5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal

Hasil penyelidikan yang dibuat oleh para pengkaji bisnes kecil dan sederhana, ada 5 punca utama yang menyebabkan banyak bisnes kecil gagal.

Punca-punca itu adalah:

1. Kita tidak tahu cara membuat rancangan bisnes yang betul.

Andainya kita ada membuat rancangan, rancangan yang dibuat itu tidak lengkap, tidak dituliskan pun di mana-mana, hanya ada dalam otak kita sahaja.

Dalam bahasa mudah, kita main langgar dinding sahaja.

Kita main langgar dinding kerana kita tidak faham berkenaan pentingnya nilai sebuah rancangan bisnes, dan peri pentingnya kita memulakan bisnes dengan membuat dahulu rancangan bisnes itu.

Risiko apabila kita tidak membuat rancangan bisnes adalah:

i. Kita tidak ambil berat perkara-perkara yang kita tidak tahu berkenaan bisnes yang hendak diceburi.

ii. Kita menjadi terlalu positif, terlalu yakin, terlalu konfiden bisnes kita itu akan berjaya.

iii. Kita tidak meramalkan bermacam-macam masalah dan perkara tak dijangka yang boleh menyebabkan bisnes kita bungkus.

2. Kita tidak tahu cara-cara memimpin pekerja kita, walaupun pekerja kita baru satu orang sahaja.

Tugas kita sebagai pemimpin bisnes milik sendiri adalah:

i. Membina hubungan sekerja yang baik antara kita sebagai pemilik bisnes dengan pekerja.

ii. Menaikkan semangat kerja mereka.

3. Kita tidak tahu dan tidak mempunyai skill mengurus pekerja.

Inilah tingkah laku majikan yang tidak pandai mengurus pekerja:

i. Tidak mendengar dengan baik pandangan dan pendapat pekerja.

ii. Mengurus dengan gaya micro-management atau gaya cerewet sampai hal-hal titik-bengik pun mereka mahu ambil tahu dan buat keputusan.

iii. Menegur pekerja dengan cara yang kasar kononnya niatnya baik iaitu mahu membetulkan kesilapan pekerja dan supaya mereka menjadi pekerja yang baik.

Kesan semua kesilapan macam itu menyebabkan:

i. Semangat pekerja menjadi lemah dan akhirnya patah lalu mereka berhenti kerja

ii. Produktiviti pekerja menurun, tidak sepadan dengan gaji yang dibayar.

4. Kita tidak tahu apa itu yang disebut marketing.

Kita sangka marketing adalah periklanan dan promosi, lalu kita pun sibuk membuat iklan dan membuat promosi.

Marketing bermula dengan menetapkan perbezaan antara produk kita dibandingkan produk-produk lain dalam pasaran. Istilahnya product differentiation. Jika perkara ini tidak dibuat dengan betul, bisnes kita akan bungkus, soalnya sama ada lambat ataupun cepat sahaja.

5. Kita tidak tahu cara yang betul bagaimana hendak menarik minat customers.

Dua perkara utama dalam marketing dan jualan adalah:

i. Menawarkan produk dan servis yang dimahukan customers.

ii. Menawarkan budaya layanan pelanggan yang memuliakan pelanggan supaya mereka benar-benar puas hati.

Banyak usahawan baru memfokuskan perhatian mereka pada usaha mahu menaikkan leads yang masuk. Cara itu tidak betul.

Langkah pertama bagi menarik minat customers adalah dengan kita memahami dahulu apa sebenarnya kemahuan mereka.

Dalam bahasa lebih mudah, kita kena tahu customers mahukan apa.

Kemudian baru dibuatkan produk ataupun servisnya, betul-betul serupa macam yang mereka mahukan.

puan_ainon_mohd_abs

Apabila produk kita tidak menepati kemahuan customers, semua kos iklan dan promosi akan sia-sia sahaja.

Puan Ainon Mohd

Lagi tips bisnes daripada Puan Ainon Mohd

Nasihat dari Mahaguru Bisnes Puan Ainon Mohd buat keputusan bisnes ikut cara Rasulullah SAW

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!