanpa perlu duduk di depan komputer sepanjang masa. Bahagian ini agak teknikal, namun anda boleh upah kepada orang lain untuk melakukannya.
Untuk mencapai ke tahap ini, anda perlu bersabar kerana ianya memerlukan fokus dan kos pemasaran yang konsisten. Biasanya produk digital seperti ebook dan video sahaja yang boleh dijual menggunakan teknik automasi.
Di bawah ini adalah contoh corong jualan untuk teknik automasi produk digital :
Trafik —> laman jualan —> Borang Tempahan —> Laman Download
Teknik automasi ini tidak sesuai digunakan untuk produk fizikal seperti produk kesihatan, produk kecantikan dan pakaian. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan. Tugas anda ialah menunggu pelanggan membeli dan hantarkan produk yang ditempah.
Untuk memastikan anda sentiasa menghasilkan jualan, anda wajib mengumpul senarai emel prospek. Minta mereka mendaftar di borang opt-in yang dipasang pada Squeeze Page. Dari sini anda boleh hantarkan emel Follow-Up untuk membina kepercayaan seterusnya menghasilkan jualan.
Kesimpulan.
Untuk menghasilkan pendapatan di internet, anda harus kenali lubuk niche yang menjadi permintaan orang ramai terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda belajar bagaimana untuk mencari dan mengumpulkan prospek. Bukan semua orang akan membeli semasa pertama kali melawat laman jualan anda.
Sebahagian yang lain berminat tetapi perlukan masa untuk membuat keputusan. Di sinilah tugas anda untuk mendidik prospek mengapa produk tersebut bermanfaat untuk mereka. Emel Follow-Up yang masuk ke dalam Inbox prospek boleh meningkatkan peratus jualan anda.
Di masa yang akan datang, mereka boleh menjadi pelanggan yang membeli produk dari anda berkali-kali kerana anda sudah dikenali dan menjadi sumber rujukan dalam niche anda. Jika anda berminat untuk belajar membina corong jualan secara percuma, anda boleh mendaftar nama dan emel di www.jualaninternet.com
Ikhwan Fahmi
Ikhwanfahmi.com
Penulis niche kerjaya sepenuh masa
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
134 Comments
bila otai berbicara memang hebat…
in shaa Allah pesanan harus diberi perhatian wajar..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Ilmu Copywriting Yang Terpaksa Didedahkan
Sebelum jadi oldtimer, saya pernah jadi newbie seperti usahawan yang lain 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
Tq atas nasihat dan panduan…mmg menarik n best bila dpt high traffic rate
Curahan rasa Imah @ ..Lemonex Rahsia Terkurus Tanpa Sengaja
Bila trafik banyak, kita harus ambil langkah untuk kutip data pelanggan sama ada nombor telefon atau emel. Boleh guna untuk buat jualan nanti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Terima kasih atas penulisan artikelnya dan saya sangat terkesan sekali dengan tips dan sarannya Semoga saja bisa diambil manfaatnya bagi yang membacanya ditunggu artikel berikutnya Salam sukses dari saya
Semoga ada pelan tindakan, bila sudah lancarkan iklan langsung tunggu saja pelanggan buat pembelian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
sering membaca blog beliau ini memang hebat dia dalam afiliasi sekali kali nak belajar langsung dari dia
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pancake Keju
salah satu hasil pendapatan internet yg hangat diperkatakan di seluruh dunia, Bitcoin.
Curahan rasa abgmus @ ..Harga Bitcoin Melambung Lagi Lebih Mahal Dari EMAS!
Bitcoin memang lumayan, tapi ilmu pengetahuan bitcoin adalah lebih penting sebelum melibatkan diri dengan pelaburan bitcoin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Tak lama lagi ada Cabaran Affiliate…. Pasti ramai yang akan turun padang untuk promosikan produk Tim Infokerjaya
Curahan rasa Anuar @ ..Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
Ya, terkini kami sedang mengusahakan ebook untuk jawatan berkaitan gred 41, marilah sama sama turut serta.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
sekarang mudah sangat buat duit di internet sebenarnya lagi lagi guna blog kita
Curahan rasa amirwaffi @ ..pump zakar terbaik yang anda patut beli
boleh tunjuk ajar tuan kalau hal itu pekerjaan mudah daha lama pun saya berlapak di dunia blog tapi hanya menghasilkan beberapa ribu saja
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Pancake Keju
Semoga ada pelan tindakan untuk mempromosikan program affiliate lantas mendapat komisyen yang lumayan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
Dengan internet, bisnes boleh buat di mana saja, kawan baru dan kawan lama mudah bertemu semula.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
tima kasih sharing kat kitaorang..mcm mcm cara buat duit kat internet sekarang saya suka seo gak
SEO dan adwords harus digunakan semaksimum mungkin, jika tidak pesaing kita akan sentiasa di hadapan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
teknik adwords tu belum cuba lagi.. ramai blogger syorkan sebab betul2 berkesan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Aiskrim Durian di McDonalds Malaysia Bermula 24 Ogos
nampak macam mudah, tapi kena perlu banyak pengorbanan dan usaha gigih, bukan main2 je…
Curahan rasa mus @ ..Buku HIPSTER HARTANAH dan BAJET POWER Anak Muda Wajib Baca!
Main main boleh, tapi selepas dapat hasil dengan usaha yang konsisten dan gigih.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN
komisen affiliate sememangnya menguntungkan. ada yang dapat hasil komisen sehingga 70%
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx
Benar, komisyen lebih dari 50% wujud untuk membakar semangat ejen affiliate supaya buat lebih banyak jualan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Mudah Failkan Cukai E-Filing
Thanks Sharing This Info. Biasa saya hasilkan pendapatan melalui adsense and affiliate jer..Tip Menyimpan Duit Untuk Gaji Yang Kecil 
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..
Adsense dan affiliate pun banyak menyumbangkan pendapatan kepada ramai pengguna internet, baik sambilan atau sepenuh masa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Mudah Failkan Cukai E-Filing
dulu kerja macam-macam review, affiliasi, adsense dan juga banner tapi sekarang ya cuma adsense saja dan malah menulis review dan yang lainnya
Curahan rasa web guru tech @ ..Resep Puding Lapis Buah Spesial Paling Enak
Tumpukan untuk satu jenis niche dalam affiliate, baru anda berkembang kepada niche yang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jenis Miskin Dan Kaya Yang Perlu Diketahui
GV punya niche rasanya skop hiburan. huhu. Good info to know Mr Denai. 😀
Curahan rasa Galaksi Viral @ ..KHASIAT SAMBAL BELACAN
Thanks atas perkongsian ni.. tapi bagi sy sifu adwords pon pakar dlm internet. just 2 cent my opinion hehe 😀
Ramai lagi sifu selain sifu adwords, sifu bisnes pun ramai yang bergerak memandaikan bangsa.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pendapatan Pasif Untuk Bekalan Akhirat
Comments are closed.